topbella

08 May 2010

Belajar dari makhluk bernama POKOK

Bismillahirrahmanirrahim...
Selawat dan salam tercurah kehadrat Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabat baginda.

Wahai saudaraku, mari kita membuat perenungan tentang satu makhluk yang sentiasa ada disekeliling kita. POKOK. Ya, dengan merenung pada makhluk ini banyak yang kita bisa ambil ibrah daripadanya, banyak memberi pelajaran baru buat kita. Kerana itu makanya Allah menyuruh kita supaya memperhatikan tentang penciptaan alam ini.

"Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman?" Al-A'raaf :185.

Melihat dari sudut ilmu sains, cuba kita senaraikan beberapa perkara yang perlu kita lakukan untuk mendapat pokok yang baik? Apa keperluan bagi pokok untuk ia terus tumbuh dengan subur? ya, pastilah dengan adanya air, cahaya dan pengudaraan yang baik baru ia dapat hidup subur. Iya kan? Dari sudut pandang botani pula, pokok memerlukan baja, tanah yang subur, benih yang baik dan perlu adanya sokongan dan pagar agar ia bisa tumbuh dengan subur. Tempat yang baik juga penting bagi mendapat hasil yang baik. Dengan adanya keperluan-keperluan ini pastilah ia akan terus hidup dengan subur dan akhirnya nanti mampu memberi kontribusi kepada manusia dengan mengeluarkan buah-buahan sebagai hasil. Maka untuk menuai hasil yang baik maka harusnya bermula dengan permulaan dan penjagaan yang baik.

Nah, sekarang mari kita merenung bersama ke dalam diri. Apa sebenarnya keterkaitan pokok yang saya sebutkan tadi. Bagi seorang Muslim apa yang anda fikir sangat penting bagi dirinya? Silakan fikir ya. Yang membezakan Muslim dan kafir adalah IMAN. Dan yang membezakan di antara Muslim dengan Muslim yang lain adalah tahap keIMANan. Maka menjaga pokok itu konsepnya sama seperti kita menjaga iman. Ya, iman itu harus dijaga, dipelihara, disegarkan dan sebagainya.

Jadi, untuk kita memperoleh iman yang solid ini bukan semata-mata datang dari ibadah. Tidak cukup bagi pokok jika hanya ada cahaya tapi tiada air. Maka, kita perlu ada ilmu untuk menyuburkan iman kita. Karana itu ada ulama’ yang mengataka ”Ibadah tanpa ilmu adalh sesat, dan ilmu tanpa ibadah adalah sia-sia”. Dimana lagi jika tidak didapatkan dari majlis ilmu? maka haruslah rajin ke majlis-majlis ilmu, mendengar pengisian-pengisian ruhani melalui radio dan televisyen mahupun melalui pembacaan buku-buku islami. Itulah nanti yang akan menjana iman kita kembali. Melalui perenungan ke dalam diri dan terhadap penciptaan alam akan membuat kita kagum pada Penciptanya. Betapa banyak makhluk yang lebih besar dan gagah dari kita bisa taat kepada penciptanya berbanding kita yang kerdil dan sombong ini. ”Nikmat Tuhanmu yang manakah mahu kau dustakan lagi??” Matahari makhluk terbesar dan terkuat itu tidak pernah walau sesaat melanggar perintah Tuhannya, tidak pernah sekali ia memutar dengan arah yang berbeza melainkan dengan perintah Tuhannya. Ayuh kita muhasabah diri wahai saudaraku sekalian..

Pokok yang baru sedang hendak membesar memerlukan pagar. Maka manusia apa pula kaitannya? Ya, harus juga dengan pagar. Harus ada lingkungan yang baik untuk kita. Persekitaran yang baik banyak membantu kita untuk memaintainkan iman. Kerana pengaruh persekiatan sangat-sangat mempengaruhi kita. Bagaimana kita bisa bertahan untuk tidak melakukan perkara-perkara yang sia-sia jika disekeliling kita semuanya suka melakukan perkara sia-sia. Jika mampu sekalipun hanya setakat sebulan dua. Maka, buatlah pilihan yang terbaik duhai teman. Sanggupkah untuk menggadaikan imanmu dengan hanya mahu bersama sahabat yang kau kira bisa membahagiakanmu? Tegarkah dikau melihat imanmu terus merana kerana tersiat-siat dengan maksiat yang kau lakukan? Bijaklah memilih! Kerana dirimu yang berhak memilih untuk berada di tempat yang baik atau tempat yang buruk. Janganlah tertipu dengan dunia disekelingmu yang kau kira indah. Ingatlah bahawa syaitan sedang mengelabui mata hatimu. Pilihlah samada mahu berada di taman-taman syurga atau di jurang neraka.

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). Ali-Imraan: 14.

Seorang musafir di jalanan memerlukan bekal agar ia tidak lemah di tengah jalan. Begitu jugalah kita, musafir yang sedang dalam pengembaraan menuju negeri akhirat. Jadi bekal terpenting adalah iman dan amal soleh. Ia bisa didapatkan dengan menghayati Kalamullah yang Allah turunkan. Dengan memahami mesej yang hendak disampaikan maka tindakan yang akan diambil adalah selari dengan kehendak Allah.

