topbella

13 May 2010

Beza DUA kekuatan CINTA

Asslamualaikum wbt..
Allahumma solli a'ala saidina Muhammad wa a'ala alihi wasohbihi ajmai'en..

Sabda Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wasallam: Ertinya: Allah Taala menjadikan Rahmat 100 bahagian, 99 bahagian ditahan dan 1 bahagian diturunkan ke bumi. Daripada satu bahagian itu seluruh makhluk menaburkan kasih sayang, sehingga kamu melihat, binatang mengangkat kakinya kerana khuatir terpijak anaknya.( Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

CINTA. Jika kita meneliti hadith di atas cuba kita renungkan, betapa besar kekuatan satu bahagian rahmat yang Allah turunkan pada kita. Manusia, binatang dan makhluk lain saling berkasihan kerananya hingga terlahirlah pelbagai kata untuk menterjemahkan maknanya. Dan ramai yang lebih menyukai dengan kata cinta.

Dengan cinta, akan terlahirlah pengorbanan. Akan terbitlah kasih yang diberikan lebih banyak berbanding untuk kasih kepada diri sendiri. Iya kan? Makanya cinta telah membawa satu kekuatan besar buat seseorang individu tersebut. Mari kita perincikan lagi.

Terdapat jenis kekuatan cinta yang perlu kita ketahui. Pertama, kekuatan yang puncaknya adalah mencapai Syurga. Dan kedua, kekuatan yang mencapai kemuncaknya di neraka.

Dengan menjadikan destinasi terakhir adalah Syurga, maka itulah dia CINTA seorang hamba kepada Tuhannya, membatasi segala-galanya. CINTA seorang nabi kepada umatnya, hingga sampai ke nafas terakhir masih menyebut umatnya. CINTA ayah dan bonda buat anakandanya agar bisa menjadi insan berguna, sanggup dikorbankan segala kepentingan dirinya demi melihat anaknya menjadi mukmin berjaya. CINTA seorang saudara kepada saudara seiman dan seakidah dengannya, hingga dia sanggup menceraikan dan memberikan isterinya kepada ta'akhinya. CINTA seorang guru yang tekun mendidik anak muridnya agar anak didiknya nanti mampu mendidik umat yang kian tenat. CINTA pencinta ilmu dengan ilmu yang terus menerus digali. Semakin ligat menggali terasa semakin kontang, terasa jahil hingga terus menerus diburu ilmu2 duniawi dan ukhrawi. CINTA seorang muslim kepada tanah suci yang terus dipertahankan, bukan hanya rakyatnya (Palestin), tetapi cinta umat kepada tanah Palestin. CINTA seorang mujahid untuk terus mempertahankan agamanya dan tanah umat Islam hingga diinfaqkan nyawanya ke medan jihad. Begitulah beberapa gambaran yang kita dapat lihat. Membatasi ruang lingkup akal jika mahu difikirkan dengan akal. Maka berfikirlah dalam ruang lingkup jiwa dan iman. Pasti TIADA yang mustahil. Nah, betapa kuatnya kekuatan CINTA yang tunjangnya adalah Allah.

Tetapi, bagaimana pula 'kekuatan' cinta bahagian dua? Ya, saya mengatakan tadi kemuncaknya adalah Neraka. Benar, bukan saya kata tapi Allah kata! Cinta palsu seorang lelaki ajnabi kepada wanita ajnabi. Cinta kepada harta,pangkat dan dunia. Cinta yang berlebihan kepada keluarga. Cinta kepada kecantikan, hiburan dan sebagainya. Yang semuanya adalah tipuan belaka. Cinta itu bersumber dari nafsu yang nanti akan menjadi "kuat" hingga sanggup menggadaikan maruah sucinya sebagai seorang muslimah, menggadai agamanya dan menggadai Syurga yang bakal diraihnya. Namun ingatlah, jangan sampai tersalah jalan. Jangan sampai termakan tipu daya syaitan. Ketahuilah bahawa syaitan tidak akan pernah pencen dari menggoda dan menjerumuskan kita ke neraka.

[4.118] Yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku);

[4.119] "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.

[4.120] Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.

[4.121] Mereka itu, tempat akhirnya ialah neraka jahanam, dan mereka pula tidak akan dapat melarikan diri daripadanya.

[4.122] Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?

[4.123] (Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati hanya dengan angan-angan kamu semata-mata, dan tidak pula dengan angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Sesiapa yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas dengan kejahatan itu, dan ia pula tidak akan mendapat - selain dari Allah - seorang pun yang akan melindunginya, dan tidak ada juga yang dapat menolongnya.

[4.124] Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.

[4.125] Dan tidak ada yang lebih baik ugamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.

[4.126] Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu.

Setiap insan berhak mendapat CINTA. Tetapi bijaklah dalam memilih CINTA. Kerana jika tersalah pilih, khuatirnya kita akan menyesal pada akhirnya, menyesal pada hari pertihungan amal. Semoga kita menjadi orang yang beruntung, dengan syarat pilihlah jalan yang benar. Pilihlah CINTA hakiki, CINTA Ilahi, sesungguhnya itu adalah kejayaan yang nyata.
Wallahu a'alam..

Wassalam wbt.

0 bersilaturrahim: