topbella

29 October 2008

Bingkisan hati seorg hamba..

Ya Allah,
Dahulu..aku merasakan kekosongan dalam hidupku,
Aku mencari ya allah..dengan apakah harus ku isi kekosongan itu..
Aku meraba-raba dalam kegelapan..
Lalu…dengan kasih sayangMu
Kau tunjukkan aku cahaya..jalan menuju redhaMU
Di saat-saat aku hampir rebah,
Kau hadiahkan aku sahabat-sahabat yang menunjukkan ku jalan menujuMu..
Sahabat-sahabat yang memimpinku sehingga aku sedar..
Dibahu ini masih tergalas tanggungjawab untuk memperjuangkan agamaMu..
Ya..kalianlah sahabatku dunia dan akhirat..
Ya rabbi,
Di saat aku meneruskan langkah,
Kadangkala aku terasa seolah-olah langkah ini semakin lemah..
Aku lemah ya tuhan..
Kau kuatkanlah langkahku..Kau kuatkanlah cinta ini..
Kau kuatkanlah ukhuwwah ini..
Kerana kami saling cinta keranaMu ya allah..
Kerana persahabatan ini bertunjangkanMu..
Sahabat..
Aku mencintaimu bukan sekadar di bibir ini..
Aku sayangkan dirimu melebihi diriku..
Aku tidak mahu kita menjadi musuh di akhirat kelak..
kerana itu aku mahu kita bersama-sama hari ini..
Hingga nafas yang terakhir dalam taman tarbiyah dan medan juang ini..
Aku tidak mahu ada di antara kita hanyut dalam arus duniawi..
Kerana bila ia terjadi janji allah itu pasti..
Kita akan bermusuh di akhirat kelak..nauzubillah..
Sahabat..
Jangan lepaskan tali ukhuwwah ini..
Semoga ia terus kekal hingga ke negeri abadi..

21 October 2008

Hati ini meminta.....

Ya Allah...aku hamba Mu yang lemah datang menghadapMu...aku insan hina yg telah Engkau angkat darjat dari serendah2 tempat yang hanya dari setitis mani yang hina hingga setinggi2 darjat antara makhlukMu yang lain..Engkau angkat martabat kami hingga kami mencapai tahap khalifatullah..namun...kami sering lalai ya Allah..kami ini menzalimi diri kami sendiri...nikmatMu yang tidak terhitung belum cukup kami syukuri...ya Allah..peliharalah kami dalam jagaanMu..agar kami tidak mengikut jalan yang salah..agar kami tidak di tipu oleh dunia...kami ingin berada di sisiMu ya Allah..kami hanya perlu pada redhaMU...yang akan menyelamatkan kami dari azab nerakaMu yang pedih...ya Allah..bersihkanlah hati kami dari sebarang sifat2 yang Engkau tidak redhai..kerana kami takut ya Allah..meskipun kami berjuang bermati2an untuk menegakkan agamaMu, tapi bila mana hati ini dipenuhi dgn sifat riak atau ujub...tiada gunanya lagi..sudah pastilah neraka tempatnya..ya Allah..janganlah Engkau campakkan kami ke dalam gaung api neraka itu ya Allah..tidak dapat aku bayangkan betapa perit dan azabnya...ya Allh..sesungguhnya kami semua akan kembali kepadaMu..samada kami taat atau tidak,samada soleh atau tidak, samada kaya atau miskain..kami tetap akan kembali kepadamu ya Rabb..aku pinta padaMu..agar Engkau lindungilah kami..agar Engkau pelihara kami dari sebarang kejahatan dan kedurjanaan..kembalikanlah kami ke sisiMu dgn keadaan yang Engkau redhai..ambillah nyawa ini ketika kami sedang melakukan kebaikan kepadaMU..ya Allah..aku mengerti untuk berada di atas jalanMu ini perlukan kesabaran dan keazaman yang tinggi..bukanlah sesuatu yang mudah untuk kekal di atas jalan ini..aku melihat begitu ramai insan2 yang telah gugur dari medan tarbiyah dan dakwah ini....aku tidak mahu ya Allah termasuk dalam golongan itu..aku minta padaMu Tuhan yang berkuasa atas segala sesuatu dan paling berkuasa mengawal hati ini, Engkau tetapkanlah dan teguhkanlah hati2 yang memburu redha dan rahmatMU agar kami teguh berada di atas jalanMu sehingga tiba saat untuk kami kembali ke sisiMu..detik itu pasti akan tiba..detik seorang hamba akan menghadap penciptanya..dan aku akan menghadap penciptaku..dan aku nantikan saat itu...tidak tertahan lagi rindu untuk 'bertemuMu'..aku ingin hidup di sisiMu meskipun nyawa ini telah berpisah dari jasad yang semantara...

