topbella

30 March 2009

Salam mujahadah..

Sebelum kaki melangkah ke medan jihad..jihad ilmu..inginku coretkan seuntai kata buat insan2 yang tidak pernah ku kenali di alam maya ini..meskipun begitu ia tidak menjadi penghalang andai tujuan kita sama..berlari menuju allah..

Begitulah hakikatnya hidup yang tidak akan terlepas dari tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada insan bergelar khalifah sejak berabad tahun dahulu..seorang dai'e tetap akan melebarkan sayap dakwah walau dalam keaadaan apa pun dia..walau dimana pun dia berada..meskipun di dunia maya..apatah lagi dunia nyata..harus lebih dari itu..

Sedikit pesanan buat diri dan sahabat2 yang akan melangkah ke gerbang peperiksaan, didoakan semoga antum semua mumtaz dalam study antum..berikanlah hak kepada pelajaran antum tapi jangan pula dengan ujian yang sedikit ini membantutkan gerak kerja dakwah yang harus berjalan..inilah hakikat yang mesti kita lalui..cuma terpulang pada kita bagaimana kita akan melaluinya...


Saudaraku,
saat ini segeralah ikat hatimu pada tuhan..tika dirimu hampir goyah dengan ujian yang allah datangkan...segeralah bersihkan dirimu dari dosa dan noda yang mungkin tidak engkau sedari yang engkau telah lakukan..tuhanmu sentiasa menanti hambanya merintih sayu memohon anpunanNya..agar tidak ada yang terhijab bilamana dirimu menadah tangan memohon sesuatu dariNya..


Saudaraku,
ketahuilah walau usahamu setinggi gunung..seluas lautan..sebanyak pasir dipantai namun..engkau tetap tidak mampu menyatakan kejayaan itu milikmu..ingatlah andai allah tidak mengizinkan nescaya tidak akan kau perolehi..ketahuilah hakikat dirimu yang lemah itu..jangan pernah engkau lupa..

Saudaraku,
peperiksaan dunia ini hanyalah sekadar menguji pengetahuanmu yang tidak seberapa itu..ini bukanlah ujian sebenar..ujian iman itu adalah yang lebih utama...namun, jika ujian yang sedikit ini belum mampu untuk kita hadapi bagaimana dengan ujian yang lebih hebat untuk mengetahui sejauh mana kebenaran ikrar kita dihadapan tuhan setiap hari..lima kali sehari..kembali renungkan..

Saudaraku,
berikanlah hak tuhanmu..pastikan ibadahmu tidak kau kurangi hanya gara2 ujian yang kecil ini..jagaah solatmu,tajjudmu,solat nawafilmu,puasamu,tilawah dan zikirmu agar ia tidak berkurang kerana imanmu juga bisa menurun..yakinlah jika kita memberi hak Allah dan membantu agamaNya...pasti Dia juga akan membantu kita. "In tansurullah yanshurkum wa yutsabbit aqdaamakum" dan jika sudah engkau membantuNya "in yanshur kumullah falaa ghaaliba lakum".

Saudaraku,
Ku doakan kejayaanmu dan kejayaan kita bersama..semoga allah membantu kita bersama..jika kejayaan itu kita perolehi..ingatlah bahawa kejayaan itu juga semata2 untuk Islam..semoga kejayaan yang bakal kita perolehi akan menjentik hati2 mad'u yang jenis 'memaintainkan result' ini untuk menafikan bahawa dakwah mengganggu study..inilah peribadi da'ie, sentiasa menjadi contoh dan sentiasa bermanfaat kepada orang lain..

Ku letakkan titik noktah dari mata pena pejuang di lembaran warkah sufi buat kali ini..semoga bertemu lagi..

Warkah dari seorang insan..

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”


Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.


”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mak dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)


Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.


”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)


Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,


" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.


“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”(An Nisaa’ : 1)

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)


Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama.

Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.
“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”


Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

11 March 2009

Siapakah dia??

Dimana pemuda itu?
Pemuda yang hidup dan matinya hanya untuk Allah..
Merasakan setiap nafas yang disedut adalah nikmat Allah..
Setiap detik terlalu berharga dalam hidupnya..
Lebih berharga dari segunung mutiara..
Lebih bernilai dari lautan emas..
Kerana ia adalah peluang buatnya untuk beribadat sebanyak2nya…
Namun dia sedar untuk meraih syurga bukanlah dengan selaut amal yang dilakukan
malah adalah secebis rahmat dari Allah..

Dimana pemuda itu?
Yang sedar bahawa setiap anggotanya punyai tugas
Bukan hanya sebagai hamba tetapi juga khalifah..
Menggalas amanah dan mengimarah juga mempertahankan Islam agama tercinta..
Yang sensitif dan merasa tergugat apabila Islam dihina..
Sembilu yang dirasakan oleh saudara seakidahnya turut dirasai peritnya..
Dia tidak akan sesekali redha dengan penindasan ini..
meski dirinya menjadi korban..dia rela..
asal saja saudara tidak menderita menanggung beban itu..
Kerana kalimah allah itu sudah tertanam padu dalam hati pemuda ini..

Dimana pemuda itu?
Menangis jiwanya melihat kekejaman dunia hari ini..
Maksiat semakin membanjiri..
Hiburan dibajai setiap hari agar tumbuh dalam setiap hati..
Linangan air matanya tiada henti..
melihat sahabat2 yang masih terkapai2 lemas dalam arus duniawi..
Otaknya sentiasa memikirkan jalan mengislah remaja zaman ini…
Kerana dia mengetahui betapa berharga insan2 ini..
Untuk membentuk masyarakat dan negara islami
Hingga tertegaknya dunia islami..

Dimana pemuda itu?
Pemuda yang akan mempertaruhkan harta dan jiwanya demi memartabatkan Islam..
Pemuda yang jiwanya tidak pernah gentar pada musuh Allah..
Pemuda ini akan sakit hatinya bagai ditusuk pedang
Apabila islam dicaci dan dihina kerana merasakan maruah islam lebih tinggi dari nyawa sendiri..

Mungkin sukar lagi dicari pemuda seperti ini..
Bisakah lagi didapati insan seperti ini?
Melihat kondisi dunia yang semakin hambar tiada sinar islami..
Mungkinkah aku akan temui pemuda ini..
Ataukah hanya sekadar mimpi??..

Tidak!!..meski aku tidak temui pemuda kahfi alaf ini
Namun..akulah mesti menjadi pemuda itu!!
Kalian jugalah pemuda itu!!
Kitalah yang akan berganding usaha menegakkan islam di muka bumi ini..
Kitalah yang harus berjuang mnyelamatkan ummah ini..
Ya..kitalah pemuda itu!!

Ayuh wahai pemuda
Bangkitlah dari tidurmu..
Majukanlah langkahmu..
Persiapkanlah dirimu untuk mghadapi musuh2 allah..
Sahutlah cabaran ini andai engkau benar mukmin sejati..
Sumbangkanlah sesuatu untuk agama tercinta ini..
Selagi engkau diberi ruang masa juga nyawa..
manfaatkanlah usia mudamu, agar ia tidak sia2 dimamah waktu..
HIDUP MULIA DI SISI ALLAH
MATI SYAHID DI JALAN ALLAH..

Rahmatallil A'LAMIN..

Alhamdulillah..kedatangan maulidurrasul yang penuh dengan kerinduan tercurah ke hadrat Kekasih Allah, Nabi Muhammad Sallallahua'laihi wasallam..itulah sosok seorang insan yang sungguh mulia disisi tuhan jua buat makhluk di langit dan di bumi...allahumma salliwabarik a'laih..


Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah..
Malu rasanya untuk lafazkan cinta terhadapmu rasul dikala diri masih belum mengikut sunnah-sunnahmu..malu untuk ku katakan bawasa aku sedang menyambung perjuanganmu tatkala diri kadangkala terasa lemah melalui ranjau ini...malu diri ini tatkala mengetahui betapa indah akhlakmu,betapa sabar dan tabah, betapa kasihmu pada umat...namun bagaimana denganku....
Ya rasulullah..sampai saat nafas mu yang terakhir cintamu pada umat tidak sedikit pun pernah luntur...sudahlah setengah daripada sakaratulmaut umatmu sudah kau tanggung..nanti disana juga kau menanti umatmu agar umatmu bisa ke syurga..namun umatmu kala ini lena wahai kekasih Allah..tertipu dengan dunia...pasti kesedihan tidak terungkap melihat keadaan umatmu ini...


Wahai teman...tanggungjawab itu kini ditangan kita..ayuh bangkit tegakkan kema'rufan tumpaskan kemungkaran..'bersihkanlah' dirimu dan bumimu dari kemurkaan allah sebelum Allah 'membersihkan' bumi ini dari kema'siatan dan kedurjanaan yang kita lakukan..jika itu berlaku nescaya binasalah kita...

Ingin juga dikongsikan bersama bahawa rasulullah mengkhabarkan bahawa
baginda sangat cinta kepada satu golongan ini..bila ditanya adalah mereka para malaikat, anbiya', sahabat-sahabat, ataupun syuhada'..lalu baginda menidakkan semuanya..dan menyatakan "mereka ini tidak pernah bertemu denganku..tidak juga hidup di zamanku..namun mereka sangat mencintaiku dan mengikuti segala sunnahku..merekalah golongan itu.."..

Siapakah mereka??berusahalah untuk menjadi golongan itu. semoga kitalah insan yang rasulullah rindukan..