topbella

08 May 2010

Belajar dari makhluk bernama POKOK

Bismillahirrahmanirrahim...
Selawat dan salam tercurah kehadrat Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabat baginda.

Wahai saudaraku, mari kita membuat perenungan tentang satu makhluk yang sentiasa ada disekeliling kita. POKOK. Ya, dengan merenung pada makhluk ini banyak yang kita bisa ambil ibrah daripadanya, banyak memberi pelajaran baru buat kita. Kerana itu makanya Allah menyuruh kita supaya memperhatikan tentang penciptaan alam ini.

"Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman?" Al-A'raaf :185.

Melihat dari sudut ilmu sains, cuba kita senaraikan beberapa perkara yang perlu kita lakukan untuk mendapat pokok yang baik? Apa keperluan bagi pokok untuk ia terus tumbuh dengan subur? ya, pastilah dengan adanya air, cahaya dan pengudaraan yang baik baru ia dapat hidup subur. Iya kan? Dari sudut pandang botani pula, pokok memerlukan baja, tanah yang subur, benih yang baik dan perlu adanya sokongan dan pagar agar ia bisa tumbuh dengan subur. Tempat yang baik juga penting bagi mendapat hasil yang baik. Dengan adanya keperluan-keperluan ini pastilah ia akan terus hidup dengan subur dan akhirnya nanti mampu memberi kontribusi kepada manusia dengan mengeluarkan buah-buahan sebagai hasil. Maka untuk menuai hasil yang baik maka harusnya bermula dengan permulaan dan penjagaan yang baik.

Nah, sekarang mari kita merenung bersama ke dalam diri. Apa sebenarnya keterkaitan pokok yang saya sebutkan tadi. Bagi seorang Muslim apa yang anda fikir sangat penting bagi dirinya? Silakan fikir ya. Yang membezakan Muslim dan kafir adalah IMAN. Dan yang membezakan di antara Muslim dengan Muslim yang lain adalah tahap keIMANan. Maka menjaga pokok itu konsepnya sama seperti kita menjaga iman. Ya, iman itu harus dijaga, dipelihara, disegarkan dan sebagainya.

Jadi, untuk kita memperoleh iman yang solid ini bukan semata-mata datang dari ibadah. Tidak cukup bagi pokok jika hanya ada cahaya tapi tiada air. Maka, kita perlu ada ilmu untuk menyuburkan iman kita. Karana itu ada ulama’ yang mengataka ”Ibadah tanpa ilmu adalh sesat, dan ilmu tanpa ibadah adalah sia-sia”. Dimana lagi jika tidak didapatkan dari majlis ilmu? maka haruslah rajin ke majlis-majlis ilmu, mendengar pengisian-pengisian ruhani melalui radio dan televisyen mahupun melalui pembacaan buku-buku islami. Itulah nanti yang akan menjana iman kita kembali. Melalui perenungan ke dalam diri dan terhadap penciptaan alam akan membuat kita kagum pada Penciptanya. Betapa banyak makhluk yang lebih besar dan gagah dari kita bisa taat kepada penciptanya berbanding kita yang kerdil dan sombong ini. ”Nikmat Tuhanmu yang manakah mahu kau dustakan lagi??” Matahari makhluk terbesar dan terkuat itu tidak pernah walau sesaat melanggar perintah Tuhannya, tidak pernah sekali ia memutar dengan arah yang berbeza melainkan dengan perintah Tuhannya. Ayuh kita muhasabah diri wahai saudaraku sekalian..

Pokok yang baru sedang hendak membesar memerlukan pagar. Maka manusia apa pula kaitannya? Ya, harus juga dengan pagar. Harus ada lingkungan yang baik untuk kita. Persekitaran yang baik banyak membantu kita untuk memaintainkan iman. Kerana pengaruh persekiatan sangat-sangat mempengaruhi kita. Bagaimana kita bisa bertahan untuk tidak melakukan perkara-perkara yang sia-sia jika disekeliling kita semuanya suka melakukan perkara sia-sia. Jika mampu sekalipun hanya setakat sebulan dua. Maka, buatlah pilihan yang terbaik duhai teman. Sanggupkah untuk menggadaikan imanmu dengan hanya mahu bersama sahabat yang kau kira bisa membahagiakanmu? Tegarkah dikau melihat imanmu terus merana kerana tersiat-siat dengan maksiat yang kau lakukan? Bijaklah memilih! Kerana dirimu yang berhak memilih untuk berada di tempat yang baik atau tempat yang buruk. Janganlah tertipu dengan dunia disekelingmu yang kau kira indah. Ingatlah bahawa syaitan sedang mengelabui mata hatimu. Pilihlah samada mahu berada di taman-taman syurga atau di jurang neraka.

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). Ali-Imraan: 14.

Seorang musafir di jalanan memerlukan bekal agar ia tidak lemah di tengah jalan. Begitu jugalah kita, musafir yang sedang dalam pengembaraan menuju negeri akhirat. Jadi bekal terpenting adalah iman dan amal soleh. Ia bisa didapatkan dengan menghayati Kalamullah yang Allah turunkan. Dengan memahami mesej yang hendak disampaikan maka tindakan yang akan diambil adalah selari dengan kehendak Allah.

Iman adalah tunjang bagi peribadi Muslim. Maka akar pokok yang sangat kukuh akan bisa menampung batang, dahan, daun, dan buahnya. Jadi, untuk memililki iman yang kukuh pastilah bermula dengan aqidah yang teguh. Yang benar-benar memahami prinsip-prinsip yang ada di dalamnya. Jika kita selak kembali lembaran sejarah, yang bisa menjadikan Rasulullah, para sahabat dan salafussoleh bisa menjadi insan luar biasa yang membatasi usianya adalah kerana iman mereka yang sangat kukuh. Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim Maula, usamah bin Zaid, Zubair al-Awwam, Saidina Ali dan sebagainya. Dengan mengetahui sosok peribadi inilah yang nanti bisa membuat iman kita melonjak, Insya-Allah.

Dengan melihat kepada kontribusi yang mereka berikan akan membuat kita berfikir dan merenung, kita di tahap mana. Untuk menjadi orang cemerlang lihatlah orang yang berada di atasmu bukan yang di bawahmu. Pohon yang baik akan menghasilkan buah bagi tuannya dan manusia disekitarnya. Maka tanyalah, buah apa yang sudah terhasil dari diri kita. Bercita-citalah untuk menjadi dan melahirkan pohon yang baik, bermula dari benih yang baik dan penjagaan yang baik dan akhirnya bisa menikmati dan menuai hasil yang baik. Beruntunglah orang yang memerah keringat mengusaha dan menjaga ladang dunianya demi menuai hasil yang lumayan di akhirat kelak.

Hati insan telah gersang
sudah lama ditimpa kemarau
benih iman sudah tidak tumbuh menjulang
tidak subur seperti semalam

Ia lesu sayu seperti kesusahan
ibarat pohon tak berkumbang
tidak menghasilkan yang diperlukan
begitulah hati yang telah gersang

Benih iman tidak melahirkan pohon Islam yang menjulang
bunga dan buahnya amat berkurangan tidak lagi memberi faedah

Bilakah hati insan disiram
dengan sinaran iman dan takwa
membuahkan cahaya dari diri insani
begitulah keindahan iman dan takwa
memberi kebahagiaan seorang insani

Supaya menyeri dan memeriahkan
taman-taman kediaman
itulah syurga yang disegerakan
sebelum syurga yang dinantikan

menunggu turunnya iman

(NADA MURNI- Hati yang Gersang)




0 bersilaturrahim: