topbella

20 February 2010

Kalau bukan kita, SIAPA LAGI??

Bismillahirrahmanirrahim..
Bersyukur setinggi-tinggi ke hadrat Allah dan selawat buat Rasulullah s.a.w..

RESAH, GELISAH DAN SANGAT2 KHUATIR. Itu yang sentiasa berlegar dibenak fikiran melihat keadaan umat yang sangat kritikal. Tidak dapat tergambar bagaimana perasaan yang amat menyedihkan. Tercincang hati ini sedih melihat umat yang telah berjaya dibonekakan oleh orang kafir. Tiada izzah lagi dengan agama yang di dukung, bahkan rasa malu membawa identiti Islam. Ya Allah, apa yang sudah aku lakukan untuk Islam? usaha yang secalit itu belum cukup. Wahai diri, sudah tiada masa untuk tidur berlama2, tiada masa untuk masalah peribadi, tiada masa untuk berseronok dan ketawa lagi. Masa sudah tiada lagi. Ayuh diriku dan teman-teman, segeralah sedar! segeralah bangkit!

Aduh...apakah cukup sekadar mengetahui apa yang terjadi? dimana sensitiviti kita wahai orang beriman?? Untuk minggu ini saja 4 berita kes pembuangan bayi yang tak berperikemanusiaan ini dilaporkan. Yang paling kejam adalah bayi yang tidak berdosa itu dibakar sebelum dibuang. Hancur luluh hati melihat begitu kejam ia dipelakukan. Ya Allah...manusia jenis apa ini??. Apa nak jadi dengan dunia hari ini... tiada lagi nilai kasih sayang, kerana minda kita banyak yang telah dicetak dengan pemikiran barat. Dan banyak lagi masalah yang tertermuat dipaparkan dalam akhbar. begitu dahsyat. Inilah padahnya jika kita berpaling dari apa yang telah Allah turunkan. Renunglah baik-baik!

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah al-A'raf:179).

Cuba lihat, adakah kita tergolong dalam golongan ini?? dan ketahuilah bahawa azab Allah itu bukan hanya ditimpakan kepada pelaku maksiat, bahkan orang beriman yang hanya duduk diam dan tidak mahu membetulkan dan memikirkan masalah ummah ini juga akan dihempap dengan azab ini.

Aduh pemuda..bagaimana mahu memimpin dunia sedang dirimu masih seronok bersantai? masih merasa selesa berada di bumi Malaysia yang kau kira cukup aman? aduh..bangun pemuda!bangun! cukuplah hanya asyik memikirkan masalah dirimu, masyarakat yang tenat sedang tercungap-cungap menanti kita menghulurkan tangan. Justeru bersihkanlah hatimu, dekati Tuhan dan bergantunglah pada-Nya. Apabila hati mulai bersih, maka ia akan dapat melihat dan mencari jalan membantu umat. Jangan hanya lihat apa yang orang lain belum buat, tapi tanya apa yang sudah kita lakukan. Jangan bertangguh untuk melakukan sesuatu perubahan, segera majukan langkah. Sedarkan umat dengan apa cara sekalipun yang kita mampu. Gunakan segala potensi yang Allah kurniakan pada kita. Jika mampu berkata-kata, maka majulah. Jika potensi di bidang penulisan maka segeralah. Sebenarnya tidak perlu menunggu adanya potensi2 begitu, bahkan ianya boleh digarap, pokoknya jika kita MAHU. Jangan kita beralasan untuk tidak berbuat, tetapi beralasanlah untuk berbuat.

Ingatlah ,jika kita tidak membantu sekalipun, Islam akan tetap tertegak. Dan jika kita tidak mahu, maka Allah akan gantikan diri kita dengan suatu kaum yang lebih baik lagi. Yang rugi adalah kita. Jika belum melakukan sesuatu, jangan bangga mengatakan kitalah mujahid, kitalah itu dan ini.

Tapi fikirlah dengan mendalam. Bahawa umat Islam ini ada 5 zaman.

Zaman kenabian.
Zaman khilafah Islamiyyah.
Zaman penguasa yang "menggigit"
Zaman penguasa yang zalim.
Zaman khilafah Islamiyyah.

Lihat, kita sekarang dalam zaman keempat, the darkness of ummah. Pernah tidak kita terfikir mengapa Allah menakdirkan kita lahir di zaman ini??tanyalah diri masing-masing. Dan diantaranya adalah kerana Allah mahu kebaikan untuk diri kita. Kita lah yang Allah mahu untuk menjadi pendokong agama Allah, dan pewaris kepada Rasulullah, juga sebagai umat yang Rasulullah paling cintai kerana walau tidak pernah bertemu, tetapi beriman dan mengikuti sunnah Rasulullah. Jadi, tidak mahukah kita meraih peluang yang telah Akah sediakan ini? Mahu santai lagi?? sudahlah, bangkitlah! jangan sia-siakan usia yang masih tersisa. Ayuh jadi soleh dan musleh. Motivasi untuk diri dan buat yang lain, kataknlah pada diri : KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI??

Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi

Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang

Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mamapu membobol betengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana

Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman

Wajah duia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkuali
Menanti bangkit kepalmu

WE ARE THE AGENTS OF CHANGE!!

0 bersilaturrahim: