topbella

15 April 2009

TARBIYAH DARI TUHAN

Ku rasakan ada air hangat meluncur jatuh dari empangan air mata yang kian pecah..
Terus ku panjangkan sujud tatkala merasa diri semakin lemah… menghitung diri di hadapan Kekasih Hati..mengadu segala apa yang terbuku didada…yang terpendam di hati..yang tidak mampu dimengerti insan biasa…jua mendamba kasih tatkala dahagakan kasih sayang-MU, memohon maghfirah merayu simpati meminta dari-MU..
di kala mulut tidak mampu berkata-kata..hanya iman dan hati ku biarkan meluah bicara..
mengukir segala rasa yang hanya dimengerti Tuhan yang Esa..

Oh tuhan,pimpinlah hamba-MU yang lemah ini…
Ya Allah..aku mohon agar diberikan secalit kekuatan..
untukku menerima ‘hadiah’ tarbiyah dari-MU
agar aku tidak lelah dipertengahan jalan yang masih panjang..
agar aku tidak terus jatuh tatkala aku berlari menuju-MU
agar aku merasakan Engkau sentiasa disampingku..menemaniku..
agar aku mengerti bahawa aku masih memiliki-MU
aku bersyukur pada-MU
kerana Engkau tidak pernah meninggalkanku sendirian..
kerana Engkau menyedarkanku akan hakikat kerdilnya diri ini..
kerana Engkau tidak pernah melupakanku..
kerana secebis kasih-MU masih ada buatku..
dan sesungguhnya dugaan itu adalah hadiah paling berharga
untuk membentuk diriku
agar terus cekal..terus tabah..tanpa mudah lemah..

Itulah tarbiyah dari Sang Pencipta..menghadiahkan diri ini ujian demi ujian agar aku tidak terus lena dan segera kembali kepada-NYA…terima kasih tuhan kerana membelaiku dengan penuh kasih sayang-MU..

0 bersilaturrahim: