topbella

15 January 2010

Pemuda PEKA IMAN, Pemuda PEKA ZAMAN



Assalamualaikum w.b.t buat para pembaca, semoga setiap detik waktu yang Allah pinjamkan pada kita digunakan dengan sebaiknya. Kerana sedang meniti usia di zon pemuda, jadi banyaknya akan berkisar tentang pemuda. Bertujuan untuk menasihati diri dan sesiapa saja yang kebetulan menjengah disini.


Pasti anda pernah ditimpa sesuatu ujian, namun rasa berat sekali untuk menanggung. Ya kan? Rasa seolah mahu bertanya mengapa ujian ini ditimpa untuk kita. Benar? Rasa seperti hilang arah mencari punca untuk menyelesaikan masalah. Betul? Dan dada terasa sempit dan mahu menangis sepuasnya. Itulah sedikit gambaran bagi manusia normal menghadapi cabaran dalam kehidupan. Tapi lain bagi insan luar biasa.

Sekarang cuba senaraikan seberapa banyak masalah yang sedang anda hadapi. Ya, cuba, sekarang. Kemudian lihat, adakah diantara ini masalah yang sedang anda hadapi? Masalah kewangan, belum tercapai cgpa cemerlang, kerja yang belum terjamin selepas tamat belajar, subjek study yang susah, fail exam, ingin segera menikah tetapi masih belum mampu kerana sebab tertentu dan lain-lain. Iya? Pernah tak ia menjadi masalah besar buat kita? Jika pernah, jangan bimbang, solusinya ada untuk kita selesaikan. Jika tidak, syabas, kerana anda pemuda luar biasa, kental jiwanya, tak menjadi masalah jika ia hanya terkait dengan diri, kerana anda punya masalah yang lebih besar untuk difikirkan. Masalah-masalah tadi semuanya terkait hanya dalam lingkungan diri kita. Sedikit ruang untuk masalah umat tiada di benak fikiran kita. Tiada rasa apa yang lahir dari lubuk hati ketika melihat keadaan umat Islam kita telah hanyut jauh dalam jurang dosa dan maksiat. Apa yang ada, hanya untuk diri sendiri. Itu juga masih belum kita mengurus dengan baik.

“ kelak pada hari qiamat, kaki anak Adam tidak akan tergelincir (ke syurga atau neraka) dari sisi Rabbnya, hingga ditanya 4 perkara, tentang: usianya untuk apa ia habiskan, masa mudanya ke mana ia gunakan, tentang hartanya dari mana ia dapatkan dan untuk apa ia belanjakan, dan tentang ilmunya apa yang ia perbuat dengannya”. ( HR at-Tirmizi ).

Generasi muda kini menggambarkan kekhuatiran yang harus disedari semua pihak. Sirnanya komitmen sebagai seorang Muslim hanya sebatas untuk dirinya sahaja. Masa-masanya hanya dengan bermain computer games, chatting, sms, menonton movie, makan, tidur, ke kelas. Terhad sekali masanya untuk ibadah, untuk melihat apa yang sedang terjadi pada dunia saban hari. Inilah yang ada pada kebanyakkan mahasiswa sekarang. Sungguh membimbangkan, sungguh merunsingkan. Tidak ada sedikit pun yang mencuit hatinya untuk melihat, memerhati dan memikirkan apa yang terjadi disekitarnya.

Jengahlah ke luar jendela, lihat betapa banyak korupsi yang berlaku, hiburan melampau, jenayah dan masalah sosial yang sudah tidak terbendung, perebutan kuasa dan harta, hingga negara hampir tergadai pun masih ramai yang tidak mengetahui. Semua ini cukup mensesakkan jiwa, hanya terfikir apa yang sudah kita sumbangkan?

Sudahlah pemuda, hentikanlah ayunan dunia yang sedang menggoncang dirimu. Bangunlah dari belenggu nafsumu. Lihatlah dirimu, apa lagi yang harus diperbaiki, apa lagi yang harus ditingkatkan, apa lagi yang mesti kau lakukan. Carilah ilmu untuk memperbaiki diri, kerana tanpa ilmu, perubahanmu akan hanya bermusim. Imanmu harus jitu. Kau perlukan lingkungan yang baik, agar dirimu terus maju. Perlu bersama kawan-kawan yang membantu untuk meninggalkan dosa dan maksiat yang kau berazam satu ketika dulu untuk melemparkannya jauh. Kemudian dari situ kau akan sedar, akan dapat melihat apa sebenarnya yang terjadi disekitarmu. Kerana imanmu mulai peka, maka apa yang disekelilingmu juga kau mulai peka. Tatkala sensitiviti telah melonjakkan kakimu untuk terus maju dalam dakwah, seriuslah melakukannya. Dirimu tidak lagi seperti dulu. Pergaulanmu cukup kau batasi. Tiada percampuran yang kau benarkan dalam dirimu, yang haq tetap haq dan yang batil tetap batil! Jangan kerana dosa yang kita lakukan akan menjejasakan pergerakkan dakwah yang harus jitu. Sekarang aktivis dakwah alhamdulillah sudah bertambah, Cumanya harus dikualiti. Matlamat harus jelas, dakwah bukan untuk mengisi masa. Ia bukan pilihan, tetapi adalah keperluan. Harus menjaga dalam setiap perkara. Ukhuwwah yang suci jangan disalah erti. Kasih seorang akh hanya untuk akh, dan cinta seorang ukht hanya untuk ukht. Bukan untuk anta juga bukan untuk anti. Seorang akh menjadi pembakar semangat untuk akh, dan begitu juga ukht. Tiada gurauan dalam berjihad. Umat yang sedang berjihad sentiasa serius dan tiada masa baginya untuk bersenda gurau, itu pesan Imam Hassan Al-Banna. Jelaslah kemana kita menghala tujukan tarbiyah dan dakwah yang kita pikul, kerana tidak mahu terhenti setakat disini, setakat di universiti tapi mahu sentiasa bawa hingga ke mati

Jika para pembaca adalah pemuda atau pemudi, sedarlah, bangkitlah, kelak anda akan mewarisi negara. Jika anda sudah sedar, kejutlah saudara-saudara kita yang masih terlena. Jika anda seorang abang atau kakak, perhatikan adik-adik anda, bagaimana kondisi mereka. Adakah turut berada di zon berbahaya atau hanya di zon selesa. Jika anda seorang ayah dan ibu, anak anda akan bergelar pemuda, dan anda juga pernah menjadi muda, binalah peribadi islami dalam diri mereka sejak awal lagi agar mereka mampu menjadi pemuda peka iman dan peka zaman. Agar mereka nanti mampu menjadi anak seperti yang anda harapkan ,menjadi harapan buat agama dan bangsa.