topbella

07 April 2009

Exam lagi...

Alhamdulillah..gembira tak terkata dapat kembali meneruskan agenda di sini..semoga allah memperteguhkan hati di jalan ini. Walaupun sibuk dengan exam, dengan sedikit masa yang ada ketika ini akan ku curah di medan ini.

Ana ingin berkongsi dengan sahabat2 sepanjang musim exam di UIA ni.. Alhamdulillah empat paper dah selesai..empat lagi masih menanti..Bila dilihat suasana exam ni kadang2 tak tau apa nak di kata..masing2 dengan buku, suram keadaannya..namun harapnya jangan suramkan jalan dakwah kita gara2 exam yang tak seberapa ni..

Mengimbau hari untuk paper ke 3, saat kaki melangkah masuk ke dewan peperiksaan terasa sedikit debaran mengingat kembali saat menduduki SPM empat tahun lepas.. Mata ligat mencari di mana posisi exam hari ini..kaki terus mengatur langkah menuju ke meja..terus mengambil tempat dan ku terus fokus dan menarik nafas sambil ku rendahkan hati berdoa dan menyerahkan diri pada tuhan pemilik diri ini setelahku sandarkan pada usaha yang termampu ku lakukan agar dipermudahkan..

Peperiksaan dimulakan hinggalah masa yang diberikan tamat. Ketua pengawas mengambil tempat mengumumkan bahawa masa telah tamat. Namun, masih ada yang menulis kerana tidak mahu kertas lompong. Bersuara lagi ketua pengawas tadi, kali ini lebih tegas. "sila berhenti menjawab. letakkan pen anda. Ingat, tidak halal jawapan anda yang melebihi waktu yang diberikan". Berbagai reaksi, ada yang terus menulis, ada juga yang kaget dan terus berhenti dan ada tak kuarang juga yang buat tak peduli. Aku pula alhamdulillah cukup masa yang diberikan untuk menjawab. Ku tersenyum mendengar arahan ketua tadi sambil berfikir apa yang dikatakannya. Bererti dia memahami konsep amanah pada masa. Tapi kebanyakan pelajar menunjukkan rasa tidak puas hati dengan kata-kata ketua pengawas tadi.

Langkah ku atur menuju keluar dari dewan peperiksaan. Berjalan dibelakang 2 orang insan. Kebetulan terdengar apa yang mereka sembangkan. "aku tak puas hati betul la lecturer tadi, saje je buat kecoh, tak halal konon..". Si A memulakan bicara. Di sambut pula kawannya si B. "Ah, peduli apa aku halal ke tak halal, janji aku dapat A". Belum sempat aku apa2 mereka laju mengorak langkah pulang. Terkejut juga mendengar perbualan mereka. “peduli apa aku halal ke tak halal, janji aku dapat A”.. kata-kata tersebut terngiang-ngiang di telingaku. Masya Allah, hanya itu yang terkeluar dari mulutku. Mana tidaknya, kedua2 mereka tadi pelajar aliran agama. Mahu menangis juga hati ini mengenangkan insan-insan ini yang sepatutnya menjadi contoh, menunjuk kan teladan yang baik tapi lain pula jadinya.
Apa yang ana nak stresskan disini adalah ibrah yang boleh kita jadikan panduan agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama.
Pertama, lihatlah bagaimana jika kita mempunyai ilmu tetapi tidak diamalkan. Ketua pengawas dan 2 orang pelajar tadi kedua2nya ana yakin tahu apa itu amanah. Namun tahu tanpa memahami tidak cukup. Faham tanpa mengamalkan juga tidak wajar. Amal tanpa disebarluaskan juga tidak patut. Jadi pointnya, tahu ,faham,amal dan sebar. Apabila ilmu yang dimiliki hanya disimpan tanpa diamalkan apatah lagi disebarkan akhirnya akan membinasakan diri dan orang lain.
Kedua, sejauh mana kita memahami konsep amanah. Mungkin rata-rata yang memahami amanah hanya sekadar a.m.a.n.a.h noktah. Tidak tahu apa yang tersirat di sebalik itu. Lihat, sejauh mana kita amanah pada masa. Cuba lihat ana relate kan masa menjawab exam tadi dengan masa kehidupan kita didunia ini. Sama saja. Allah berikan kita masa untuk kita gunakan sehinggalah sampai masa tamatnya masa tersebut. Yang mana masa tadi tidak pernah berhenti walau sesaat. Jika dalam situasi tadi mungkin boleh dipertimbangkan hanya lewat 5minit. Tapi ingatlah, apabila nyawa sampai dikerongkong, tiada istilah ‘masa tambahan’ bagi tuhan pemilik masa. Meskipun kurang daripada satu saat. Allah mengambarkan bagaimana keadaan orang yang rugi, tidak sedar masanya telah habis dan ajal menjerkah datang tiba2. Saat itu ketahuilah betapa besar penyesalan kerana tidak menggunakan masa sebaiknya.
Ketiga, amanah lagi. Lihat betapa berat amanah sehingga langit,bumi dan gunung ganang pun tidak sanggup memikulnya. Namun, allah memilih kita makhluk yang kerdil dan hina ini untuk menjalankan amanah ini. 2 tanggungjawab, iaitu hamba dan khalifah. Perhatikan apa yang lakukan, dimana amar ma’ru nahi mungkar dan sbgnya. Sejauh mana kita menjalankan amanah kita ini. Ini yang allah khabarkan dalam surah al-ahzab:72. Ingat, satu ketika nanti kita akan ditanya adakah kita menjalankan amanah ini.
Keempat, soal halal haram sudah tidak dipeduli. Tidak lagi difikir apakah ia terhenti setakat itu. Katakanlah kita berjaya dalam hidup kita bermula dengan exam tadi. Bermula dengan jawapan kita yang tidak halal itu. Wang yang kita perolehi itu akan mendarah daging dalam diri, kemudian akan diwarisi oleh generasi kita . Lihat betapa kita memandang remeh hal2 ini. Hasil makanan yang tidak halal tadi akan membawa kepada pembentukan akhlak yang buruk dan kemudian membawa kepada masalah2 sosial yang kita seharusnya renung dalam2. Bermula daripada perkara yang sedikit ini akhirnya boleh menghancurkan sebuah negara.
Kelima, lidah. Lidah yang tidak bertulang ini mampu menjadi senjata paling tajam untuk menikam hati. Lidah ini juga akan menentukan pemiliknya akan berada di taman syurga ataupun gaung neraka. Lidah yang menuturkan kata syukur atau kufur. Betapa besar sumbangan lidah ini. Jadi pastikan kita menggunakan akal sebelum menuturkan sesuatu kata. Boleh jadi dengannya kita di syurga namun tidak mustahil juga kerananya kita di neraka.

Untuk kali ni mungkin sekadar ini dulu, peringatan buat diri dan buat sahabat2 juga. Semoga sumbangan yang sedikit ini bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain. Kerana sebaik2 manusia adalah yang bermanfaat kepada orang lain.

30 March 2009

Salam mujahadah..

Sebelum kaki melangkah ke medan jihad..jihad ilmu..inginku coretkan seuntai kata buat insan2 yang tidak pernah ku kenali di alam maya ini..meskipun begitu ia tidak menjadi penghalang andai tujuan kita sama..berlari menuju allah..

Begitulah hakikatnya hidup yang tidak akan terlepas dari tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada insan bergelar khalifah sejak berabad tahun dahulu..seorang dai'e tetap akan melebarkan sayap dakwah walau dalam keaadaan apa pun dia..walau dimana pun dia berada..meskipun di dunia maya..apatah lagi dunia nyata..harus lebih dari itu..

Sedikit pesanan buat diri dan sahabat2 yang akan melangkah ke gerbang peperiksaan, didoakan semoga antum semua mumtaz dalam study antum..berikanlah hak kepada pelajaran antum tapi jangan pula dengan ujian yang sedikit ini membantutkan gerak kerja dakwah yang harus berjalan..inilah hakikat yang mesti kita lalui..cuma terpulang pada kita bagaimana kita akan melaluinya...