20 September 2008

rebutlah ia..lailatulqadar..

Detik demi detik..terlalu pantas ia berlalu..sehingga tanpa disedari kita sudah dipenghujung ramadhan..tapi sudahkah kita manfaatkan sebaik-baiknya peluang yg Dia beri..dengan masih diberikan pinjaman nyawa, adakah kita menggunakan kesempatan ini sebaik-baiknya?? atau kita masih lagi bergelak ketawa?? wahai teman..bersyukurlah kerana kita masih lagi bernafas di saat ini..diri masih mampu sujud pada ilahi..sujudlah tanda kesyukuran..sujudlah tanda kecintaan..dan sujudlah tanda meminta keredhaan tuhan..janganlah kita menjadi hamba yang tiadak tahu bersyukur..inagtlah pesan allah dalam kitabNya.."bersyukurlah kepadaKu..nescaya akan Aku tmbahkan nikmat kepadamu..lihatlah sahabat-sahabt..terlalu pemurah tuhan kita ini..Dia melimpahkan nikmat yang tak ternilai bagi setiap hambanya..bayangkan..jika Dia menarik kembali salah satu nikmat dalam diri kita,sudah pastilah kita tidak akan merasai nikmatnya hidup..begitu besar kkuasaanNya ..tetapi masih tegarkah kita insan yg hina ini untuk tidak taat kepadaNya..di bulan mulia ini,selagi masih dibari kesempatan untuk berada dlm bulan ramadhan,bulan yg berlipat ganda ganjarannya, marilah kita sama-sama meningkatkan kualiti dan kuantiti ibadah kita..gunakan peluang ini semaksima mungkin..kerana kita tidak mengetahui bilakah izrail akan datang menjemput..mmbawa kita menghadap ilahi.. hassan al basri berkata: sesungguhnya sangat rugi bagi sesiapa yang berada di bulan ramadhan, tetapi masih lagi sempat bermain-main dan ketawa terbahak-bahak..begitulah analoginya..sungguh rugilah insan itu..adakah kita??atau sahabat-sahabta kita?? nau'zubillahi min zalik..teman..rebutlah malam yang penuh barakah..malam lailatulqadar..yang mana hanya sekali untuk setiap tahun..belum pasti kita akan bertemu radhan akan datang,jadi carilah ia selagi kamu masih diberi peluang..rebutlah ia..kerana barangsiapa yang memperolehi lailatulqadar, sudah pastilah ganjaran yang sangat besar..sekadar ini..peringatan buat teman dan taulan..jua nasihat untuk diri sendiri..sbgmana allah berfirman : adakah kamu menyuruh orng lain membuat kebaikan, dan kamu melupakan dirimu??sedangkan kamu membaca kitab allah..adakah kamu tidak berfikir??

27 August 2008

convest ?? merdeka?? atau ramadhan??





semua event ni tarikhnya sgt dekat..tp mana satu yg lebih dekat dgn kita?? convest? ataupn merdeka lagi membahang kemeriahannya? atau juga ramadhan yg lebih kita ternanti2 utk menyambutny?..itu semua berbalik pada individu itu sendiri..tp apa yg dapat dilihat dlm uia sendiri juga menyedihkan..apalagi kalau di luar..adakah ramadhan di tunggu2..atau kehadiran syawal lebih disogok2kan di kaca tv dan media..beginikah peribadi muslim??...wah..gah sekali convest tahun ni..siap tukar jubah baru lagi..bukannya murah, 2.1juta di belanjakan semata2 utk mnseragamkan dgn univrsiti lain..kan bagus jika duit tu dapat dsalurkan ke tempat2 yang spatutnya..klau disumbangkan uk mmbantu saudara kita di palestin insyaallah ganjarannya belipat kali ganda..tp mungkin sbb pahala tu tak nampak, jd kita tak de lah nak blumba2 dapatkannya..itu lah hikmahnya..allah nak tengok kita ni betul2 yakin dgn prkara2 sam'iat ni ataupn tidak..sekarang terbukti kn..ramai yg lebih kejarkan duniawi semata2..mahasiswa sibuk dgn convestnya..mskipun dia tak terlibat pun dlm konvo 2..tp smgtnya cukup mmbanggakan..tak kurang juga dgn nasionalis nya, wah...bendera2 digantung sepanjang jalan..pergilah ke mana pun..pasti tidak kurng satu bendera yg digantug..tp..mana sambutan ramadhan?? dimana?? tiada siapa yang pedulikannya..susah btul nak jumpa banner2 atau poster2 yg mngingatkan kita kpd ramadhan..di mana ghirah kita sbg mukmin?? wahai sahabat..siapa lagi yg akn melakukannya kalau bukan kita...siapa lg yang akan mengingatkan masyarakat kita dgn kehadiran ramadhan ni kalau bukan diri kita..bekerjalah utk islam..marilah sama2 kita brganding tenaga mmbawa islam ke mercu dunia..agr kita bisa peroleh syurgaNya insyaallah..wahai syabab!!bangkitlah dr tidurmu..bagunlah bekerja utk tegakkan islam tercinta..janganlah persiakan usia mudamu, korbankanlah masa dan tenagamu krn engkau tidak tahu bila tibanya ajalmu..moga2 allah mnjmput kita dikala diri kita sedng giat bkrja untuk islam...takbir!!allahu akbar!!

25 August 2008

Ramadhan....i wait for u..




Ramadhan...akhirnya kau muncul kembali...aku begitu meriduimu...adakah sempat kita bertemu..aku bimbang kiranya tidak berpeluang untukku menemuimu...

sahabat2..kini dia datang lagi menyingkap tirai untuk kita lebih dekat dengan pencipta agung..ya..ramadhan kembali lagi...persiapkanlah dirimu sebelum engkau menemuinya..bekalkanlah jiwa dan hatimu dgn merinduinya..latihlah dirimu sebelum kamu masuk kepadanya..kerana matlamat kita pd radhan kali ini adalah lebih berkualiti.. ramadhan..penghulu segala bulan..yg padanya begitu banyak kelebihan..bila mana kita melakukan kebaikan pada bulan ramadhan pasti allah akan melipatgandakan pahala kita..

pada bulan ramadhan jugalah kita igin merebut peluang untuk mendapatkan malam lailatulqadar yang mana fadhilatnya begitu besar..bila mana seseorang itu memperolehinya pastilah ia mendapatkeuntungan yang sangat besar..yg mana ia lebih baik dr 1000 bulan..cukupkah kita hanya sekadar mengetahui tetapi tidak mahu memiliki??..maka satu kerugian besarlah bagi sesiapa yang tidak brcita2 mndapatkannya..
beribadatlah ssungguh2nya..kerana kita belum tahu bilakah berakhirnya hidup ini..anggaplah ini adalah ramadhan yang terakhir dan lakukanlah sebaik2ya..tetapi perlu diingatkan sebelum kamu mmasuki "universiti tarbiyah" ini..persiapkan dirimu d bulan sya'ban yang masih berbaki bbrapa hari lagi..semoga kita semua dapat menjadikan ramadhan kali ini sebagai satu platform untuk kita mningkatkan amal ibadah dan mempergiat tugas da'wah..

ansarullah kembali..


salam taaruf buat insan2 yg baru prtma kali bersua di blog ini..ahlan wa sahlan diucapkan pd smua samada yg mngenali ataupn tidak..semoga blog ni dpt mmberi sdkit sbyk pengisian dan santapan buat minda dan rohani kita..welcome to my site..