topbella

28 September 2009

Menjadi Insan BERTAQWA

Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!
Laungan takbir yang menyentap hati saat tatkala imam melaungkan kalimah agung di masjid di kampung malam 1 syawal lalu. Itu Tanda kemenangan. Tanda kesyukuran dan tanda kehambaan bagi setiap insan. Sayu hati tatkala melepaskan ia pergi.. Air dari empangan mata ciptaan Allah ini mengalir laju seolah tidak mahu berhenti seolah mengerti bahawa Ramadhan akan berlalu pergi. Mengenangkan diri bagaimana nanti, adakah mampu lahir sebagai insan Taqwa? mampu untuk terus menyarung pakaian Taqwa? jika sepanjang Ramadhan, ya iya semua sibuk berpesta ibadah, namun habis saja Ramadhan nanti bagaimana? Ya Allah, bantulah kami.. bantulah kami untuk terus kekal bersama ruh Ramadhan.


Ya, Ramadhan akan tetap terus berlalu namun rindu untuk selalu bersamanya. Dengan keluar sebagai Alumni Ramadhan, mudah-mudahan segala tarbiyah yang dilalui sepanjang Ramadhan akan menjadi bekal untuk sebelas bulan perjalanan untuk menuju Ramadhan seterusnya.

Ya Allah terimalah segala apa yang kami lakukan hanya semata-mata untuk-Mu. Terimalah amal kami yang tidak seberapa ini jika dibandingkan dengan Maghfirah-Mu, Rahmat-Mu dan Kasih Sayang-MU pada kami. Meski amal kami setinggi gunung dan seluas laut, secalit nikmat kerlipan mata pun tidak mampu kami membalasnya. Syukur pada-Mu Tuhan kerana masih memberi kesempatan untuk kami melalui Universiti Ramadhan, semoga graduan yang telah keluar ini keluar sebagai GRADUAN BERTAQWA. Semoga Iman akan terus meningkat, Dakwah juga akan semakin berkembang pesat, Umat Islam semakin banyak yang berlumba menjadi Insan Bertaqwa, maka dengan usaha semua Islam akan tertegak dengan izin-Nya. Dan saat itu akan membawa kita terus menghampiri negeri abadi. Hak adalah ditangan kita, dimana kita akan berada buat selamanya. Muhasabah diri dan muhasabah untuk semua.


Semoga aidilfitri ini akan menjadikan kita sebagaimana Allah mahukan "la'allakum tattaqun". Semoga di akhirnya kita menjadi insan bertaqwa. Eid mubarak buat semua, dari diri ini yang penuh dengan kekurangan dan kesilapan, memohon maaf di atas segala kesalahan. Salam kembali ke tempat masing-masing, bersama giatkan dakwah di tempat masing-masing. Dengan adanya penggerak, dan yang membawa Islam di setiap pelusuk tempat akan menjadikan ia terus menerus tersebar. Bagi siswa siswa, bersama menyuburkan kampus kita dengan siraman Islami. Semoga dakwah kampus akan terus meningkat. Salam juang dariku untuk semua.

ISLAM AKAN TERUS TERTEGAK MESKI TANPA DIRIMU, NAMUN PILIHLAH UNTUK BERSAMA BERADA DI ATAS BAHTERA DAKWAH DAN TERUSLAH BERSAMA KHAFILAH DAKWAH

0 bersilaturrahim: