topbella

13 May 2009

Para Murabbi agar Tidak Leka..


Tulisan ini mengajak para murabbi agar tidak leka dengan pencapaian sedia ada, sebaliknya ingin mengajak para pendakwah menganalisa faktor-faktor yg menyebabkan kegagalan para pendakwah untuk terus maju dalam dlm dakwah mereka.

Beberapa faktor kegagalan para murabbi baik secara individu atau merujuk kepada golongan-golongan tertentu dapat dikenal pasti dengan menilai hasilnya. Contohnya jika para murabbi berjaya menyentuh hati orang yang didakwahinya atau lebih dikenal sebagai mad'u, tidak mustahil dakwah tersebut mampu mengubah persepsi dan ideologi mad'u dengan mudah. Tetapi jika hati mad'u sudah awal-awal lagi bersarang rasa benci atas dakwah para da'i, maka wujud satu penghadang dalam minda dan hati mad'u untuk menilai dakwah para da'i hatta ia merupakan satu kebenaran. Maka disinilah kepercayaan dan perasaan mad'u memainkan satu peranan penting dalam usaha dakwah para da'i. Antara faktor2 kegagalan para da'i dalam memupuk kepercayaan dan menjaga perasaan mad'u ialah :

1) TIDAK MENGENALI MAD'U Para da'i wajar mengenali mad'u terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa persepsi. Ini dapat mengelak kita dari bersangka buruk dan bersedia mendengar penjelasan dan hujah secara adil. Antara jenis2 mad'u yg mungkin kita hadapi ialah :

(i) orang yang terjerumus dalam kemungkaran kerana kejahilannya. Untuk orang jenis ini perlu didakwahi secara bijaksana. Misalnya dgn menjelaskan kekeliruannya, apabila telah jelas kekeliruan tersebut insyaallah dia akan segera kembali kepada kebenaran.

(ii) orang yg kekeliruannya telah jelas namun masih keras kepala, barangkali ia memiliki sifat malas, hawa nafsunya merintangi dirinya utk menerima kebenaran. Maka org jenis ini memerlukan pengajaran yang baik, iaitu dengan memperingatkan kepadanya betapa keras seksaan Allah dan hukuman yg bakal diterima oleh org yg terus-menerus berbuat maksiat setelah mengetahuinya.

(iii) orang yg membantah apabila mengetahui kebenaran demi mempertahankan kebatilan dan kemungkaran. Orang seperti ini hanya ingin membenarkan kesalahan yg dilakukannya, maka ia perlu dibantah. Namun hendaklah bantahan itu dilakukan dengan cara yang baik. Bukan dengan kesombongan mahupun dengan meremehkan atau menghinanya. Hujah ilmiah yg jelas dan konkrit dapat menyinari kebenaran dan melenyapkan kebatilan. Berdasarkan ketiga-tiga kategori mad’u di atas, cara pendekatan yg berbeza dan yg terbaik perlu digunakan sesuai dengan keadaan mad’u tersebut.

2) BERSIKAP “ AKU BETUL, KAU SALAH Mad’u seharusnya dilihat sebagai peluang bukannya sebagai musuh. Apabila da’i mempunyai persepsi bahawa mereka sentiasa benar dan mad’u seorang pesalah, inilah dinamakan bersikap “ aku betul, kau salah “. Ini menyebabkan kerja2 dakwah bukan lagi satu kerja nasihat-menasihati tetapi menjadikannya sebagai medan menghukum mereka yg bersalah.

Persepsi seperti ini hanya akan menjamah akhlak para da’i, mana tidaknya apabila para da’i merasakan diri mereka lebih mulia berbanding mad’u, kesombongan akan menyebabkan mereka memandang rendah orang yang sepatutnya didakwahi mereka. Sedangkan dalam usaha dakwah kita bukan mencari siapa betul dan siapa yg salah, tetapi kita berada dalam satu usaha nasihat-menasihati dengan cara yg lembut. wajib atas kita untuk berlemah-lembut di dalam dakwah kita apatah lagi terhadap orang-orang yang menyelisihi kita, dan jadikanlah selalu firman Allah Ta’ala berikut sebagai pegangan untuk selama-lamanya :

“ Serulah mereka ke jalan Rabb-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik, serta berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik “ ( an- Nahl: 125)

Dan meraka yg pertama lebih berhak untuk kita terapkan hikmah ini adalah mereka yg paling memusuhi kita di dalam dasar dan aqidah kita, hingga kita tidak menggabungkan antara beratnya dakwah yg haq yg Allah memperteguhkan kita dengannya dengan beratnya cara kita berdakwah kepada Allah S.W.T.

Hendaklah diingatkan bahawa sikap “ aku betul, kau salah” hanya akan mewujudkan benteng antara para da’I dan mad’u. Malah lebih teruk jika mad’u mula melarikan diri daripada kita atas sikap ingin menang yg kita tonjolkan.

3) CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN. Umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus, inilah yang dapat digambarkan kepada para murabbi yang cakap tidak serupa bikin. Allah S.W.T membenci sikap ini kerana ianya tidak ubah seperti seorang hipokrit. Firman Allah S.W.T :

“ Wahai orang-orang yg beriman, kenapakah kamu mengatakan su yg tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan “ ( ass-saff: 2-3)

Perkara ini barangkali atas sebab tidak yakin tentang apa yang cuba disampaikan, ataupun tidak beramal dengan ilmu yg dipelajari. Sikap ini sebenarnya akan menghapus dan menghakis kepercayaan mad’u kepada murabbi. Murabbi seperti ini mungkin mempunyai hujah yang meyakinkan tetapi hujah yang tidak bersertakan keyakinan beramal tidak ubah seperti salesman yg menjual produk yg belum dicubanya. Persoalan yg mungkin timbul ialah sejauh mana kebenaran hujah tersebut jika para murabbi sendiri ragu-ragu dalam beramal.

4) MUDAH DALAM BERFATWA. Ramai para murabbi bila berhadapan dengan dengan mad’u menggangap diri mereka sudah cukup kompetan dalam mengeluarkan hukum-hakam yang sebenarnya masih masih menjadi perbahasan di kalangan para fuqaha’. Hal-hal kontroversi menjadi menjadi medan para murabbi menunjukkan kejaguhan mereka merka dalam berfatwa.

Para murabbi seharusnya tidak mengungkapkan pendapat mereka dalam perkara-perkara agama hanya berdasarkan pandangan mereka semat-mata, atau memberi fatwa kepada orang lain tanpa berdasarkan ilmu. Seharusnya para murabbi terlebih dahulu mencari petunjuk dengan dalil-dalil syariat, lalu melihat pendapat-pendapat para ulama serta metod mereka dalam menggunakan dalil-dalil tersebut dan dalam mengambil kesimpulan. Setelah itu barulah para murabbi berbicara atau memberi fatwa dengan apa yang diyakini dan diredai untuk dirinya.

Oleh sebab itu, mengenal mad’u terlebih dahulu adalah penting sebelum para murabbi memberikan apa-apa fatwa. . Rasulullah S.A.W telahpun memberi memberi panduan ringkas dalam memberi fatwa sepertimana dalam sabda beliau :

“ Hendaklah kalian bersikap memudahkan dan jangan menyulitkan. Hendaklah kalian menyampaikan khabar gembira dan jangan membuat mereka lari, kerana sesungguhnya kalian diutuskan untuk memudahkan dan bukan untuk menyulitkan”. ( Hadis Riwayat Muslim)

Selain itu, seperkara yang perlu ditekankan ialah masalah sikap yang yang mana para da’I merasakan diri mereka perlu tahu serba-serbi dalam bab hal agama ini. Akibatnya mereka berani berfatwa walaupun tanpa ilmu tentang hal yang disoal. Sikap dan akhlaq para imam salaf seharusnya dijadikan contoh oleh para murabbi agar tidak tergesa-gesa dalam berfatwa dan banyak mengatakan Allahu’alam tentang masalah yang memang yang tidak diketahuinya.

Bukanlah satu keaiban menjawab permasalahan yang tidak diketahui dengan kalimah Allahu’alam. Berkata Ibn Jama’ah “ Apabila seoarang alim ditanya tentang sesuatu yang tidak diketahuinya , maka termasuk bentuk ilmu adalah menjawab ‘ saya tidak tahu’. Sebahagian salf mengatakan : “ucapan ‘saya tidak tahu’ adalah setengah daripada ilmu “

Para murabbi harus jujur dalam menyampaikan dakwah mereka. Kejujuran dalam menjawab permasalahan yang tidak diketahui adalah satu akhlaq yang mulia. Ini adalah kerana kadang kala kita tidak mempunyai jawapan kepada semua permasalahan, adalah lebih baik kita menangguhkan pada waktu lain sehingga mempunyai kesempatan untuk mengkaji dalilnya dan menganalisa ucapan –ucapan para ahlul ilmi dalam masalah yang besangkutan.
Ibn Abbas berkata : “ sesungguhnya orang yang selalu berkata kepada manusia dalam setiap masalah yang mereka pertanyakan adalah seorang yang gila”

5) KESALAHAN TUTUR KATA. Cara para murabbi menutur kata juga merupakan satu perkara serius yang perlu diambil kira. Hendaklah seorang murabbi bersikap lemah-lembut, manis muka dan lapang dada sehingga lebih mudah diterima oleh orang yang didakwahinya. Dan hendaklah ia mengajak ke jalan Allah S.W.T, bukan kepada dirinya, tidak perlu mengancam atau berdendam terhadap orang yang menyelisihi jalan dakwah mereka, kerana jika ia memang mengajak ke jalan Allah, bererti ia memang ikhlas, Allah akan memudahkan perkaranya dan memberi petunjuk melalui tangannya siapa saja yang dikehendakiNya.di antara para hambaNya.

Kelembutan tutur kata dan pemilihan perkataan yang sesuai mencerminkan keikhlasan para murabbi dalam menyampaikan kebenran, ini kerana kebenaran tidk wajar disampaikan dengan cara yang kasar dan paksaan. Para murabbi seharusnya mencontohi sikap para nabi dalam bertutur kata sewaktu mereka melakukan dakwah sebagai peringatan yang Allah berikan kepada Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s ketika ditugaskan Allah berhadapan dengan Fir’aun :
“ Maka berbicaralah kamu berdua kpadanya dengan kata-kata yang lemah-lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut “

Kesalahan para murabbi dalam menggunakn perkataan yg menakutkan hanya menjauhkan para mad’u dari mendengar dan menilai hujah para murbbi dengan adil. Oleh itu, hendaklah para murabbi memahami betapa pentingnya penggunaaan bahasa yang sesuai dan diikuti dengan perbuatan yang lembut kerana ini dapt mewujudkn kepercayaan dalam diri mad’u. Zaman ini adalah zaman kelembutan, kesabaran dan hikmah, bukanlah zaman kekerasan. Majoriti manusia saat ini dalam keadaan jahil, lalai dan lebih mementingkan duniawi. Maka haruslah para da’i atau murabbi bersabar dan lemah lembut dalam menyampaikan dakwah mereka.
Sabda rasulullah S.A.W “ Sesungguhnya Allah Maha Lembut, mencintai kelembutan. Dia memberikan kepada yang lembut apa yang tidak diberikan kepada yang kasar “ ( Hadis Riwayat Muslim )

Penggunaan perkataan yg sesuai juga penting demi mengelakkan dari berlakunya salah faham. Contohnya, para murabbi kadangkala cenderung memilih pernyataan Imam Shafie rahimahullah silap dalam melakukan ijtihadnya, atau ianya pendapat yang lemah dalam mazhab Shafie, ini hanya akan melemahkan semangat mad’u dalam beramal. Lebih teruk jika mad’u mula memandang serong para murabbi berlagak lebih pandai dari Imam shafie rahimahullah.
Para murabbi harus bijak dalam menyusun kata, dengan memperkenalkan hadis-hadis shahih,hasan atau dalil-dalil yang lebih tepat sebagai panduan mad’u, memberi mad’u peluang memmbuat penilaian sekaligus akan membuka minda kefahaman mereka. Bantuan yang diberikan para murabbi kepada mad’u dalam berinteraksi dengan dalil-dalil yang sahih dan lebih tepat dapat mengelak para murabbi dari terus menyanggah amalan mad’u yang telah sebati dengan jiwa mereka.

Tidak dapat kita nafikan wujud beribu macam faktor lain yang mempengaruhi kegagalan para da’i atau murabbi dari merangkul kejayaan mereka di bidang dakwah. Tetapi factor yang dibicangkan di atas boleh dikatakan antara faktor utama-faktor utama para murabbi dan mana-mana gerakan Islam menempah kegagalan mereka. Para murabbi harus sedar bahawa mereka mewakili Islam, kerja-kerja dakwah mesti dianggap serius kerana jika tidak ia mengundang fitnah atas ajaran Islam yang sempurna.

Oleh itu, kerja-kerja dakwah yg mulia ini seharusnya dijiwai dengan pola fakir dan cara yg betul. Mereka yg bergelar para murabbi dan da’I mendakwahi masyarakat bukan kerana terpaksa, bukan pula kerana harta dunia, tetapi kerana kasih sayang dan utk mengagungkan serta menolong agama Allah S.W.T.

sumber : http://www.ibnyusof.blogspot.com

0 bersilaturrahim: