topbella

15 April 2009

TARBIYAH DARI TUHAN

Ku rasakan ada air hangat meluncur jatuh dari empangan air mata yang kian pecah..
Terus ku panjangkan sujud tatkala merasa diri semakin lemah… menghitung diri di hadapan Kekasih Hati..mengadu segala apa yang terbuku didada…yang terpendam di hati..yang tidak mampu dimengerti insan biasa…jua mendamba kasih tatkala dahagakan kasih sayang-MU, memohon maghfirah merayu simpati meminta dari-MU..
di kala mulut tidak mampu berkata-kata..hanya iman dan hati ku biarkan meluah bicara..
mengukir segala rasa yang hanya dimengerti Tuhan yang Esa..

Oh tuhan,pimpinlah hamba-MU yang lemah ini…
Ya Allah..aku mohon agar diberikan secalit kekuatan..
untukku menerima ‘hadiah’ tarbiyah dari-MU
agar aku tidak lelah dipertengahan jalan yang masih panjang..
agar aku tidak terus jatuh tatkala aku berlari menuju-MU
agar aku merasakan Engkau sentiasa disampingku..menemaniku..
agar aku mengerti bahawa aku masih memiliki-MU
aku bersyukur pada-MU
kerana Engkau tidak pernah meninggalkanku sendirian..
kerana Engkau menyedarkanku akan hakikat kerdilnya diri ini..
kerana Engkau tidak pernah melupakanku..
kerana secebis kasih-MU masih ada buatku..
dan sesungguhnya dugaan itu adalah hadiah paling berharga
untuk membentuk diriku
agar terus cekal..terus tabah..tanpa mudah lemah..

Itulah tarbiyah dari Sang Pencipta..menghadiahkan diri ini ujian demi ujian agar aku tidak terus lena dan segera kembali kepada-NYA…terima kasih tuhan kerana membelaiku dengan penuh kasih sayang-MU..

07 April 2009

Exam lagi...

Alhamdulillah..gembira tak terkata dapat kembali meneruskan agenda di sini..semoga allah memperteguhkan hati di jalan ini. Walaupun sibuk dengan exam, dengan sedikit masa yang ada ketika ini akan ku curah di medan ini.

Ana ingin berkongsi dengan sahabat2 sepanjang musim exam di UIA ni.. Alhamdulillah empat paper dah selesai..empat lagi masih menanti..Bila dilihat suasana exam ni kadang2 tak tau apa nak di kata..masing2 dengan buku, suram keadaannya..namun harapnya jangan suramkan jalan dakwah kita gara2 exam yang tak seberapa ni..

Mengimbau hari untuk paper ke 3, saat kaki melangkah masuk ke dewan peperiksaan terasa sedikit debaran mengingat kembali saat menduduki SPM empat tahun lepas.. Mata ligat mencari di mana posisi exam hari ini..kaki terus mengatur langkah menuju ke meja..terus mengambil tempat dan ku terus fokus dan menarik nafas sambil ku rendahkan hati berdoa dan menyerahkan diri pada tuhan pemilik diri ini setelahku sandarkan pada usaha yang termampu ku lakukan agar dipermudahkan..

Peperiksaan dimulakan hinggalah masa yang diberikan tamat. Ketua pengawas mengambil tempat mengumumkan bahawa masa telah tamat. Namun, masih ada yang menulis kerana tidak mahu kertas lompong. Bersuara lagi ketua pengawas tadi, kali ini lebih tegas. "sila berhenti menjawab. letakkan pen anda. Ingat, tidak halal jawapan anda yang melebihi waktu yang diberikan". Berbagai reaksi, ada yang terus menulis, ada juga yang kaget dan terus berhenti dan ada tak kuarang juga yang buat tak peduli. Aku pula alhamdulillah cukup masa yang diberikan untuk menjawab. Ku tersenyum mendengar arahan ketua tadi sambil berfikir apa yang dikatakannya. Bererti dia memahami konsep amanah pada masa. Tapi kebanyakan pelajar menunjukkan rasa tidak puas hati dengan kata-kata ketua pengawas tadi.

Langkah ku atur menuju keluar dari dewan peperiksaan. Berjalan dibelakang 2 orang insan. Kebetulan terdengar apa yang mereka sembangkan. "aku tak puas hati betul la lecturer tadi, saje je buat kecoh, tak halal konon..". Si A memulakan bicara. Di sambut pula kawannya si B. "Ah, peduli apa aku halal ke tak halal, janji aku dapat A". Belum sempat aku apa2 mereka laju mengorak langkah pulang. Terkejut juga mendengar perbualan mereka. “peduli apa aku halal ke tak halal, janji aku dapat A”.. kata-kata tersebut terngiang-ngiang di telingaku. Masya Allah, hanya itu yang terkeluar dari mulutku. Mana tidaknya, kedua2 mereka tadi pelajar aliran agama. Mahu menangis juga hati ini mengenangkan insan-insan ini yang sepatutnya menjadi contoh, menunjuk kan teladan yang baik tapi lain pula jadinya.
Apa yang ana nak stresskan disini adalah ibrah yang boleh kita jadikan panduan agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama.
Pertama, lihatlah bagaimana jika kita mempunyai ilmu tetapi tidak diamalkan. Ketua pengawas dan 2 orang pelajar tadi kedua2nya ana yakin tahu apa itu amanah. Namun tahu tanpa memahami tidak cukup. Faham tanpa mengamalkan juga tidak wajar. Amal tanpa disebarluaskan juga tidak patut. Jadi pointnya, tahu ,faham,amal dan sebar. Apabila ilmu yang dimiliki hanya disimpan tanpa diamalkan apatah lagi disebarkan akhirnya akan membinasakan diri dan orang lain.
Kedua, sejauh mana kita memahami konsep amanah. Mungkin rata-rata yang memahami amanah hanya sekadar a.m.a.n.a.h noktah. Tidak tahu apa yang tersirat di sebalik itu. Lihat, sejauh mana kita amanah pada masa. Cuba lihat ana relate kan masa menjawab exam tadi dengan masa kehidupan kita didunia ini. Sama saja. Allah berikan kita masa untuk kita gunakan sehinggalah sampai masa tamatnya masa tersebut. Yang mana masa tadi tidak pernah berhenti walau sesaat. Jika dalam situasi tadi mungkin boleh dipertimbangkan hanya lewat 5minit. Tapi ingatlah, apabila nyawa sampai dikerongkong, tiada istilah ‘masa tambahan’ bagi tuhan pemilik masa. Meskipun kurang daripada satu saat. Allah mengambarkan bagaimana keadaan orang yang rugi, tidak sedar masanya telah habis dan ajal menjerkah datang tiba2. Saat itu ketahuilah betapa besar penyesalan kerana tidak menggunakan masa sebaiknya.
Ketiga, amanah lagi. Lihat betapa berat amanah sehingga langit,bumi dan gunung ganang pun tidak sanggup memikulnya. Namun, allah memilih kita makhluk yang kerdil dan hina ini untuk menjalankan amanah ini. 2 tanggungjawab, iaitu hamba dan khalifah. Perhatikan apa yang lakukan, dimana amar ma’ru nahi mungkar dan sbgnya. Sejauh mana kita menjalankan amanah kita ini. Ini yang allah khabarkan dalam surah al-ahzab:72. Ingat, satu ketika nanti kita akan ditanya adakah kita menjalankan amanah ini.
Keempat, soal halal haram sudah tidak dipeduli. Tidak lagi difikir apakah ia terhenti setakat itu. Katakanlah kita berjaya dalam hidup kita bermula dengan exam tadi. Bermula dengan jawapan kita yang tidak halal itu. Wang yang kita perolehi itu akan mendarah daging dalam diri, kemudian akan diwarisi oleh generasi kita . Lihat betapa kita memandang remeh hal2 ini. Hasil makanan yang tidak halal tadi akan membawa kepada pembentukan akhlak yang buruk dan kemudian membawa kepada masalah2 sosial yang kita seharusnya renung dalam2. Bermula daripada perkara yang sedikit ini akhirnya boleh menghancurkan sebuah negara.
Kelima, lidah. Lidah yang tidak bertulang ini mampu menjadi senjata paling tajam untuk menikam hati. Lidah ini juga akan menentukan pemiliknya akan berada di taman syurga ataupun gaung neraka. Lidah yang menuturkan kata syukur atau kufur. Betapa besar sumbangan lidah ini. Jadi pastikan kita menggunakan akal sebelum menuturkan sesuatu kata. Boleh jadi dengannya kita di syurga namun tidak mustahil juga kerananya kita di neraka.

Untuk kali ni mungkin sekadar ini dulu, peringatan buat diri dan buat sahabat2 juga. Semoga sumbangan yang sedikit ini bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain. Kerana sebaik2 manusia adalah yang bermanfaat kepada orang lain.