Saudaraku,
saat ini segeralah ikat hatimu pada tuhan..tika dirimu hampir goyah dengan ujian yang allah datangkan...segeralah bersihkan dirimu dari dosa dan noda yang mungkin tidak engkau sedari yang engkau telah lakukan..tuhanmu sentiasa menanti hambanya merintih sayu memohon anpunanNya..agar tidak ada yang terhijab bilamana dirimu menadah tangan memohon sesuatu dariNya..


Saudaraku,
ketahuilah walau usahamu setinggi gunung..seluas lautan..sebanyak pasir dipantai namun..engkau tetap tidak mampu menyatakan kejayaan itu milikmu..ingatlah andai allah tidak mengizinkan nescaya tidak akan kau perolehi..ketahuilah hakikat dirimu yang lemah itu..jangan pernah engkau lupa..

Saudaraku,
peperiksaan dunia ini hanyalah sekadar menguji pengetahuanmu yang tidak seberapa itu..ini bukanlah ujian sebenar..ujian iman itu adalah yang lebih utama...namun, jika ujian yang sedikit ini belum mampu untuk kita hadapi bagaimana dengan ujian yang lebih hebat untuk mengetahui sejauh mana kebenaran ikrar kita dihadapan tuhan setiap hari..lima kali sehari..kembali renungkan..

Saudaraku,
berikanlah hak tuhanmu..pastikan ibadahmu tidak kau kurangi hanya gara2 ujian yang kecil ini..jagaah solatmu,tajjudmu,solat nawafilmu,puasamu,tilawah dan zikirmu agar ia tidak berkurang kerana imanmu juga bisa menurun..yakinlah jika kita memberi hak Allah dan membantu agamaNya...pasti Dia juga akan membantu kita. "In tansurullah yanshurkum wa yutsabbit aqdaamakum" dan jika sudah engkau membantuNya "in yanshur kumullah falaa ghaaliba lakum".

Saudaraku,
Ku doakan kejayaanmu dan kejayaan kita bersama..semoga allah membantu kita bersama..jika kejayaan itu kita perolehi..ingatlah bahawa kejayaan itu juga semata2 untuk Islam..semoga kejayaan yang bakal kita perolehi akan menjentik hati2 mad'u yang jenis 'memaintainkan result' ini untuk menafikan bahawa dakwah mengganggu study..inilah peribadi da'ie, sentiasa menjadi contoh dan sentiasa bermanfaat kepada orang lain..

Ku letakkan titik noktah dari mata pena pejuang di lembaran warkah sufi buat kali ini..semoga bertemu lagi..

Warkah dari seorang insan..

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”


Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.


”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mak dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)


Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.


”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)


Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,


" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.


“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”(An Nisaa’ : 1)

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)


Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama.

Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.
“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”


Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

11 March 2009

Siapakah dia??

Dimana pemuda itu?
Pemuda yang hidup dan matinya hanya untuk Allah..
Merasakan setiap nafas yang disedut adalah nikmat Allah..
Setiap detik terlalu berharga dalam hidupnya..
Lebih berharga dari segunung mutiara..
Lebih bernilai dari lautan emas..
Kerana ia adalah peluang buatnya untuk beribadat sebanyak2nya…
Namun dia sedar untuk meraih syurga bukanlah dengan selaut amal yang dilakukan
malah adalah secebis rahmat dari Allah..

Dimana pemuda itu?
Yang sedar bahawa setiap anggotanya punyai tugas
Bukan hanya sebagai hamba tetapi juga khalifah..
Menggalas amanah dan mengimarah juga mempertahankan Islam agama tercinta..
Yang sensitif dan merasa tergugat apabila Islam dihina..
Sembilu yang dirasakan oleh saudara seakidahnya turut dirasai peritnya..
Dia tidak akan sesekali redha dengan penindasan ini..
meski dirinya menjadi korban..dia rela..
asal saja saudara tidak menderita menanggung beban itu..
Kerana kalimah allah itu sudah tertanam padu dalam hati pemuda ini..

Dimana pemuda itu?
Menangis jiwanya melihat kekejaman dunia hari ini..
Maksiat semakin membanjiri..
Hiburan dibajai setiap hari agar tumbuh dalam setiap hati..
Linangan air matanya tiada henti..
melihat sahabat2 yang masih terkapai2 lemas dalam arus duniawi..
Otaknya sentiasa memikirkan jalan mengislah remaja zaman ini…
Kerana dia mengetahui betapa berharga insan2 ini..
Untuk membentuk masyarakat dan negara islami
Hingga tertegaknya dunia islami..

