topbella

27 February 2010

Wahai Rasullullah, kami merinduimu...


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, selawat dan salam tercurah ke atas junjungan baginda Rasulullah s.a.w, para sahabat dan keluarganya.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (surah Al-Ahzab:21)

Hakikat Cinta

"Wahai Rasulullah, engkau sangat aku cintai", kata Umar. "Tidak Umar, sesungguhnya katakanlah aku lebih engkau cintai dari dirimu" kata baginda. Maka tingginya martabat cinta pada Rasul ini. Cinta memerlukan pembuktian, tidak cukup setakat meniti di bibir semata. Dengan melakukan sunnah baginda itu membuktikan cinta kita terhadap baginda.

Para sahabat mengatakan mereka adalah golongan yang Rasulullah paling cintai, kerana hidup bersama di zaman Rasulullah dan bersama-sama menyebarkan Islam bersama Rasulullah, maka apa jawab Rasulullah? Bukan, ada segolongan manusia yang aku rindu dan cintai, mereka tidak hidup di zamanku, tidak pernah bertemu denganku, tetapi mereka mengimaniku dan mengamalkan sunnahku. Ya, itu yang Rasulullah katakan.

Jadi kita ditahap mana? Tidak mahukah kita mengatakan "akulah dari golongan itu!"?. Sejauh mana kita membuktikan cinta kita pada Rasulullah? Adakah cukup sekadar mengingati hari kelahiran baginda? sedangkan untuk mempamerkan identiti Islam saja sudah malu, mahu menyampaikan Islam juga malu, apa lagi untuk menyambung perjuangan baginda yang terdahulu sudah merasa tidak mampu. Jangan nanti di akhirat kita tidak malu pula menagih syafaat dari Rasulullah. Begitu, harus dibuktikan sejauh mana cinta kita pada Rasulullah.

"Ummati! ummati! ummati!"..sehingga akhirnya Rasulullah menyayangi kita. Hingga ke hujung nyawanya wahai teman, ketika bertarung dengan sakaratulmaut baginda masih mengingati kita..masyaAllah..jiwanya penuh dengan kasih sayang,namun kita bagaimana? Selawat pula bagaimana?setahun sekali? Sirah Rasulullah tahu? diamal atau sekadar ilmu?. Jawapannya ada di tangan kita.

Hakikat Perjuangannya

Tiada kenal lelah. Ikhlas. Yakin pada janji Allah. Itulah Rasulullah, suri teladan buat kita. Sehingga kini kita merasai nikmat Iman dan Islam itu. Maka tugas kita apa, yuk sambung perjuangan Rasul!. Makanya harus sedia, jalan ini tiada tilam empuk, tiada karpet merah, tiada makanan sedap saja. Jalan penuh duri, penuh dengan kesakitan, tapi nanti akhirnya adalah kemanisan, kebahagiaan dan kenikmatan. Itu yang perlu kita ketahui, agar nanti kita tidak mudah menyerah, tidak mudak goyah kerana ya memang begitulah sunnatullah di jalan ini. Rasulullah bukan hanya diugut dengan kata, bukan saja tawaran harta dan takhta, tapi tidak kurang juga siksaan yang baginda temukan. Diletakkan tengkuknya dengan najis, direntap kain di lehernya, di baling batu dan sebagainya. Kita bagaimana? belum sampai tahap itu lagi, tapi sudah mau menyerah. Aduh, cepat goyah ni. Janganlah kita seperti buih dilautan seperti yang disebutkan Rasulullah, banyak tapi mudah pecah. Teliti dan selamilah setiap keadaan yang Rasulullah lalui, bandingkan pula dengan kita, agar nanti ia boleh menjadi motivasi diri yang akan terus membuatkan kita mahu berjuang.

Semoga dengan ini, kita sama2 kembali merenung ke dalam diri, apa yang belum kita ada harus cari dan pupuk dalam diri, apabila benih yang disemai tadi mulai berhasil, nah inilah manfaat buat diri kita dan juga saudara Islam kita yang lain. R: "Sebaik-baik dari kamu adalah yang bermanfaat kepada orang lain".

"HIDUP UNTUK MEMBERI"

20 February 2010

Kalau bukan kita, SIAPA LAGI??

Bismillahirrahmanirrahim..
Bersyukur setinggi-tinggi ke hadrat Allah dan selawat buat Rasulullah s.a.w..

RESAH, GELISAH DAN SANGAT2 KHUATIR. Itu yang sentiasa berlegar dibenak fikiran melihat keadaan umat yang sangat kritikal. Tidak dapat tergambar bagaimana perasaan yang amat menyedihkan. Tercincang hati ini sedih melihat umat yang telah berjaya dibonekakan oleh orang kafir. Tiada izzah lagi dengan agama yang di dukung, bahkan rasa malu membawa identiti Islam. Ya Allah, apa yang sudah aku lakukan untuk Islam? usaha yang secalit itu belum cukup. Wahai diri, sudah tiada masa untuk tidur berlama2, tiada masa untuk masalah peribadi, tiada masa untuk berseronok dan ketawa lagi. Masa sudah tiada lagi. Ayuh diriku dan teman-teman, segeralah sedar! segeralah bangkit!

Aduh...apakah cukup sekadar mengetahui apa yang terjadi? dimana sensitiviti kita wahai orang beriman?? Untuk minggu ini saja 4 berita kes pembuangan bayi yang tak berperikemanusiaan ini dilaporkan. Yang paling kejam adalah bayi yang tidak berdosa itu dibakar sebelum dibuang. Hancur luluh hati melihat begitu kejam ia dipelakukan. Ya Allah...manusia jenis apa ini??. Apa nak jadi dengan dunia hari ini... tiada lagi nilai kasih sayang, kerana minda kita banyak yang telah dicetak dengan pemikiran barat. Dan banyak lagi masalah yang tertermuat dipaparkan dalam akhbar. begitu dahsyat. Inilah padahnya jika kita berpaling dari apa yang telah Allah turunkan. Renunglah baik-baik!

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah al-A'raf:179).

Cuba lihat, adakah kita tergolong dalam golongan ini?? dan ketahuilah bahawa azab Allah itu bukan hanya ditimpakan kepada pelaku maksiat, bahkan orang beriman yang hanya duduk diam dan tidak mahu membetulkan dan memikirkan masalah ummah ini juga akan dihempap dengan azab ini.

Aduh pemuda..bagaimana mahu memimpin dunia sedang dirimu masih seronok bersantai? masih merasa selesa berada di bumi Malaysia yang kau kira cukup aman? aduh..bangun pemuda!bangun! cukuplah hanya asyik memikirkan masalah dirimu, masyarakat yang tenat sedang tercungap-cungap menanti kita menghulurkan tangan. Justeru bersihkanlah hatimu, dekati Tuhan dan bergantunglah pada-Nya. Apabila hati mulai bersih, maka ia akan dapat melihat dan mencari jalan membantu umat. Jangan hanya lihat apa yang orang lain belum buat, tapi tanya apa yang sudah kita lakukan. Jangan bertangguh untuk melakukan sesuatu perubahan, segera majukan langkah. Sedarkan umat dengan apa cara sekalipun yang kita mampu. Gunakan segala potensi yang Allah kurniakan pada kita. Jika mampu berkata-kata, maka majulah. Jika potensi di bidang penulisan maka segeralah. Sebenarnya tidak perlu menunggu adanya potensi2 begitu, bahkan ianya boleh digarap, pokoknya jika kita MAHU. Jangan kita beralasan untuk tidak berbuat, tetapi beralasanlah untuk berbuat.

Ingatlah ,jika kita tidak membantu sekalipun, Islam akan tetap tertegak. Dan jika kita tidak mahu, maka Allah akan gantikan diri kita dengan suatu kaum yang lebih baik lagi. Yang rugi adalah kita. Jika belum melakukan sesuatu, jangan bangga mengatakan kitalah mujahid, kitalah itu dan ini.

Tapi fikirlah dengan mendalam. Bahawa umat Islam ini ada 5 zaman.

Zaman kenabian.
Zaman khilafah Islamiyyah.
Zaman penguasa yang "menggigit"
Zaman penguasa yang zalim.
Zaman khilafah Islamiyyah.

Lihat, kita sekarang dalam zaman keempat, the darkness of ummah. Pernah tidak kita terfikir mengapa Allah menakdirkan kita lahir di zaman ini??tanyalah diri masing-masing. Dan diantaranya adalah kerana Allah mahu kebaikan untuk diri kita. Kita lah yang Allah mahu untuk menjadi pendokong agama Allah, dan pewaris kepada Rasulullah, juga sebagai umat yang Rasulullah paling cintai kerana walau tidak pernah bertemu, tetapi beriman dan mengikuti sunnah Rasulullah. Jadi, tidak mahukah kita meraih peluang yang telah Akah sediakan ini? Mahu santai lagi?? sudahlah, bangkitlah! jangan sia-siakan usia yang masih tersisa. Ayuh jadi soleh dan musleh. Motivasi untuk diri dan buat yang lain, kataknlah pada diri : KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI??

Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi

Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang

Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mamapu membobol betengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana

Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman

Wajah duia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkuali
Menanti bangkit kepalmu

WE ARE THE AGENTS OF CHANGE!!

10 February 2010

Jangan Sekadar Syurga Dunia


“Saya perlu bernikah, ustaz. Sangat perlu” ujar seorang anak muda.

“Mungkin tidak patut ustaz menyoal, tetapi KENAPA?” soalan saya ajukan kepadanya.

Bukan kenapa nikah, tetapi mengapa begitu terdesak.

“Tidak tenteram. Ada gelodak jiwa” katanya.

“Justeru selepas nikah nanti, kalau sudah tenteram dan jiwa kembali tenang, apa seterusnya?” saya menyambung pertanyaan.

“Tenteram itu bukankah sentiasa perlu? Jadi perlukah ada ’seterusnya’, ustaz? Saya keliru,” katanya jujur.

“Izinkan ustaz berterus terang. Jika tenang dan tenteram yang anta maksudkan itu adalah pada nikmat beristeri dan menikmati isteri, hati-hati dengan tabiat nikmat dunia,” saya tidak mahu berbunga kata.

“Tabiat yang bagaimana?” beliau agak kabur dengan perbualan kami.

“Kalau ustaz pakar sambal sotong, ustaz hidangkan kepada anta buat kali pertama, Alhamdulillah. Tengah hari nanti sambal sotong juga, Alhamdulillah. Makan malam nanti sambal sotong lagi, Alhamdulillah. Bagaimana jika sarapan pagi esoknya juga sambal sotong dan tengah hari itu juga berlaukkan sambal sotong. Kamu mampu menjamahnya lagi?” saya beranalogi.

“Aduh, boleh muntah dibuatnya. Jangan, ustaz!” katanya sambil ketawa.

“Benar. Segala nikmat di dunia, biar sesedap mana pun ia, sedapnya semasa lapar, semasa bujang, semasa belum merasa. Tetapi kalau sudah dirasa, diulang rasa, berterusan merasa, bisa sahaja yang sedap menjadi hambar” saya menyambung kalam.

“Jadi, apa yang cuba ustaz beritahu saya?” soal beliau.

Pernikahan, jangan sekadar satu penyelesaian. Ia harus lebih besar dari itu” saya memberikan kesimpulan.

NIKAH UNTUK SELESAI

Tidak salah untuk percaya bahawa pernikahan boleh menyelesaikan banyak masalah. Itulah hikmahnya pada Sunnah bernikah.

Tetapi kekhuatiran yang timbul, ialah apabila sebuah ikatan perkahwinan mahu dilangsungkan hanya untuk menyelesaikan masalah tertentu, dan selepas masalah itu selesai, perkahwinan itu hilang tujuan! Menjadikan perkahwinan sebagai penyelesaian, hanyalah sebuah hasrat berupa perancangan jangka pendek. Sedangkan untuk sebuah rumahtangga terus membuka laluan sampai ke Syurga, ia perlu kepada perancangan jangka panjang.

Sepanjang kehidupan.

Kebelakangan ini saya dihimpit rasa bimbang.

Tatkala hari demi hari didatangi pasangan yang berkahwin muda mengadu masalah, saya memaksa diri untuk berfikir dan mencari sudut-sudut tersembunyi (blind spot) di dalam tasawwur seorang anak muda semasa mahu bernikah.

“Saya bosan tengok isteri saya ustaz. Salahkah saya berperasaan begitu?” tanya seorang anak muda.

Jantung saya berdebar.

Merenung matanya, saya dapat merasakan ada semacam satu kehampaan di dalam dirinya kerana terbeban oleh perasaan yang gagal disembunyikannya. Syukur, sekurang-kurangnya dia mahu bertanya. Di samping berusaha menemukan jawapan, saya juga dapat belajar sesuatu untuk diri dan dikongsi dengan yang lain.

Bagaimana boleh bosan?

Saya harus mencari jawapan pada titik mula dan titik tengah soalan itu.

Justeru untuk mencari penjelasan pada titik mula, saya persoalkan tujuan perkahwinannya semasa di tahun 2 pengajian lebih setahun yang lalu.

“Kami selalu berjumpa. Saya bimbang hati terus terfitnah memikirkan tentangnya. Alhamdulillah saya tidak bertepuk sebelah tangan. Biar pun ayah dan ibu kami agak berat untuk menyatakan persetujuan, tetapi syukur akhirnya mereka merestui,” cerita beliau.

“Alhamdulillah.Jadi, sekarang ini, adakah anta sudah mendapat apa yang dicari?” saya bertanya.