Iman adalah tunjang bagi peribadi Muslim. Maka akar pokok yang sangat kukuh akan bisa menampung batang, dahan, daun, dan buahnya. Jadi, untuk memililki iman yang kukuh pastilah bermula dengan aqidah yang teguh. Yang benar-benar memahami prinsip-prinsip yang ada di dalamnya. Jika kita selak kembali lembaran sejarah, yang bisa menjadikan Rasulullah, para sahabat dan salafussoleh bisa menjadi insan luar biasa yang membatasi usianya adalah kerana iman mereka yang sangat kukuh. Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim Maula, usamah bin Zaid, Zubair al-Awwam, Saidina Ali dan sebagainya. Dengan mengetahui sosok peribadi inilah yang nanti bisa membuat iman kita melonjak, Insya-Allah.

Dengan melihat kepada kontribusi yang mereka berikan akan membuat kita berfikir dan merenung, kita di tahap mana. Untuk menjadi orang cemerlang lihatlah orang yang berada di atasmu bukan yang di bawahmu. Pohon yang baik akan menghasilkan buah bagi tuannya dan manusia disekitarnya. Maka tanyalah, buah apa yang sudah terhasil dari diri kita. Bercita-citalah untuk menjadi dan melahirkan pohon yang baik, bermula dari benih yang baik dan penjagaan yang baik dan akhirnya bisa menikmati dan menuai hasil yang baik. Beruntunglah orang yang memerah keringat mengusaha dan menjaga ladang dunianya demi menuai hasil yang lumayan di akhirat kelak.

Hati insan telah gersang
sudah lama ditimpa kemarau
benih iman sudah tidak tumbuh menjulang
tidak subur seperti semalam

Ia lesu sayu seperti kesusahan
ibarat pohon tak berkumbang
tidak menghasilkan yang diperlukan
begitulah hati yang telah gersang

Benih iman tidak melahirkan pohon Islam yang menjulang
bunga dan buahnya amat berkurangan tidak lagi memberi faedah

Bilakah hati insan disiram
dengan sinaran iman dan takwa
membuahkan cahaya dari diri insani
begitulah keindahan iman dan takwa
memberi kebahagiaan seorang insani

Supaya menyeri dan memeriahkan
taman-taman kediaman
itulah syurga yang disegerakan
sebelum syurga yang dinantikan

menunggu turunnya iman

(NADA MURNI- Hati yang Gersang)




06 May 2010

PALESTIN SENTIASA DI HATI!!

(klik untuk besarkan poster)

Ayuh bersama kita memberi sokongan kepada saudara seakidah dan seiman kita.
Ingatlah bahawa mereka telah menggadaikan nyawa mereka untuk syurga, tetapi kita pula bagaimana?? hanya dengan sedikit masa,tenaga,wang dan doa kita itulah nanti yang akan menjadi saksi diakhirat nanti. Tidak cukup hanya laungan dan semangat, harus dengan amal.
Maka dengan itu jom! buktikan...

PALESTIN DI HATI KAMI!!

8 MEI 2010
SABTU
STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM
5.00 PETANG - 11.30 MALAM

http://www.lifeline4gaza.org

"Berapa banyak amal yang kecil di mata Allah menjadi besar, dan berapa banyak amal yang besar di mata Allah menjadi kecil, hanya dengan niat yang berbeza"

Melangkah dan terus melangkah ke jalan kebaikan..semoga Allah permudahkan...

08 April 2010

Al-Quran adalah penyelesaiannya!

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah buat Tuhan Sekalian Alam dan selawat dan salam tercurah ke hadrat Rasulullah s.a.w, keluarga,sahabat dan para salafussoleh seluruhnya.

Allah mengatakan di dalam Kalam-Nya:
"Kitab Al Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa",(2:2)

Kekuatan yang umat Islam punyai dahulu, sumber energinya adalah Al-Quran. Sedangkan umat Islam kini semakin lemah kerana sumbu kekuatan tadi telah hilang dari dirinya. Kita umpamakan seperti keadaan orang yang baru saja buta, keperluan baginya pastilah tongkat, iya kan? cuba diambil tongkat tersebut. Pasti dia susah untuk menapak, jika dia mahu terus jalan pasti meraba-raba apa yang ada disekitarnya. Tapi boleh jadi nanti dia terlanggar pintu, tersepak batu, terpijak duri, terjatuh tangga atau apa saja. kerana apa? tongkat yang menjadi keperluannya tiada. Yang akan membantunya jalan dengan baik tiada padanya. Maka akibatnya banyak kemudharatan yang bisa dia dapat. Makanya, berbalik kita pada Al-Quran tadi, yang sudah tidak lagi dipegang, dibaca, dipelajari, diperhati dan diikuti..maka natijahnya jadilah umat kita seperti kondisi hari ini.

Korupsi dimana-mana, penindasan, pengkhianatan, penipuan, pembunuhan, zina, buang bayi tidak lagi asing, hubungan sejenis, hiburan yang sangat melampaui batas, berlumba mengejar pangkat dan nama, tamakkan dunia, yang kaya terus kaya, yang miskin semakin papa kedana. Memikirkan masalah umat tidak terlintas di fikiran. Belia yang bakal menjadi pemerintah kesukaannya adalah hiburan dan sukan, fesyen dan perempuan. Mesti trendy, up to date, pelik jika tiada pacar. Jangan ditanya baca al-Quran atau tidak? barangkali belum pernah dia tahu apa itu Al-Quran, tikar solat pun belum lagi sentuh..padahal usia semakin tua dan tidak sedar ajal hampir tiba. Terus larut dan hanyut dengan tipuan dunia. Kejahiliyahan yang lebih dahsyat dari zaman nabi terdahulu. Astaghfirullahal a'zim..

"( Al Quran ) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. "(3:138)

Kerana tidak pernah melihat tulisan al-Quran, tidak dipegang, dibaca, difahami, dipelajari, dihayati , diamal dan dihidupkan dalam diri setiap Muslim, maka inilah akibatnya. Tidak tahu lagi membezakan yang mana kebaikan dan kebathilan,halal haram, dosa pahala, syurga dan neraka. Hidup yang sudah tiada lagi halatuju. Sangat keliru dengan apa yang dicari sebenarnya. Dicari dan cari penawarnya. Terapkan pendidikan seks diawal sekolah, pendidikan moral, dan berbagai lagi cara yang tidak masul akal bahkan menjadi semakin parah. Kerana penawar di depan mata sudah tidak nampak lagi. Pokoknya, jika mau kembali sihat, tidak ada jalan lain melainkan kita kembali kepada Al-Quran kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar, penawar kepada segala penyakit.

Jadi, tidak dapat tidak, maka ayuh kita semua! yang tidak tahu harus mencari, dan yang tahu harus mengajarkan. Peranan setiap dari kita harus ada, siap untuk memberi dn sedia untuk menerima. Yang penting adalah sedarlah dan binalah kesedaran pada orang lain bahawa Al-Quran sangat kita perlukan dan dekatilah, sucikanlah diri kita dari dosa, bersihkanlah hati kita dari segala noktah hitam yang telah menempel di hati kita. Agar sakit itu dapat segera diubati.

Manakala bagi kita yang telah mengetahui tentang hakikat kebenaran itu tapi masih tidak mahu berubah, maka takutlah dan siap-siaplah dengan apa yang akan dihadapi. Jangan sampai Al-Quran yang sepatutnya memberi syafaat kepada kita akan bertukar menjadi laknat.
Tetapi berita gembiralah bagi mereka yang hidupnya bersama dengan al-Quran.

"Sesungguhnya Al Quran ini memberi petunjuk kepada ( jalan ) yang lebih lurus dan memberi kabar gembira kepada orang-orang mu’min yang menerjakan amal soleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar"(17:9)

Wallahua'lam.


02 April 2010

Doa bagi Menyucikan Jiwa

اللهم آت نفسي تقواها وزكّيها أنت خير من زكّاها أنت وليُّها ومولاها


“Ya Allah, kurniakanlah ketaqwaan kepada jiwaku dan sucikanlah ia, dan Engkau sebaik-baik yang menyucikannya, Engkau adalah Wali dan Maula-nya ”(Diriwayatkan oleh Muslim dan Nasa’i)"

27 March 2010

LUPA dan INGAT antara 2 HAL

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahumma solli a'ala Muhammad, ya Rabbi solli a'alaihi wasallim..

Kata-kata dari seorang pendidik jiwa, yang sangat memberi kesan di hati. Dalam cerita Sang Murabbi anda bisa mendengarkannya. Disini hanya sebagai ulangan yang harus terus diulang-ulang.

Ada 2 HAL yang harus kita INGAT :

KEBAIKAN ORANG LAIN pada kita
dan
KEBURUKAN KITA terhadap orang lain
.

DAN......

Ada 2 HAL yang harus kita LUPA :

KEBAIKAN KITA terhadap orang lain
dan
KEBURUKAN ORANG kepada kita

Dengan berpegang kepada 2 hal ini, optimislah bahawa hidup kita akan disinari pernuh warna warni, keceriaan dan ketenangan...penuh dengan lapang dada..dan ia akan bisa buat kita sentiasa tersenyum :)

Dari Nawwas bin Sam’an al-Anshari r.a katanya.”Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda:”Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.”(HR Muslim)

BERPRESTASI DENGAN BERAMAL..
Wallahua'lam.

25 March 2010

Limitkan NOKTAH HITAM


Bismillahirrahmanirrahim...

Afwan, lama sudah tidak diberkongsi sesuatu dengan semua. Exam period sepatutnya tidak pernah membatasi kerja dakwah kita. InsyaAllah atasilah segala alasan yang tercipta. LIMITKAN NOKTAH HITAM DALAM HATI KITA. Ini yang mahu kita saling mengingatkan, ya bahasa mudahnya adalah kurangkan maksiat. Maksiat ini jangan dipandang perkara yang besar-besar aja sepertinya minum arak, mengumpat atau apa saja yang besar-besar dosanya. Kadangkala yang remeh aja kita tidak perasan. Kita mengambil hak orang lain juga satu maksiat sebenarnya.

LIhat saja bagaimana para salafussoleh menjaga diri mereka dari maksiat, hatta yang sekecil-kecil ini saja memang cukup mereka teliti. Lihat betapa wara' itu harus dijaga.

Petamanya tentang makanan. Imam As-Syafie ketika mana telah mengalami kesukaran untuk menghafal. Lalu beliau bertemu gurunya Imam Waqi'. Maka apa katanya? "Tinggalkan maksiat." Kerana ilmu itu cahaya dan ia tidak dapat menembusi ke dalam hati yang gelap kerana maksiat. Setelah dikaji rupanya ia datang dari susu kambing peliharaan ibunya yang telah memakan rumput orang lain. Masya allah jauhnya datang punca maksiatnya, tapi kesannya cukup mendalam. Disini pentingnya keizinan. Jika sudah kita mendapat keizinan maka terlepaslah kita dari maksiat tadi.

Kita pula bagaimana? apa yang sudah masuk ke dalam perut kita, apa yang sudah menjadi darah daging kita? aduh..khuatir sangat-sangat kan. Contoh mudahnya begini. Mungkin makanannya halal, tapi wasilahnya bagaimana? periuk nasi yang kita guna untuk masak nasi di asrama. Periuknya dilarang bawakan? elektrik yang kita guna untuk masak nasi itu tidak berbayar. Hukumnya haram kan? Sesudah itu nasinya yang dari periuk haram itu kita makan. Ya periuknya pasti kita tidak makan, tapi periuk itulah yang telah memasakkan nasi kita. Jadinya nasi yang kita makan itu adalah dari sumber yang haram. Aduh2..maksiat lagi tertitik dalam hati. Hari demi hari. Ini yang kita selalu pasti tidak perasan, kerana kesensitivitian tadi sudah lenyap dilitup dengan maksiat yang kita telah lakukan. Afwan..ini contoh-contoh di sekitar kampus aja, supayanya kita sesama mahasiswa lebih meneliti hal2 ini.

Kedua dengan tidak mengambil hak orang lain. Telitilah kisah ini. Betapa amanah dan ini lah yang kita juga mahu pupuk ke dalam diri.

Siapa yang tak kenal Umar bin Abdul Aziz. Sosok pemimpin adil, arif, lagi berilmu. Banyak kisah teladan yang beliau tinggalkan untuk para peniti kebenaran. Inilah kisah ringkasnya.

Suatu hari datanglah seorang utusan dari salah satu daerah kepada beliau. Utusan itu sampai di depan pintu Umar bin Abdul Aziz dalam keadaan malam menjelang. Setelah mengetuk pintu seorang penjaga menyambutnya. Utusan itu pun mengatakan, “Beritahu Amirul Mukminin bahwa yang datang adalah utusan gubernurnya.” Penjaga itu masuk untuk memberitahu Umar yang hampir saja berangkat tidur. Umar pun duduk dan berkata, “Izinkan dia masuk.”

Utusan itu masuk, dan Umar memerintahkan untuk menyalakan lilin yang besar. Umar bertanya kepada utusan tersebut tentang keadaan penduduk kota, dan kaum muslimin di sana, bagaimana perilaku gubernur, bagaimana harga-harga, bagaimana dengan anak-anak, orang-orang muhajirin dan anshar, para ibnu sabil, orang-orang miskin. Apakah hak mereka sudah ditunaikan?Apakah ada yang mengadukan?

Utusan itu pun menyampaikan segala yang diketahuinya tentang kota kepada Umar bin Abdul aziz. Tak ada sesuatu pun yang disembunyikannya.

Semua pertanyaan Umar dijawab lengkap oleh utusan itu. Ketika Semua pertanyaan Umar telah selesai dijawab semua, utusan itu balik bertanya kepada Umar.

“Ya Amirul Mukminin, bagaimana keadaanmu, dirimu, dan badanmu? Bagaimana keluargamu, seluruh pegawai dan orang-orang yang menjadi tanggung jawabmu? Umar pun kemudian dengan serta merta meniup lilin tersebut dan berkata, “Wahai pelayan, nyalakan lampunya!” Lalu dinyalakannlah sebuah lampu kecil yang hampir-hampir tidak bisa menerangi ruangan karena cahayanya yang teramat kecil.

Umar melanjutkan perkataanya, “Sekarang bertanyalah apa yang kamu inginkan.” Utusan itu bertanya tentang keadaannya. Umar memberitahukan tentang keadaan dirinya, anak-anaknya, istri, dan keluarganya.

