topbella

03 November 2009

AKHIRNYA..Tersahut jua!

Bismillahirrahmanirrahiim..

Salam juang untuk semua, setelah lama tidak memanfaatkan blog ini akhirnya ketemu jua hari ini. Alhamdulillah. Ada sesuatu yang sangat teruja untuk dikongsi untuk semua. Petang kelmarin, setelah usai "perang" rasanya ketandusan semangat. Fikiran terus melayang teringatkan ayahnda dan bonda dirumah. Bagaimana agaknya keadaan mereka. Handphone segera dicapai, cepat-cepat dicari nombor talian rumah. Alhamdulillah dapat! Terdengar suara abah dihujung talian. Nada suara abah bunyinya tidak macam selalu, kali ini lebih lagi cerinya. Apa agaknya yang sedang berlaku? Alhamdulillah dua-duanya sihat. "Abah nak bagi tahu shuhada ni, alhamdulillah abah & mak dapat buat haji tahun ni.. InsyaAllah 16haribulan akan berangkat." Tup! saat itu dah tak terungkap perasaanku. Seolahnya diri ini yang dijemput ke sana. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillahi Rabbil A'lamiin.

Ya..AKHIRNYA..termakbul jua hajat mereka yang sangat-sangat ingin menunaikan rukun kelima itu jika diberi kesempatan. Siang malam doanya tiada henti. Masuk tahun ini, tahun ketiga rayuan untuk ke tanah suci ditolak. Mereka pasrah, namun doanya tak pernah lelah, malah semakin kuat ku lihat usaha mereka. "Mungkin ada lagi yang abah belum selesai disini" itu kata abah. "Belum masanya lagi tu..insyaAllah, shuhada tolong doakan mak dan abah dapat buat haji ya?" ini yang selalu meniti di bibir ibu. "Sabarlah mak, abah, mungkin ada sesuatu yang Allah nak lihat dari kita..kebergantungan kita pada Dia, kesabaran, dan ketekunan doa serta keyakinan kita pada-Nya. Semua ini yang Allah telah latih mak dan abah disini, supaya disana nanti telah terbiasa dengan semua ini. Itu sebenarnya hadiah dari Allah untuk kita. InsyaAllah shuhada sentiasa doakan agar Allah memilih mak dan abah untuk menjadi tetamu-Nya disana. Mak pun tolong doakan ya, supaya anak-anak mak semuanya dapat kesana, buat haji". Ini antara pebualan kami anak beranak seingatku beberapa bulan lalu. Dan alhamdulillah semalam telah terkabul hajat mereka. Maklumlah, abah bukannya bergaji besar, nak kumpul duit pun cukup lama. Tapi alhamdulillah Allah mudahkan segalanya.

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan abah dan mak untuk menunaikan rukun Islam kelima itu. Sambutlah panggilan-Nya, semoga beroleh Haji Mabrur. Labbaikallahumma labbaik..

Catatan : Ambillah apa yang tersirat disebalik perkongsian tadi.

1. Sebagaimana pesan Rasulullah : Sesungguhnya sesuatu amalan itu dimulai dengan niat. Maka, pertama sekali berniatlah untuk ke Tanah Suci, bumi Barakah yang Allah muliakan atas doa nabi Ibrahim a.s. Meskipun tempat yang panas, bersesak dengan orang ramai, tapi kerana doa nabi Ibrahim itu, Allah menjadikan Mekah itu dicintai umat manusia untuk ke sana. Dan disitu jugalah semua umat Islam dari pelbagai pelusuk dunia berhimpun dengan niat dan matlamat yang sama. Jika kita telah berniat, jika tidak dapat ke sana sekalipun sudah beroleh pahala kerana niat tadi. Mudahkan nak buat kebaikan? :) InsyaAllah jika dah punya niat, pasti Allah akan mudahkan.

2. Tak cukup niat saja, kena juga usaha. Bagi yang belum lagi berdaftar untuk menunaikan haji, jom buka akaun dan daftarkan nama anda segera. Tidak apa jika bajetnya belum ada, namun usahakan sedikit demi sedikit. Nanti bolehlah tunaikan haji ketika usia masih muda, badan pun masih kuat. Nanti kalau ada rezeki lebih, boleh buat lagi. Kalau nak tunggu usia dah lanjut bimbang tak sempat. Jadi, rebutlah peluang dan jangan tangguhkan kebaikan itu. Yuk! fastabiqul khairaat!!