“Ya, cuma…” beliau teragak-agak menyebut.

“”Cumanya sekarang anta sedang dilanda jemu, kan?” saya sambungkan ayatnya yang tidak langsai itu.

Tatkala kita mengejar sebuah ikatan perkahwinan sebagai jalan keluar kepada apa-apa sahaja masalah yang sedang dihadapi, syukur jika masalah itu selesai, dan syukur juga jika masalah itu belum selesai. Sekurang-kurangnya dia masih punya sesuatu untuk diusahakan dalam sebuah perkahwinan. Namun bagi yang masalah sudah selesai di tahun satu pernikahannya, apa lagi cita-cita dan azam yang ada dalam visi dan misinya bagi melangsungkan usia perkahwinan?

Daripada gelisah menjadi tenang dengan nikah.

Timbul jemu, mahu mencari tenang dengan membatalkan nikah?

Naudhubillah

Tidak sedikit air mata sang isteri tumpah semasa suami mereka berterus terang berkata, “mengahwinimu adalah suatu kesilapan!”

Sepatutnya masalah seperti ini tidak timbul.

Tetapi realiti sering meninggalkan banyak ’sepatutnya’ terkontang-kanting menjauhi kesempurnaan.

Perkahwinan menyelesaikan.

Tetapi ia bukan sekadar sebuah penyelesaian.

Ia adalah sebuah gagasan.

Impian yang memerlukan pandanganmu jauh sampai ke usia tua, sampai cangkul dan tanah memisahkan jiwa, sampai ke kubur, sampai kamu ke Syurga.

Jadikanlah perkahwinan itu kenderaan yang membawa dirimu untuk ke Syurga Akhirat.

Jangan sekadar syurga dunia.

- sumber : http://saifulislam.com

p/s: ambilllah sebanyaknya pengajaran dari entri ust. Harizal ini, lihat dalam diri apa yang perlu diperbetul lagi. semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua. Yakinlah dengan Allah, terus tingkatkan kualiti diri dan tanpa rasa ragu, mohonlah pada-Nya. Berikan haq Allah sebelum meminta sesuatu dari-Nya. Pastikan diri mengikut aturan Islam, bukan Islam mengikut kemahuan diri.

Sang Pencetus Larangan Masjid Di Swiss Itu Kini Masuk Islam

Daniel Streich, politikus Swiss, yang tenar karena kampanye menentang pendirian masjid di negaranya, tanpa diduga-duga, memeluk Islam.
Streich merupakan seorang politikus terkenal, dan ia adalah orang pertama yang meluncurkan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai ide untuk menutup masjid-masjid di Swiss. Ia berasal dari Partai Rakyat Swiss (SVP). Deklarasi konversi Streich ke Islam membuat heboh Swiss.

Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seantero negeri. Ia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemoohan bagi umat Islam di Negara itu, dan membuka jalan bagi opini publik terhadap mimbar dan kubah masjid.
Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang pemeluk Islam. Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membangun masjid yang paling indah di Eropa di Swiss.
Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahwa pada saat ini ada empat masjid di Swiss dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Ia mengakui ingin mencari “pengampunan dosanya” yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahwa larangan kubah masjid telah memperoleh status hukum.
Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah LSM, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahwa orang Eropa sebenarnya memiliki keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan terorisme; sama halnya dengan Streich. Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Alquran dan mulai memahami Islam.
Streich adalah seorang anggota penting Partai Rakyat Swiss (SVP). Ia mempunyai posisi penting dan pengaruhnya menentukan kebijakan partai. Selain petisinya tentang kubah masjid itu, ia juga pernah memenangkan militer di Swiss Army karena popularitasnya.
Lahir di sebuah keluarga Kristen, Streich melakukan studi komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki dampak yang mendalam pada dirinya. Akhirnya ia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemdian disebut oleh SVO sebagai setan.

Dulu, ia mengatakan bahwa ia sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang ia membaca Alquran dan melakukan salat lima waktu setiap hari. Dia membatalkan keanggotaannya di partai dan membuat pernyataan publik tentang ia masuk Islam. Streich mengatakan bahwa ia telah menemukan kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat ia temukan dalam agama sebelumnya.

-" seseungguhnya Allah itu pemberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki"

Bukalah tingkap kejahilan di dalam hatimu, patahkan keegooan yang merajai dirimu..agar nanti cahaya hidayah dapat menembusi dan menerangi segenap sudut dihatimu..dan cahaya itu jugalah yang akan menjadi penyuluh di sepanjang perjalanan hidupmu..