Rupanya utusan itu sangat tertarik dengan perbuatan yang telah dilakukan oleh Umar, mematikan lilin. Dia bertanya, “Ya Amirul Mukminin, aku melihatmu melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.” Umar menimpali, “Apa itu?”

“Engkau mematikan lilin ketika aku menanyakan tentang keadaanmu dan keluargamu.”

Umar berkata, “Wahai hamba Allah, lilin yang kumatikan itu adalah harta Allah, harta kaum muslimin. Ketika aku bertanya kepadamu tentang urusan mereka maka lilin itu dinyalakan demi kemaslahatan mereka. Begitu kamu memmebelokkan pembicaraan tentang keluarga dan keadaanku, maka aku pun mematikan lilin milik kaum muslimin.”(sumber)

Subhanallah, benar-benar mengagumkan! Kita bagaimana wahai siswa siswi?? duit pinjaman atau biasiswa itu kan amanah rakyat. Kemana kita salurkan? muhasabahlah kembali. Yuk sama-sama recheck kembali diri kita ya. Pesan Umar r.a " Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab".

TIPS penting untuk semua:

* 1. Jika sedang kita melakukan sesuatu, kemudian perasaan kurang enak dan serba salah sentiasa mebelenggu kita, jika perkara itu diketahui orang, akan membuatkan kita takut dan malu, maka ketahuilah bahawa kita sedang melakukan maksiat atau perkara yang salah, samada di sisi manusia mahupun disisi Allah.

* 2. Jika kita mengetahui apa yang kita lakukan itu adalah kesalahan atau kemaksiatan, tetapi tetap aja mahu teruskan, maka AWAS! kerana hati kita sudah mulai MENGERAS, dan sakitnya sudah mulai PARAH.
Maka, carilah penawarnya segera!

Wallahu'alam.


27 February 2010

Wahai Rasullullah, kami merinduimu...


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, selawat dan salam tercurah ke atas junjungan baginda Rasulullah s.a.w, para sahabat dan keluarganya.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (surah Al-Ahzab:21)

Hakikat Cinta

"Wahai Rasulullah, engkau sangat aku cintai", kata Umar. "Tidak Umar, sesungguhnya katakanlah aku lebih engkau cintai dari dirimu" kata baginda. Maka tingginya martabat cinta pada Rasul ini. Cinta memerlukan pembuktian, tidak cukup setakat meniti di bibir semata. Dengan melakukan sunnah baginda itu membuktikan cinta kita terhadap baginda.

Para sahabat mengatakan mereka adalah golongan yang Rasulullah paling cintai, kerana hidup bersama di zaman Rasulullah dan bersama-sama menyebarkan Islam bersama Rasulullah, maka apa jawab Rasulullah? Bukan, ada segolongan manusia yang aku rindu dan cintai, mereka tidak hidup di zamanku, tidak pernah bertemu denganku, tetapi mereka mengimaniku dan mengamalkan sunnahku. Ya, itu yang Rasulullah katakan.

Jadi kita ditahap mana? Tidak mahukah kita mengatakan "akulah dari golongan itu!"?. Sejauh mana kita membuktikan cinta kita pada Rasulullah? Adakah cukup sekadar mengingati hari kelahiran baginda? sedangkan untuk mempamerkan identiti Islam saja sudah malu, mahu menyampaikan Islam juga malu, apa lagi untuk menyambung perjuangan baginda yang terdahulu sudah merasa tidak mampu. Jangan nanti di akhirat kita tidak malu pula menagih syafaat dari Rasulullah. Begitu, harus dibuktikan sejauh mana cinta kita pada Rasulullah.

"Ummati! ummati! ummati!"..sehingga akhirnya Rasulullah menyayangi kita. Hingga ke hujung nyawanya wahai teman, ketika bertarung dengan sakaratulmaut baginda masih mengingati kita..masyaAllah..jiwanya penuh dengan kasih sayang,namun kita bagaimana? Selawat pula bagaimana?setahun sekali? Sirah Rasulullah tahu? diamal atau sekadar ilmu?. Jawapannya ada di tangan kita.

Hakikat Perjuangannya

Tiada kenal lelah. Ikhlas. Yakin pada janji Allah. Itulah Rasulullah, suri teladan buat kita. Sehingga kini kita merasai nikmat Iman dan Islam itu. Maka tugas kita apa, yuk sambung perjuangan Rasul!. Makanya harus sedia, jalan ini tiada tilam empuk, tiada karpet merah, tiada makanan sedap saja. Jalan penuh duri, penuh dengan kesakitan, tapi nanti akhirnya adalah kemanisan, kebahagiaan dan kenikmatan. Itu yang perlu kita ketahui, agar nanti kita tidak mudah menyerah, tidak mudak goyah kerana ya memang begitulah sunnatullah di jalan ini. Rasulullah bukan hanya diugut dengan kata, bukan saja tawaran harta dan takhta, tapi tidak kurang juga siksaan yang baginda temukan. Diletakkan tengkuknya dengan najis, direntap kain di lehernya, di baling batu dan sebagainya. Kita bagaimana? belum sampai tahap itu lagi, tapi sudah mau menyerah. Aduh, cepat goyah ni. Janganlah kita seperti buih dilautan seperti yang disebutkan Rasulullah, banyak tapi mudah pecah. Teliti dan selamilah setiap keadaan yang Rasulullah lalui, bandingkan pula dengan kita, agar nanti ia boleh menjadi motivasi diri yang akan terus membuatkan kita mahu berjuang.

Semoga dengan ini, kita sama2 kembali merenung ke dalam diri, apa yang belum kita ada harus cari dan pupuk dalam diri, apabila benih yang disemai tadi mulai berhasil, nah inilah manfaat buat diri kita dan juga saudara Islam kita yang lain. R: "Sebaik-baik dari kamu adalah yang bermanfaat kepada orang lain".

"HIDUP UNTUK MEMBERI"

20 February 2010

Kalau bukan kita, SIAPA LAGI??

Bismillahirrahmanirrahim..
Bersyukur setinggi-tinggi ke hadrat Allah dan selawat buat Rasulullah s.a.w..

RESAH, GELISAH DAN SANGAT2 KHUATIR. Itu yang sentiasa berlegar dibenak fikiran melihat keadaan umat yang sangat kritikal. Tidak dapat tergambar bagaimana perasaan yang amat menyedihkan. Tercincang hati ini sedih melihat umat yang telah berjaya dibonekakan oleh orang kafir. Tiada izzah lagi dengan agama yang di dukung, bahkan rasa malu membawa identiti Islam. Ya Allah, apa yang sudah aku lakukan untuk Islam? usaha yang secalit itu belum cukup. Wahai diri, sudah tiada masa untuk tidur berlama2, tiada masa untuk masalah peribadi, tiada masa untuk berseronok dan ketawa lagi. Masa sudah tiada lagi. Ayuh diriku dan teman-teman, segeralah sedar! segeralah bangkit!

Aduh...apakah cukup sekadar mengetahui apa yang terjadi? dimana sensitiviti kita wahai orang beriman?? Untuk minggu ini saja 4 berita kes pembuangan bayi yang tak berperikemanusiaan ini dilaporkan. Yang paling kejam adalah bayi yang tidak berdosa itu dibakar sebelum dibuang. Hancur luluh hati melihat begitu kejam ia dipelakukan. Ya Allah...manusia jenis apa ini??. Apa nak jadi dengan dunia hari ini... tiada lagi nilai kasih sayang, kerana minda kita banyak yang telah dicetak dengan pemikiran barat. Dan banyak lagi masalah yang tertermuat dipaparkan dalam akhbar. begitu dahsyat. Inilah padahnya jika kita berpaling dari apa yang telah Allah turunkan. Renunglah baik-baik!

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah al-A'raf:179).

Cuba lihat, adakah kita tergolong dalam golongan ini?? dan ketahuilah bahawa azab Allah itu bukan hanya ditimpakan kepada pelaku maksiat, bahkan orang beriman yang hanya duduk diam dan tidak mahu membetulkan dan memikirkan masalah ummah ini juga akan dihempap dengan azab ini.

Aduh pemuda..bagaimana mahu memimpin dunia sedang dirimu masih seronok bersantai? masih merasa selesa berada di bumi Malaysia yang kau kira cukup aman? aduh..bangun pemuda!bangun! cukuplah hanya asyik memikirkan masalah dirimu, masyarakat yang tenat sedang tercungap-cungap menanti kita menghulurkan tangan. Justeru bersihkanlah hatimu, dekati Tuhan dan bergantunglah pada-Nya. Apabila hati mulai bersih, maka ia akan dapat melihat dan mencari jalan membantu umat. Jangan hanya lihat apa yang orang lain belum buat, tapi tanya apa yang sudah kita lakukan. Jangan bertangguh untuk melakukan sesuatu perubahan, segera majukan langkah. Sedarkan umat dengan apa cara sekalipun yang kita mampu. Gunakan segala potensi yang Allah kurniakan pada kita. Jika mampu berkata-kata, maka majulah. Jika potensi di bidang penulisan maka segeralah. Sebenarnya tidak perlu menunggu adanya potensi2 begitu, bahkan ianya boleh digarap, pokoknya jika kita MAHU. Jangan kita beralasan untuk tidak berbuat, tetapi beralasanlah untuk berbuat.

Ingatlah ,jika kita tidak membantu sekalipun, Islam akan tetap tertegak. Dan jika kita tidak mahu, maka Allah akan gantikan diri kita dengan suatu kaum yang lebih baik lagi. Yang rugi adalah kita. Jika belum melakukan sesuatu, jangan bangga mengatakan kitalah mujahid, kitalah itu dan ini.

Tapi fikirlah dengan mendalam. Bahawa umat Islam ini ada 5 zaman.

Zaman kenabian.
Zaman khilafah Islamiyyah.
Zaman penguasa yang "menggigit"
Zaman penguasa yang zalim.
Zaman khilafah Islamiyyah.

