topbella

17 May 2009

Teristimewa buatmu..GURU..


Semalam..rinduku semakin kuat mengingati dia..entahlah, selalunya teringat juga..tapi mungkin semalam lebih istimewa. Seorang demi seorang datang menerjah fikiranku. Membuat aku makin terharu..hati ini ditusuk rasa seolah mahu menemui dia saat itu juga. Mahu berjumpa dan berbicara dengan lebih dekat dengan insan istimewa ini. Teringat dia mendidikku penuh dengan kasih sayang, hingga aku kini tidak lagi dalam kesamaran kegelapan jahiliyah, sehingga aku kini mengerti akan tujuan hidup yang singkat ini..TERIMA KASIH buat PARA PENDIDIKKU..

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


GURU..itulah insan mulia yang selama ini mendidik insan-insan yang mulanya tidak mengetahui hinggalah dia mengetahui. Mengenalkan alif, ba, ta..a,b,c..dan 1,2,3. Bermula dari sinilah langkah demi langkah terus diatur hingga lahirlah ulama'-ulama', para cendiakawan, pakar-pakar, doktor, peguam, guru dan lain-lain, ya..semua insan ini lahir dari seorang guru..

Namun, YANG SELALU kita mendengar jika wartawan datang bertanya, "apakah pendorong kejayaan adik?"..pasti dijawabnya "ibubapa saya, saya juga mengambil kelas tuisyen kerana ia banyak membantu saya terutama sekali dengan memberi latihan2 yang cukup sebelum menduduki peperiksaan". Ada juga yang menjawab "belajar dalam kumpulan lebih berkesan, dan ini juga rahsia disebalik kejayaan saya". Macam-macam lagi dialog yang seumpama dengannya. JARANG SEKALI mengatakan "kejayaan saya ini adalah kejayaan guru-guru yang telah berpenat lelah mendidik saya dan kejayaan ini bukanlah milik saya jika tanpa adanya mereka". Saya bukanlah mahu menghangatkan isu ini, cuma mahu menjentik hati kita agar terbit sedikit kesedaran dihati tentang insan mulia yang kadangkala selalu dupinggirkan ini.. Ingatlah insan inilah yang telah memandu kita hingga dimana kita berada sekarang..

Terima kasih tak terhingga ingin ku tujukan guru-guruku,
kerana telah meminpin langkahku menuju cahaya,
berkat kesabaranmu telah membawa aku hingga ke tahap ini,
yang pasti jasamu guru takkan mampu ku balas,
hanya sekalung doa setiap hari mampu ku titipkan
agar allah sentiasa mengampunimu, melindungi dirimu dan merahmatimu..

JAZAKUMULLAHU KAIRAN JAZA' BUAT GURUKU..
Pn. Samsiah bt. Man ( bondaku )
En. Ismail b. Saad ( ayahanda ku )
Ustzh. Azizah & Ustzh Asiah ( PASTI Jengka 10 )
Guru-guru di SK & SRA Jengka 10
Guru-guru di Ma'ahad SAS, Bandar Jengka
Guru-guru di SMA Al-Ihsan, Kuantan
Guru-guru di Kulliah Al-lughah Waddin Sultan Abu Bakar, Pekan
Pensyarah-pensyarah di Pusat Matrikulasi UIA Petaling Jaya & Nilai
Pensyarah-pensyarah di UIA Gombak
dan kalian yang tidak disebutkan nama disini yang merupakan pendidikku
tak lupa buat sesiapa sahaja yang telah membuatkan aku mengerti sesuatu juga adalah guruku..

Warga pendidik Ma'ahad SAS

Guru-guru SMA AL-Ihsan, Kuantan

Ustaz & Ustazah di Kulliah Al-lughah Waddin Sultan Abu Bakar, Pekan


0 bersilaturrahim: