topbella

11 March 2009

Rahmatallil A'LAMIN..

Alhamdulillah..kedatangan maulidurrasul yang penuh dengan kerinduan tercurah ke hadrat Kekasih Allah, Nabi Muhammad Sallallahua'laihi wasallam..itulah sosok seorang insan yang sungguh mulia disisi tuhan jua buat makhluk di langit dan di bumi...allahumma salliwabarik a'laih..


Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah..
Malu rasanya untuk lafazkan cinta terhadapmu rasul dikala diri masih belum mengikut sunnah-sunnahmu..malu untuk ku katakan bawasa aku sedang menyambung perjuanganmu tatkala diri kadangkala terasa lemah melalui ranjau ini...malu diri ini tatkala mengetahui betapa indah akhlakmu,betapa sabar dan tabah, betapa kasihmu pada umat...namun bagaimana denganku....
Ya rasulullah..sampai saat nafas mu yang terakhir cintamu pada umat tidak sedikit pun pernah luntur...sudahlah setengah daripada sakaratulmaut umatmu sudah kau tanggung..nanti disana juga kau menanti umatmu agar umatmu bisa ke syurga..namun umatmu kala ini lena wahai kekasih Allah..tertipu dengan dunia...pasti kesedihan tidak terungkap melihat keadaan umatmu ini...


Wahai teman...tanggungjawab itu kini ditangan kita..ayuh bangkit tegakkan kema'rufan tumpaskan kemungkaran..'bersihkanlah' dirimu dan bumimu dari kemurkaan allah sebelum Allah 'membersihkan' bumi ini dari kema'siatan dan kedurjanaan yang kita lakukan..jika itu berlaku nescaya binasalah kita...

Ingin juga dikongsikan bersama bahawa rasulullah mengkhabarkan bahawa
baginda sangat cinta kepada satu golongan ini..bila ditanya adalah mereka para malaikat, anbiya', sahabat-sahabat, ataupun syuhada'..lalu baginda menidakkan semuanya..dan menyatakan "mereka ini tidak pernah bertemu denganku..tidak juga hidup di zamanku..namun mereka sangat mencintaiku dan mengikuti segala sunnahku..merekalah golongan itu.."..

Siapakah mereka??berusahalah untuk menjadi golongan itu. semoga kitalah insan yang rasulullah rindukan..

0 bersilaturrahim: