topbella

29 October 2008

Bingkisan hati seorg hamba..

Ya Allah,
Dahulu..aku merasakan kekosongan dalam hidupku,
Aku mencari ya allah..dengan apakah harus ku isi kekosongan itu..
Aku meraba-raba dalam kegelapan..
Lalu…dengan kasih sayangMu
Kau tunjukkan aku cahaya..jalan menuju redhaMU
Di saat-saat aku hampir rebah,
Kau hadiahkan aku sahabat-sahabat yang menunjukkan ku jalan menujuMu..
Sahabat-sahabat yang memimpinku sehingga aku sedar..
Dibahu ini masih tergalas tanggungjawab untuk memperjuangkan agamaMu..
Ya..kalianlah sahabatku dunia dan akhirat..
Ya rabbi,
Di saat aku meneruskan langkah,
Kadangkala aku terasa seolah-olah langkah ini semakin lemah..
Aku lemah ya tuhan..
Kau kuatkanlah langkahku..Kau kuatkanlah cinta ini..
Kau kuatkanlah ukhuwwah ini..
Kerana kami saling cinta keranaMu ya allah..
Kerana persahabatan ini bertunjangkanMu..
Sahabat..
Aku mencintaimu bukan sekadar di bibir ini..
Aku sayangkan dirimu melebihi diriku..
Aku tidak mahu kita menjadi musuh di akhirat kelak..
kerana itu aku mahu kita bersama-sama hari ini..
Hingga nafas yang terakhir dalam taman tarbiyah dan medan juang ini..
Aku tidak mahu ada di antara kita hanyut dalam arus duniawi..
Kerana bila ia terjadi janji allah itu pasti..
Kita akan bermusuh di akhirat kelak..nauzubillah..
Sahabat..
Jangan lepaskan tali ukhuwwah ini..
Semoga ia terus kekal hingga ke negeri abadi..

2 bersilaturrahim:

NAWFAL_TIMUR said...

persahabtan sgt2 susah di huraikan ktggian nilainya..Andai bermadah,andai berkata belum tentu sam dengan ap yang dBicarany...Adkala kala bnar,adakala palsu...Mg setiap persisan ukhwah yg dBina adlah dlm redhaNy....
p/s : sy suka bab2 ermadah ni...dah lama tglkan..huhu...:-)
http//nawfaltimur.blogspot.com
jmput ziarah..(^-,^)

ansarullah said...

syukran atas komen yg membina..ya..berkata tidak semestinya berlaku..tp dgn bmadah ini dpt mentafsirkan apa yg berlaku..jika uhuwwah yg dibina di bawah lembayung aqidah yg satu..dgn tujuan dan matlamat yg sama hanya krnNya,insyaAllah ia akn kekal hingga ke akhirnya..
Insyaallah ana akn ziarah..