Dimana pemuda itu?
Pemuda yang akan mempertaruhkan harta dan jiwanya demi memartabatkan Islam..
Pemuda yang jiwanya tidak pernah gentar pada musuh Allah..
Pemuda ini akan sakit hatinya bagai ditusuk pedang
Apabila islam dicaci dan dihina kerana merasakan maruah islam lebih tinggi dari nyawa sendiri..

Mungkin sukar lagi dicari pemuda seperti ini..
Bisakah lagi didapati insan seperti ini?
Melihat kondisi dunia yang semakin hambar tiada sinar islami..
Mungkinkah aku akan temui pemuda ini..
Ataukah hanya sekadar mimpi??..

Tidak!!..meski aku tidak temui pemuda kahfi alaf ini
Namun..akulah mesti menjadi pemuda itu!!
Kalian jugalah pemuda itu!!
Kitalah yang akan berganding usaha menegakkan islam di muka bumi ini..
Kitalah yang harus berjuang mnyelamatkan ummah ini..
Ya..kitalah pemuda itu!!

Ayuh wahai pemuda
Bangkitlah dari tidurmu..
Majukanlah langkahmu..
Persiapkanlah dirimu untuk mghadapi musuh2 allah..
Sahutlah cabaran ini andai engkau benar mukmin sejati..
Sumbangkanlah sesuatu untuk agama tercinta ini..
Selagi engkau diberi ruang masa juga nyawa..
manfaatkanlah usia mudamu, agar ia tidak sia2 dimamah waktu..
HIDUP MULIA DI SISI ALLAH
MATI SYAHID DI JALAN ALLAH..

Rahmatallil A'LAMIN..

Alhamdulillah..kedatangan maulidurrasul yang penuh dengan kerinduan tercurah ke hadrat Kekasih Allah, Nabi Muhammad Sallallahua'laihi wasallam..itulah sosok seorang insan yang sungguh mulia disisi tuhan jua buat makhluk di langit dan di bumi...allahumma salliwabarik a'laih..


Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah..
Malu rasanya untuk lafazkan cinta terhadapmu rasul dikala diri masih belum mengikut sunnah-sunnahmu..malu untuk ku katakan bawasa aku sedang menyambung perjuanganmu tatkala diri kadangkala terasa lemah melalui ranjau ini...malu diri ini tatkala mengetahui betapa indah akhlakmu,betapa sabar dan tabah, betapa kasihmu pada umat...namun bagaimana denganku....
Ya rasulullah..sampai saat nafas mu yang terakhir cintamu pada umat tidak sedikit pun pernah luntur...sudahlah setengah daripada sakaratulmaut umatmu sudah kau tanggung..nanti disana juga kau menanti umatmu agar umatmu bisa ke syurga..namun umatmu kala ini lena wahai kekasih Allah..tertipu dengan dunia...pasti kesedihan tidak terungkap melihat keadaan umatmu ini...


Wahai teman...tanggungjawab itu kini ditangan kita..ayuh bangkit tegakkan kema'rufan tumpaskan kemungkaran..'bersihkanlah' dirimu dan bumimu dari kemurkaan allah sebelum Allah 'membersihkan' bumi ini dari kema'siatan dan kedurjanaan yang kita lakukan..jika itu berlaku nescaya binasalah kita...

Ingin juga dikongsikan bersama bahawa rasulullah mengkhabarkan bahawa
baginda sangat cinta kepada satu golongan ini..bila ditanya adalah mereka para malaikat, anbiya', sahabat-sahabat, ataupun syuhada'..lalu baginda menidakkan semuanya..dan menyatakan "mereka ini tidak pernah bertemu denganku..tidak juga hidup di zamanku..namun mereka sangat mencintaiku dan mengikuti segala sunnahku..merekalah golongan itu.."..

Siapakah mereka??berusahalah untuk menjadi golongan itu. semoga kitalah insan yang rasulullah rindukan..