Lihat, kita sekarang dalam zaman keempat, the darkness of ummah. Pernah tidak kita terfikir mengapa Allah menakdirkan kita lahir di zaman ini??tanyalah diri masing-masing. Dan diantaranya adalah kerana Allah mahu kebaikan untuk diri kita. Kita lah yang Allah mahu untuk menjadi pendokong agama Allah, dan pewaris kepada Rasulullah, juga sebagai umat yang Rasulullah paling cintai kerana walau tidak pernah bertemu, tetapi beriman dan mengikuti sunnah Rasulullah. Jadi, tidak mahukah kita meraih peluang yang telah Akah sediakan ini? Mahu santai lagi?? sudahlah, bangkitlah! jangan sia-siakan usia yang masih tersisa. Ayuh jadi soleh dan musleh. Motivasi untuk diri dan buat yang lain, kataknlah pada diri : KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI??

Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi

Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang

Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mamapu membobol betengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana

Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman

Wajah duia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkuali
Menanti bangkit kepalmu

WE ARE THE AGENTS OF CHANGE!!

10 February 2010

Jangan Sekadar Syurga Dunia


“Saya perlu bernikah, ustaz. Sangat perlu” ujar seorang anak muda.

“Mungkin tidak patut ustaz menyoal, tetapi KENAPA?” soalan saya ajukan kepadanya.

Bukan kenapa nikah, tetapi mengapa begitu terdesak.

“Tidak tenteram. Ada gelodak jiwa” katanya.

“Justeru selepas nikah nanti, kalau sudah tenteram dan jiwa kembali tenang, apa seterusnya?” saya menyambung pertanyaan.

“Tenteram itu bukankah sentiasa perlu? Jadi perlukah ada ’seterusnya’, ustaz? Saya keliru,” katanya jujur.

“Izinkan ustaz berterus terang. Jika tenang dan tenteram yang anta maksudkan itu adalah pada nikmat beristeri dan menikmati isteri, hati-hati dengan tabiat nikmat dunia,” saya tidak mahu berbunga kata.

“Tabiat yang bagaimana?” beliau agak kabur dengan perbualan kami.

“Kalau ustaz pakar sambal sotong, ustaz hidangkan kepada anta buat kali pertama, Alhamdulillah. Tengah hari nanti sambal sotong juga, Alhamdulillah. Makan malam nanti sambal sotong lagi, Alhamdulillah. Bagaimana jika sarapan pagi esoknya juga sambal sotong dan tengah hari itu juga berlaukkan sambal sotong. Kamu mampu menjamahnya lagi?” saya beranalogi.

“Aduh, boleh muntah dibuatnya. Jangan, ustaz!” katanya sambil ketawa.

“Benar. Segala nikmat di dunia, biar sesedap mana pun ia, sedapnya semasa lapar, semasa bujang, semasa belum merasa. Tetapi kalau sudah dirasa, diulang rasa, berterusan merasa, bisa sahaja yang sedap menjadi hambar” saya menyambung kalam.

“Jadi, apa yang cuba ustaz beritahu saya?” soal beliau.

Pernikahan, jangan sekadar satu penyelesaian. Ia harus lebih besar dari itu” saya memberikan kesimpulan.

NIKAH UNTUK SELESAI

Tidak salah untuk percaya bahawa pernikahan boleh menyelesaikan banyak masalah. Itulah hikmahnya pada Sunnah bernikah.

Tetapi kekhuatiran yang timbul, ialah apabila sebuah ikatan perkahwinan mahu dilangsungkan hanya untuk menyelesaikan masalah tertentu, dan selepas masalah itu selesai, perkahwinan itu hilang tujuan! Menjadikan perkahwinan sebagai penyelesaian, hanyalah sebuah hasrat berupa perancangan jangka pendek. Sedangkan untuk sebuah rumahtangga terus membuka laluan sampai ke Syurga, ia perlu kepada perancangan jangka panjang.

Sepanjang kehidupan.

Kebelakangan ini saya dihimpit rasa bimbang.

Tatkala hari demi hari didatangi pasangan yang berkahwin muda mengadu masalah, saya memaksa diri untuk berfikir dan mencari sudut-sudut tersembunyi (blind spot) di dalam tasawwur seorang anak muda semasa mahu bernikah.

“Saya bosan tengok isteri saya ustaz. Salahkah saya berperasaan begitu?” tanya seorang anak muda.

Jantung saya berdebar.

Merenung matanya, saya dapat merasakan ada semacam satu kehampaan di dalam dirinya kerana terbeban oleh perasaan yang gagal disembunyikannya. Syukur, sekurang-kurangnya dia mahu bertanya. Di samping berusaha menemukan jawapan, saya juga dapat belajar sesuatu untuk diri dan dikongsi dengan yang lain.

Bagaimana boleh bosan?

Saya harus mencari jawapan pada titik mula dan titik tengah soalan itu.

Justeru untuk mencari penjelasan pada titik mula, saya persoalkan tujuan perkahwinannya semasa di tahun 2 pengajian lebih setahun yang lalu.

“Kami selalu berjumpa. Saya bimbang hati terus terfitnah memikirkan tentangnya. Alhamdulillah saya tidak bertepuk sebelah tangan. Biar pun ayah dan ibu kami agak berat untuk menyatakan persetujuan, tetapi syukur akhirnya mereka merestui,” cerita beliau.

“Alhamdulillah.Jadi, sekarang ini, adakah anta sudah mendapat apa yang dicari?” saya bertanya.

“Ya, cuma…” beliau teragak-agak menyebut.

“”Cumanya sekarang anta sedang dilanda jemu, kan?” saya sambungkan ayatnya yang tidak langsai itu.

Tatkala kita mengejar sebuah ikatan perkahwinan sebagai jalan keluar kepada apa-apa sahaja masalah yang sedang dihadapi, syukur jika masalah itu selesai, dan syukur juga jika masalah itu belum selesai. Sekurang-kurangnya dia masih punya sesuatu untuk diusahakan dalam sebuah perkahwinan. Namun bagi yang masalah sudah selesai di tahun satu pernikahannya, apa lagi cita-cita dan azam yang ada dalam visi dan misinya bagi melangsungkan usia perkahwinan?

Daripada gelisah menjadi tenang dengan nikah.

Timbul jemu, mahu mencari tenang dengan membatalkan nikah?

Naudhubillah

Tidak sedikit air mata sang isteri tumpah semasa suami mereka berterus terang berkata, “mengahwinimu adalah suatu kesilapan!”

Sepatutnya masalah seperti ini tidak timbul.

Tetapi realiti sering meninggalkan banyak ’sepatutnya’ terkontang-kanting menjauhi kesempurnaan.

Perkahwinan menyelesaikan.

Tetapi ia bukan sekadar sebuah penyelesaian.

Ia adalah sebuah gagasan.

Impian yang memerlukan pandanganmu jauh sampai ke usia tua, sampai cangkul dan tanah memisahkan jiwa, sampai ke kubur, sampai kamu ke Syurga.

Jadikanlah perkahwinan itu kenderaan yang membawa dirimu untuk ke Syurga Akhirat.

Jangan sekadar syurga dunia.

- sumber : http://saifulislam.com

p/s: ambilllah sebanyaknya pengajaran dari entri ust. Harizal ini, lihat dalam diri apa yang perlu diperbetul lagi. semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua. Yakinlah dengan Allah, terus tingkatkan kualiti diri dan tanpa rasa ragu, mohonlah pada-Nya. Berikan haq Allah sebelum meminta sesuatu dari-Nya. Pastikan diri mengikut aturan Islam, bukan Islam mengikut kemahuan diri.

Sang Pencetus Larangan Masjid Di Swiss Itu Kini Masuk Islam

Daniel Streich, politikus Swiss, yang tenar karena kampanye menentang pendirian masjid di negaranya, tanpa diduga-duga, memeluk Islam.
Streich merupakan seorang politikus terkenal, dan ia adalah orang pertama yang meluncurkan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai ide untuk menutup masjid-masjid di Swiss. Ia berasal dari Partai Rakyat Swiss (SVP). Deklarasi konversi Streich ke Islam membuat heboh Swiss.

Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seantero negeri. Ia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemoohan bagi umat Islam di Negara itu, dan membuka jalan bagi opini publik terhadap mimbar dan kubah masjid.
Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang pemeluk Islam. Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membangun masjid yang paling indah di Eropa di Swiss.
Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahwa pada saat ini ada empat masjid di Swiss dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Ia mengakui ingin mencari “pengampunan dosanya” yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahwa larangan kubah masjid telah memperoleh status hukum.
Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah LSM, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahwa orang Eropa sebenarnya memiliki keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan terorisme; sama halnya dengan Streich. Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Alquran dan mulai memahami Islam.
Streich adalah seorang anggota penting Partai Rakyat Swiss (SVP). Ia mempunyai posisi penting dan pengaruhnya menentukan kebijakan partai. Selain petisinya tentang kubah masjid itu, ia juga pernah memenangkan militer di Swiss Army karena popularitasnya.
Lahir di sebuah keluarga Kristen, Streich melakukan studi komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki dampak yang mendalam pada dirinya. Akhirnya ia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemdian disebut oleh SVO sebagai setan.

Dulu, ia mengatakan bahwa ia sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang ia membaca Alquran dan melakukan salat lima waktu setiap hari. Dia membatalkan keanggotaannya di partai dan membuat pernyataan publik tentang ia masuk Islam. Streich mengatakan bahwa ia telah menemukan kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat ia temukan dalam agama sebelumnya.

-" seseungguhnya Allah itu pemberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki"

Bukalah tingkap kejahilan di dalam hatimu, patahkan keegooan yang merajai dirimu..agar nanti cahaya hidayah dapat menembusi dan menerangi segenap sudut dihatimu..dan cahaya itu jugalah yang akan menjadi penyuluh di sepanjang perjalanan hidupmu..