topbella

15 December 2009

Motivasi untuk Kader Dakwah

"Kalau engkau benar-benar jujur pada Allah,
Dia akan benar mewujudkan maksudmu"

Benar-benar tersentuh dengan apa yang dikatakan oleh Rasullullah. Ya, Allah itu Maha Mengetahui setiap apa yang ada didalam hati kita. Sebelum kita berjalan jauh, periksa dahulu kenderaan kita, agar tidak mogok dipertengahan jalan. Jalan yang masih panjang, kerana itu pentingnya untuk bersiap-siap, periksa dahulu, jika semuanya lancar sandarkan doa dan tawakkal lah kepada Allah agar selamat sampai ke destinasinya.

Begitu juga dalam melalui jalan yang ditaburi duri-duri, jalan tarbiyah dan dakwah ini memerlukan persiapan dari awalnya lagi. Asasnya perlu kukuh agar tidak mudah runtuh. Perlu persiapan dari segala segi, terutamanya dari segi rohani. Harus berani mengubah diri. Tarbiyah bukan sekadar hadir ke halaqah, bukan cukup dengan hanya ada pendidikan agama, tapi yang utama adalah 'pendidikan hati'. Kitalah yang lebih mengenali diri, dan hanya kita yang mampu berubah jika dengan paksaan diri sendiri. Perlu banyak koreksi diri agar sentiasa in line dalam saff ini. Perlu mujahadah yang kuat, niatnya harus lurus. Hanya untuk Allah. Bukan kerana manusia.

Mengikuti tarbiyah bukan sekadar ikut-ikutan, bukan sekadar meluaskan jaringan hubungan, atau untuk mengisi masa tapi kerana ia adalah keperluan bukan pilihan. Luruskan niat hanya untuk Allah, jika ujian badai sekalipun insyaAllah dengan diawali dengan niat tadi pasti Allah akan memperteguhkan lagi hati kita untuk bersama di medan ini, bahkan jika ujian lebih mencabar, dan kita menerima dengan sabar maka semakin tinggilah darjat disisi Allah. Hanya Allah yang Mengetahuinya dan membalasnya.

Yang penting harus berani ubah diri. Tidak mahu jadi kader manja! itu susah, ini tak mahu, dan akhirnya sedikit demi sedikit hilang. Demikianlah Allah membersihkan saff-Nya dari orang yang tidak ikhlas. Dan khuatirnya kita yang akan tersingkir. Ikhlas itu sukar ditemui, namun masih mampu diperolehi, mohonlah pada-Nya, nescaya Dia akan memberi."Ya Allah, ikhlaskan hati kami dalam apa jua yang kami lakukan..bersihkanlah hati kami dari sebarang kekotoran yang bisa menggoyahkan iman kami, dan thabatkan kami hingga kami temui syahid itu.."

"Tanpa tarbiyah, harakah hanya akan menghasilkan
peribadi-peribadi yang memahami politik, tapi jiwanya keras tidak memahamikelembutan" ( Muhammad Ahmad Ar-Rasyid).
"Ya Allah teguhkan kami untuk terus berada dalam saff-Mu, bersama dengan pejuang-pejuang agama-Mu hingga tiba saat kita ketemu"..ameen

1 bersilaturrahim:

Corashiku said...

ijin copas ya ukhti,,