22 February 2009

hati yang bersih 2

Wahai akhawat, hati ini adalah sesuatu yang sukar untuk dijagai..ianya bukan seperti kereta yang boleh kita pandu ke sana ke mari mahupun seperti motorsikal ataupun basikal yang boleh kita kawal sesuka hati..namun hati ini masih ada yang boleh mengawalnya dengan syarat kita sentiasa mesti membersihkannya…penyucian hati ini boleh kita lakukan dengan zikrullah..zikrullah ini bukan sahaja zikir semata2..malah apa sahaja yang kita lakukan yang mana tujuannya untuk mengingati allah itu adalah zikrullah…tilawah quran,tadabbur,selawat ataupun solat2 sunat bahkan kita memikirkan tentang kebesaran dan keangungan allah juga adalah zikrullah..

Juga mesti diingatkan supaya hati kita ini juga mesti dibelai dengan muhasabah diri..sentiasalah muhasabah diri agar kita dapat hindarkan diri dari bisikan2 syaitan yang sentiasa ingin merosakkan kita…serta penyakit hati yang boleh datang bila2 masa tanpa kita sedari..katakanlah pada hati antum yang antum takkan mampu berada di sini,ketika ini andai allah tidak menggerakkan hati antum utk kemari..untuk bersama2 akhawat lain dalam majlis ilmu ini..katakan padanya, jika allah tidak mengizinkan nescaya dirimu tidak akan mampu untuk melakukan semua ini..bisikkan juga padanya, sesungguhnya setiap kebaikan yang engkau lakukan sebenarnya berpunca dari allah…bukan dari dirimu..Dialah yang mahukan kebaikan pada dirimu…jika hanya diharap antum sahaja yang mahukan kebaikan ini pasti ia tidak akan terjadi, pasti ada halangan yang mendatangi..samada disibukkan dengan assignment2 ataupun diajak kawan2 lain untuk melakukan perkara2 yang lebih seronok, shopping misalnya..atau mugkin juga diselubungi dengan penyakit malas…semua halangan ini pasti tidak dapat antum tangani melainkan dengan kuasa allah semata2 untuk merubah hati itu..

Akhawat yang mak cik sayangi…peranan hati itu begitu besar dalam diri kita..bahkan dialah raja kepada seluruh anggota dan tubuh badan kita…sebagaimana di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Abdullah an-Nu'man Ibn Basyer : " ketahuilah bahawa setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila ia rosak maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bawaha ia adalah hati."

Justeru itu sentiasalah memohon kepada Allah agar sentiasa didorong hati ini untuk sentiasa melakukan kebaikan dan supaya Allah tidak membolak balikkan hati kita ke arah perkara yan tidak baik..mungkin hari ini kita berada didalam majlis ilmu ini tapi kita tidak tahu mungkin 3 atau 4 tahun akan datang adakah kita masih lagi seperti hari ini, atau lebih baik dari hari ini ataupun nau'zubillah lebih tidak baik dari hari ini…jadi sentiasalah panjatkan doa kepadaNya kerana doa itu adalah senjata mukmin..


Di sini ana ingin mengaitkan apa yg ana lalui dengan apa yang ana hadapi..ya…bg sesiapa sahaja yang ingin melakukan kerja2 kebaikan pasti mereka tidak akan terlapas dari diuji..samada ujian yg menguji dalam bentuk fizikal, mental mahupun iman…itu adalah mehnah dalam diri seorang pejuang..segeralah kembali ke pangkal jalan..marilah sama2 kita mengkoreksi diri kita kembali dan kita perbetulkan kembali niat asal kita yang mungkin kadangkala tergelincir dari landasan..begitulah manusia..sebaiknya kembalilah kepada agama..kerana agama itu adalah nasihat…perbetulkanlah mana yang harus diperbetulkan..nau'zubillahi mindzalik.. begitulah lumrahnya manusia..tidak terlepas dari melakukan kesilapan..namun kesilapan itu bukan hanya untuk dikesali malah harus diperbaiki…moga apa yang dilakukan bukanlah sesuatu yang sia2…wallahua'lam..

07 November 2008

Hati yang bersih..

Saat ini..fikiranku pantas berlegar menyelak kembali lembaran memori yang mewarnai kehidupan fana ini..ya..saat itu!!...saat ramadhan yang lalu..ah..ramadhan..begitu pantas kau meninggalkan kami.."ramadhan kali ni rasa lebih bermakna.." sahabatku yang seorang ini memberi komen. Ya..ini ramadhan pertamaku di main campus ini…lain dari yang lain rasanya. Berbagai program yang direncana..begitu juga murabbiku yang sentiasa ligat akal fikirannya merancang program2 utk kami agar kami sentiasa bersemangat..alhamdulillah..salah satu nikmat yang tak terhitung diberi kesempatan menjadi mutarabbi bg insan ini…umpama anak kecil yang dahagakan susu dari ibunya..banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dicedok darinya dalam rangka mengenal erti hidup dan meneruskan misi dakwah..

Dalam satu minggu dr minggu2 ramadhan tu, dprogramkan dengan nama "اسبوع الروحي " ataupun dalam melayunya minggu kerohanian..yang mana sepanjang minggu tu memang ruh ini senantiasa diberi makan..setiap detik pasti diisi dengan melipatgandakan ibadah dan zikrullah..tidak lupa juga kebajikan2 lain...alhamdulillah..itu hanya permulaan utk kami meneruskan ibadat2 tu sepanjang tahun..

Ana teringat dalam satu slot ni apabila selesai sahaja taaruf..murabbi ini memberi peringatan tentang penyucian hati..masya Allah setiap mata yang ada disitu basah dilinangi air mata penyesalan dan taubat..begitu tersentuh hati kami..yang ana ingat begini katanya :

" wahai akhawat yang dikasihi..sekarang kita berada dalam bulan yang sangat Allah muliakan..jadi marilah kita sama2 merebut peluang dan mengambil kesempatan yang ada utk melakukan sebanyak2 ibadat..dan hendaklah ibadat itu disertai dgn niat yang ikhlas. Ikhlas ini adalah satu sifat yang yang diumpamakan seperti seekor semut yang hitam yang berada di atas batu yang hitam di kala malam yang gelap..yang sifatnya tidak ada seorang pun yang bisa melihatnya..hati yang ikhlas sentiasa bersih dari sifat2 yang boleh mendatangkan penyakit hati..riak,ujub..sifat ini pasti ada dalam diri setiap insan..penyakit yang begitu bahaya yang boleh merosakkan malah membunuh amalan yang kita lakukan..mungkin tadi apabila kita menyebut, saya mengambil jurusan perubatan misalnya..mungkin terdetik ah..aku dikalangan orang2 pandai dan cerdik akal fikiran..ataupun mungkin juga..dari bidang agama..ah..aku ni orangnya mahir dalam bab2 agama..jika di tanya pasal hukum pasti akulah orang yang layak..ataupun mungkin juga ada yang berkata..aku bertuah kerana berada dalam tarbiyah..tidak seperti orang lain yang hanya sibuk dengan dunia…aku banyak memberi sumbangan pada islam..aku lakukan itu dan ini..dan aku buat begitu dan begini..kata2 seperti ini mesti pernah terdetik dalam diri setiap daripada kita..

Sedarlah wahai akhawat..bilamana hati timbul perasaan ini segeralah beristighfar kerana pada ketika itu syaitan yang sedang menguasai diri kita..yang mana syaitan ini tabiatnya sentiasa mencari jalan untuk menjerumuskan kita bersamanya ke neraka…jadi bersihkanlah diri antum dari sifat2 ini…


bersambung.....

02 November 2008

Tip2s menghadapi peperiksaan..


Alhamdulillah...akhirnya dengan izin Allah dapat juga jejari ini mengetuk papan kekunci ini meluahkan apa yang tersimpan di dada..setelah sekian ketika berada di medan peperiksaan..beginilah lumrahnya hidup sbg mahasiswa, pastinya banyak agenda yang perlu dilaksana..namun ini bukanlah alasan untuk meletakkan tarbiyah dan dakwah di tepi..

Alhamdulillah satu paper lagi tinggal untuk final exam ni..walaupun sibuk dengan exam, mutabaa'h ibadah sesekali tidak boleh di abaikan..bahkan perlu dilipatgandakan...kerana walaupun kita berusaha setinggi gunung pun, tanpa disusuli dengan doa dan tawakkal kepadaNya, belum tentu kita akan mendapat kejayaan itu..sebenarnya ketenangan yang Allah anugerahkan ketika hati berdebar2 berhadapan dengan soalan peperiksaan itulah paling penting bagi kita..kalau bersedia macam mana pun tapi tanpa ketenangan hati mungkin kita tidak dapat melakukan yang terbaik...yakinlah dengan Allah..hanya Dia yang dapat membantu kita yang lemah ini..

Nak berkongsi dengan sahabat2 sedikit tips menghadapi peperiksaan...mudah2an kita sama2 dapat manfaat darinya..pelbagai persediaan yang perlu kita lakukan..tidak cukup hanya dengan mengulangkaji, persediaan mental, fizikal dan rohani juga tidak kurang pentingnya..kesihatan perlu diambil kira, janganlah hanya periksa kesihatan pun kita abaikan..mental juga perlulah di set kan dengan perkara2 positif..sebagaimana Islam gariskan..sentiasalah husnuzzon..optimislah dengan diri anda..persediaan rohani inilah sebenarnya yang sangat penting..em..sebelum keluar bilik, seeloknya tunaikanlah solat dhuha terlebih dahulu..keluarlah dengan langkah kanan dan sertakanlah tawakkal di dalam hati setelah kita berusaha sedayanya..sebagaimana Allah menyebut di dalam kitabNya: " jika kamu telah berazam maka tawakkallah kepada ALLAH.."

Niatkanlah juga agar kejayaan yang kita bakal perolehi bukanlah untuk kita semata2 tp adalah keranaNya, agama tercinta dan juga sebagai hadiah buat ibubapa kita..mudah2an dipermudahkan menjawab soalan..disamping tu qiamullail jgn lupa..tanda kekuatan seorang daie..yakinlah dengan Allah..Dia pasti akan membantumu..mohonlah bersugguh2, mintalah dengan sepenuh hati..Allah akan memakbulkan doa hambaNya yang menadah tangan memohon kepadaNYA..InsyaAllah kejayaan akan menjadi milikmu..setelah itu serahkan segala2nya kepada Allah, dan redhalah apa jua keputusanNya..Jika engkau meletakkan haparanmu tinggi melangit tanpa kau sertakan dengan tawakkal pastilah jika ia jatuh menjunam ke bumi pastilah sakitnya tidak terkata, tetapi andai kau sertakan dengan tawakkal engkau tidak mersa itu adalah kejatuhan namun ia adalah permulaan untuk kau bangun semula..memperbaiki dan memasang strategi baru untuk langkah seterusnya..

Di universiti lain rasanya adanya baru dan mungkin ada yang sedang bermulanya musim peperiksaan akhir semesta..di doakan antum beroleh kejayaan hasil usaha gigih dalam menuntut ilmu..dan pastilah bagi pemuda yang fikrahnya islami pasti ada matlamat di sebalik kejayaan akademiknya..pasti otaknya ligat berfikir jika aku berjaya mencapai cita2ku ini apakah yang akan aku sumbangkan untuk islam..meskipun aku tidak berjaya aku juga bersyukur dan redha , namun aku akan pastikan aku akan cita2ku untuk akhirat akan tercapai..

Begitulah kitaran hidup kita..senantiasa menghadapi ujian, namun ujian itulah yang membuatkan kita mengenali erti kehidupan..dan barangsiapa yang tahu tujuan dan matlamat hidupnya pasti dialah yang akan berjaya..SELAMAT BERJUANG MENEMPUH PEPERIKSAAN DUNIA..

BITTAUFIQ WANNAJAH!!

29 October 2008

Bingkisan hati seorg hamba..

Ya Allah,
Dahulu..aku merasakan kekosongan dalam hidupku,
Aku mencari ya allah..dengan apakah harus ku isi kekosongan itu..
Aku meraba-raba dalam kegelapan..
Lalu…dengan kasih sayangMu
Kau tunjukkan aku cahaya..jalan menuju redhaMU
Di saat-saat aku hampir rebah,
Kau hadiahkan aku sahabat-sahabat yang menunjukkan ku jalan menujuMu..
Sahabat-sahabat yang memimpinku sehingga aku sedar..
Dibahu ini masih tergalas tanggungjawab untuk memperjuangkan agamaMu..
Ya..kalianlah sahabatku dunia dan akhirat..
Ya rabbi,
Di saat aku meneruskan langkah,
Kadangkala aku terasa seolah-olah langkah ini semakin lemah..
Aku lemah ya tuhan..
Kau kuatkanlah langkahku..Kau kuatkanlah cinta ini..
Kau kuatkanlah ukhuwwah ini..
Kerana kami saling cinta keranaMu ya allah..
Kerana persahabatan ini bertunjangkanMu..
Sahabat..
Aku mencintaimu bukan sekadar di bibir ini..
Aku sayangkan dirimu melebihi diriku..
Aku tidak mahu kita menjadi musuh di akhirat kelak..
kerana itu aku mahu kita bersama-sama hari ini..
Hingga nafas yang terakhir dalam taman tarbiyah dan medan juang ini..
Aku tidak mahu ada di antara kita hanyut dalam arus duniawi..
Kerana bila ia terjadi janji allah itu pasti..
Kita akan bermusuh di akhirat kelak..nauzubillah..
Sahabat..
Jangan lepaskan tali ukhuwwah ini..
Semoga ia terus kekal hingga ke negeri abadi..

21 October 2008

Hati ini meminta.....

Ya Allah...aku hamba Mu yang lemah datang menghadapMu...aku insan hina yg telah Engkau angkat darjat dari serendah2 tempat yang hanya dari setitis mani yang hina hingga setinggi2 darjat antara makhlukMu yang lain..Engkau angkat martabat kami hingga kami mencapai tahap khalifatullah..namun...kami sering lalai ya Allah..kami ini menzalimi diri kami sendiri...nikmatMu yang tidak terhitung belum cukup kami syukuri...ya Allah..peliharalah kami dalam jagaanMu..agar kami tidak mengikut jalan yang salah..agar kami tidak di tipu oleh dunia...kami ingin berada di sisiMu ya Allah..kami hanya perlu pada redhaMU...yang akan menyelamatkan kami dari azab nerakaMu yang pedih...ya Allah..bersihkanlah hati kami dari sebarang sifat2 yang Engkau tidak redhai..kerana kami takut ya Allah..meskipun kami berjuang bermati2an untuk menegakkan agamaMu, tapi bila mana hati ini dipenuhi dgn sifat riak atau ujub...tiada gunanya lagi..sudah pastilah neraka tempatnya..ya Allah..janganlah Engkau campakkan kami ke dalam gaung api neraka itu ya Allah..tidak dapat aku bayangkan betapa perit dan azabnya...ya Allh..sesungguhnya kami semua akan kembali kepadaMu..samada kami taat atau tidak,samada soleh atau tidak, samada kaya atau miskain..kami tetap akan kembali kepadamu ya Rabb..aku pinta padaMu..agar Engkau lindungilah kami..agar Engkau pelihara kami dari sebarang kejahatan dan kedurjanaan..kembalikanlah kami ke sisiMu dgn keadaan yang Engkau redhai..ambillah nyawa ini ketika kami sedang melakukan kebaikan kepadaMU..ya Allah..aku mengerti untuk berada di atas jalanMu ini perlukan kesabaran dan keazaman yang tinggi..bukanlah sesuatu yang mudah untuk kekal di atas jalan ini..aku melihat begitu ramai insan2 yang telah gugur dari medan tarbiyah dan dakwah ini....aku tidak mahu ya Allah termasuk dalam golongan itu..aku minta padaMu Tuhan yang berkuasa atas segala sesuatu dan paling berkuasa mengawal hati ini, Engkau tetapkanlah dan teguhkanlah hati2 yang memburu redha dan rahmatMU agar kami teguh berada di atas jalanMu sehingga tiba saat untuk kami kembali ke sisiMu..detik itu pasti akan tiba..detik seorang hamba akan menghadap penciptanya..dan aku akan menghadap penciptaku..dan aku nantikan saat itu...tidak tertahan lagi rindu untuk 'bertemuMu'..aku ingin hidup di sisiMu meskipun nyawa ini telah berpisah dari jasad yang semantara...