topbella

13 May 2009

Bagaimana menyentuh hati?



Hampir seminggu tak berkesempatan untuk berkongsi sesuatu disini tapi alhamdulillah harapnya untuk kali ini ada sesuatu untuk anda =). moga usaha tak seberapa ini akan menjadi saksi dihadapan allah kelak.

"HATI"..ya..itu adalah raja kepada kerajaan tubuh badan. Sebagaimana yang disebutkan Rasulullah s.a.w : Bila ia baik maka baiklah seluruh tubuh, bila ia buruk maka buruklah seluruh tubuh. Dan itulah dia HATI.

Kerana hati yang tersiat melihat Islam dikotori, anggota lain siap sedia mengatur langkah melakukan sesuatu. Kerana hati yang mati jugalah menyebabkan anggota lain diam terpaku. Kerana hati yang bersih jugalah ingin menyentuh hati-hati yang sedang mencari-cari menuju tuhan yang satu.

Kita lihat, betapa besarnya peranan hati ini. Boleh menyebabkan pelbagai perkara berlaku. Meskipun begitu, lihatlah juga anggota ini begitu sensitive. apabila disentuh dengan baik maka akan terlahirlah tindakbalas yang baik, yang bukan saja hanya hati yang merasai tetapi seluruh anggota akan berkongsi rasa apa yang dirasakan oleh hati.

Jadi, bagaimana untuk menyentuh hati?? ust. Abbas As-Siisiy anak murid kepada As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah berkongsi rahsia dengan para dai'e, bagaimana untuk menyentuh hati mad'u. Ingat, jika salah sentuh maka lainlah hasilnya. Jika tersentap pula maka akan terus larilah mad'u ini. Jadi untuk menyentuhnya bukanlah sesuatu yang mudah. Namun bukan jua bermakna misi kita akan goyah. cuma berhati-hatilah dalam menyampaikan dakwah kerana boleh jadi dakwah akan bergerak lambat atau terencat gara-gara uslub dakwah yang digunakan tidak bersesuaian.


Ust Hassan Al-Banna mengatakan bahawa tugas dai'e ini adalah sepertinya tugas seorang doktor, yang akan memberikan ubat yang sesuai bergantung kepada jenis penyakitnya. Begitulah juga bagi da'ie yang harus bertindak begitu, bukan bertindak melulu.

Bacalah buku yang pasti memberi petunjuk bagi anda untuk meneruskan langkah dimedan dakwah. Apa yang dapat dikongsikan hasil dari penelitian terhadap buku ini adalah first imperssion mad'u kepada kita sangat-sangatlah penting. Jadi kerana itu harus diusahakan sebaiknya. Benang pertama untuk mengikat hati individu adalah dengan menghafal namanya. Setiap orang pasti berbunga hatinya apabila baru pertama kali bertemu, kita mengingati namanya. Setiap kali berbual dengannya selalulah menyebut namanya agar ikatan hati akan jadi lebih erat. Bila hati tadi mulai terikat maka teruskan dengan langkah seterusnya.

Kemudian, segera hulurkan bantuan kepadanya. Untuk impementasi, contoh dikampus, minggu ta'aruf atau suai kenal ini adalah peluang keemasan bagi anda untuk mendekati adik2, menyentuh hati merka sekaligus mendapat mad'u dengan kadar segera. cuma infaqkan sedikit tenaga membantu adik2 ini mengangkat barang untuk dibawa ke bilik. segera meng'offer'kan diri agar peluang berharga tadi tak terlepas begitu sahaja. lagi, tunjukkan mereka kawasan-kawasan sekitar kampus yang masih asing bagi mereka. saat itu jangan lupa bina hubungan dan terus di follow up. selain itu jika mereka dalam jurusan yang sama dengan anda, jangan kedekut memberi nota. Bawa mereka ke program-program islami yang akan membantu mereka memperbaiki diri. yakilah, segala pertolongan yang dihulurkan tanpa mereka pinta tadi pasti akan menjadi sesuatu yang penting untuk mereka hargai insan-insan ini. Jadi, jangan hanya duduk goyang kaki asyik bercakap mengenai teori, turun padang bantu mereka. ya..hakikat manusia begitu. suka dibantu. kita juga begitu kan?..maka dai'e juga yang sememangnya seorang manusia, maka fahamilah dan selamilah diri manusia itu sendiri.

Dalam buku ini, Syaikh Abbas As-Siisiy memberikan berbagai huraian tentang dakwah secara unik. Iaitu dengan mengemukakan berbagai kisah, bermula dari kisah para sahabat bersama Rasulullah saw. Hingga kisah pengalamannya berinteraksi dengan medan dakwah, baik yang dialami sendiri mahupun yang disaksikannya. Dari kisah-kisah nyata itulah beliau mengambil beberapa hikmah dan pelajaran yang sangat bermanfaat bagi kita semua, sebagai para da’i.

Buku ini memang buku lama, terbitan tahun 2000, tetapi buku karya Abbas As-Siisiy cukup bagus isinya dan sangat penting untuk dibaca. Isi kandungannya mengikut judul, bukan perbab. Disitu banyak contoh kisah-kisah sehingga menjadi tidak jenuh membacanya dan mendapatkan maksud yang lebih jelas. Dalam buku itu dimulai dengan penjelasan tugas kita sebagai da’i dan rintangan dakwah yang akan dihadapi. Kemudian siapa yang akan kita dakwahi, bagaimana dakwah fardiyah, bagaimana memikat hati mad’u, memulai perkenalan, dsb.

Sebahagian isi kandungannya…
Wasiat Hasan Al Banna; Untukmu Saudaraku; Tugas Kita; Rintangan Dakwah; Tiga Karakteristik Manusia; Menghafal Nama; Bagaimana Memulai Perkenalan; Dakwah Fardiyah; Sarana-Sarana Dakwah; Langkah-langkah Yang Harus Ditempuh; Senyummu di Depan Saudaramu adalah Sedekah; Penampilan Seorang Da’i; Mush’ab bin Umair ra.; Pandangan Kasih Sayang; Sebarkan Salam di Antaramu; Lebih Dahulu Mengucapkan Salam; Memanggilmu dengan Panggilan yang Paling Ia Sukai; Memberikan Tempat Duduk dalam Satu Majelis; Orang Badui itu…; Berjabat Tangan; Balaslah Keburukan dengan Kebaikan; Sarana-sarana Pembuka Hati; Anak adalah Fondasi Sebuah Bangunan; Tidak Ada Paksaan Dalam Agama; Fitnah yang Hanya Mampu Dihadapi Seorang Nabi; Optimisme yang Penuh Senyum dan Lapang Dada; Bukanlah Engkau yang Menunjuki Mereka, Magnet Hati; Bidang Garap Seorang Da’i, Dua Karakter Da’i: Cerdas dan Bersih; Dia Tidak Hadir Karena Berhalangan, dst… Itu tadi Cuma setengahnya saja.

Sebebnarnya banyak lagi mutiara berharga dalam buku ini yang tidak dapat dikongsi bersama disini. Saranan saya bacalah buku yang akan memimpin anda untuk membina peribadi dai'e yang lebih mantap. dikedai-kedai mungkin susah nak dapat, tapi anda juga boleh download di internet. setakat ini dulu ya, jumpa lagi..=)

0 bersilaturrahim: