topbella

12 May 2009

Muhammad Al-Fateh & Constantinople..

“ Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera." Riwayat Ahmad

Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih (الفاتح) atau “Si Penakluk” dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Biografi

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapa nya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd’Allah dari Hum. Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

“ Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera."

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

Pendidikan

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah.

Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh. Keperibadian Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

Persiapan Awal Membebaskan Konstantinople

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

Misi Menawan Konstantinople
Hari Jumaat, 6 April 1453M, Muhammad II atau disebut juga Mehmed bersama gurunya, syaikh Aaq Syamsudin, beserta orang kanannya, Halil Pasha dan Zaghanos Pasha merencanakan penyerangan ke Byzantium dari berbagai penjuru benteng kota tersebut. Dengan berbekal 150.000 ribu pasukan dan meriam buatan Urban -teknologi baru pada saat itu- Muhammad II mengirim surat kepada Paleologus untuk masuk Islam atau menyerahkan penguasaan kota secara damai atau perang. Constantine Paleologus menjawab tetap mempertahankan kota dengan dibantu oleh Kardinal Isidor, Pangeran Orkhan dan Giovanni Giustiniani dari Genoa.
Kota dengan benteng 10m-an tersebut memang sulit ditembus, selain di sisi luar benteng pun dilindungi oleh parit 7m. Dari sebelah barat melalui pasukan altileri harus merobohkah benteng dua lapis, dari arah selatan laut Marmara pasukan laut harus berhadapan dengan pelaut Genoa pimpinan Giustiniani dan dari arah timur armada laut harus masuk ke selat sempit Golden Horn yang sudah dilindungi dengan rantai besar hingga kapal perang ukuran kecil pun tidak dapat melepasi. Berhari-hari hingga berminggu-minggu benteng Byzantium masih utuh, kalaupun runtuh dengan adanya celahan-celahan, pasukan Constantine mampu mempertahankan celah tersebut dan dengan cepat menumpuk kembali hingga tertutup. Usaha lain pun dicuba dengan menggali terowongan di bawah benteng, cukup menimbulkan kepanikan kota, namun juga gagal. Hingga akhirnya sebuah idea yang terdengar bodoh dilakukan hanya dalam semalam. Salah satu pertahanan yang agak lemah adalah melalui selat Golden Horn yang sudah dirantai. Ide tersebut akhirnya dilakukan, iaitu memindahkan kapal-kapal melalui darat untuk menghindari rantai penghalang, hanya dalam semalam dan 70-an kapal dapat memasuki wilayah selat Golden Horn.

Keajaiban Tentera Othmaniyyah

Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perai ran Tanjung Emas. Kaedah yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana tentera sebelumnya untuk melakukannya. Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera Othmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini.

Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera Al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan! Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, “Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini.Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!” Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan Byzantine tentang strategi seterusnya, tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat. Costantine menolak cadangan supaya beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di Eropah bahkan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan Costantinople hingga ke titisan darah yang terakhir.

Serangan Besar-besaran Mujahidin

Dengan kedudukan tentera Othmaniyyah yang sudah semakin mantap, Sultan Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir Byzantine. Tembakan meriam yang telah memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan pertempuran melalui kota Galata. Semenjak kejayaan kapal mujahidin memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti. Laungan takbir “Allahu Akbar, Allahu Akbar!” yang mengisi ruang angkasa Costantinople telah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka terus luntur dengan ancaman demi ancaman kalimah tauhid tentera Al-Fatih itu.
Dalam masa yang sama, Al-Fatih dan tenteranya sentiasa mengejutkan mereka dengan seni perang yang baru sehingga menggawatkan pertahanan tentera salib itu. Ketika ribut yang ada belum reda, penduduk Costantinople menyedari bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan melanda penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang bila-bila masa sahaja tentera ‘Turki’ akan keluar dari perut bumi berikutan dengan pembinaan terowong itu.

Usaha Damai Terakhir

Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir. Kecintaannya kepada Costantinopl e yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, mendorong beliau untuk terus berusaha agar Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah. Sekali lagi beliau menghantar utusan meminta Costantine supaya menyerahkan Costantinople secara aman. Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, Costantine telah berbincang dengan para menterinya. Ada yang mencadangkan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula yang mahukan pertahanan diteruskan hingga ke penamat. Costantine akhirnya bersetuju dengan pandangan kedua lantas menghantar maklum balas dengan katanya, “… syukur kepada Tuhan kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayatnya demi takhta… atau mati sahaja dan dikuburkan di kota ini!”.

Apabila jawapan Costantine ini diterima, Al-Fatih menjawab, “Baiklah… tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta atau keranda…!”. Perbincangan dilakukan oleh Al-Fatih tentang strategi seterusnya. Pelbagai kemungkinan dipertimbangkan dan akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan rancangan menawan Costantinople sebagaimana yang telah disusun.

Konstantinopel Menjadi Islanbul
Bold
Setelah ditaklukan nama Konstatinopel diubah menjadi Islambul yang bererti “Kota Islam”, tapi kemudian penyebutan ini bergeser menjadi Istanbul seperti yang biasa kita dengar sekarang. Sejak saat itu ibu kota khilafah Bani Utstmani beralih ke kota ini dan menjadi pusat peradaban Islam dan dunia selama beberapa abad. Sebab kota ini kemudian dibangun dengan segala bentuk keindahannya, percampuran antara seni Eropa Timur dan Arab. Gereja dan tempat ibadah non muslim dibiarkan tetap berdiri, tidak diganggu sedikit pun. Sementara khalifah membangun gedung dengan seni bina yang tidak kalah cantiknya dengan gedung-gedung sebelumnya. Sepintas kalau kita lihat gedung peninggalan peradaban masehi sama saja dengan bangunan masjid. Ia jugalah yang mengganti nama Konstantinopel menjadi Islambol (Islam keseluruhannya) .

Kini nama tersebut telah diganti oleh pengkhianat ummah, Mustafa Kamal Ataturk menjadi Istanbul. Nama Muhammad Al-Fatih tersemat sebagai perwira, tetapi bagaimana dengan kita? Perwira Ummat? Ketika usia 19tahun masih lagi berseronok2, tapi lihatlah pejuang ini, tiada istilah rehat dulu bagi mereka. Ayuhlah teman, berubahlah.. Ketahuilah bahawa Islam tetap akan tertegak satu ketika nanti, tapi berusahalah untuk menjadi insan yang berusaha menegakkannya. Semoga saham sekelumit itu mampu menjadi saksi untuk kita kelak.

Ayuh, gentarkan jiwa pemuda, kerahkan tenaga dan mindanya, semarakkan semangatnya kerana kekuatan itu bisa menggoncang dunia dan menggentarkan musuh. ALLAHUAKBAR!!

Diadaptasi dari : [mygamis] Ini Sejarah Kita: Sultan Muhammad Al-Fatih

05 May 2009

Bersihkanlah SAFF ini!!

Salamuna'laik kepada sahabat para pengujung 'warung' ini. Mungkin ada juga yang tertanya mengapa warung? em tak kisahlah warung atau apa pun yang seumpamanya tapi yang penting kita jadikan medan ini untuk saling bertukar ilmu, menyalur sedikit sumbangan dari pena yang mungkin kadangkala lidah kurang mahir mengtur bicara untuk bercakap dihadapan rakyat jelata, maka saluran inilah yang paling sesuai.

Sampai hingga ke pelusuk dunia. Dakwah tidak terhad hanya dengan berkata-kata tapi lihatlah betapa banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk melaksanakannya. Dan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna sendiri telah menyusun strategi memulakan dakwahnya di warung kedai kopi yang sentiasa ada saja pengunjungnya.

Sama juga seperti semalam, penjelajahan masih lagi diteruskan untuk mengembara ke blog-blog bagi mengutip mutira berharga untuk dikongsi bersama disini. Bertitik tolak dari entri yang diposting semalam, hari ini saya ingin mengaitkan artikel "cinta anta anti" hasil tulisan ustaz mazlee malik. Artikel tersebut agak panjang, tapi saya akan menganalisa sedikit sebanyak apa yang ditulis oleh ust Mazlee Malek.

Ya Allah..sebenarnya golongan inilah yang penjadi punca tertahannya gerak kerja dakwah. Inilah realiti sebenar yang telah menjadi agen virus perosak dakwah! kesannya lebih teruk jika dibandingkan dengan dentuman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki atau fosforus putih yang menghujani bumi Palestin oleh Israel laknatullahialaih. Dakwah terus juga berjalan namun tiada apa2 kesan. Wa nau'zubillah banyakkan mohon perlindungan dari Allah dari diuji dengan ujian begini. Begitulah sebagaimana yang dibimbangi Saidina Umar, Allah tidak memberi kemenangan kepada tentera muslimin gara-gara dosa dan maksiat yang dilakukan oleh jundi-jundinya .

Secebis sifat ar-rahim yang Allah turunkan cukup membuat si ibu dan ayah kasih pada anak, kasih kakak abang kepada adik, suami dan isteri, qiadah dan jundi, tak terlepas juga haiwan dan tumbuhan, namun yang paling utama adalah kasih sesama mukmin. Namun ramai yang telah tersalah faham konsep sebenar Cinta dan kasih ini telah disalah praktik..hinggalah lahir nama-nama baru.

"Cinta Anta Anti", "Cinta Ukhuwah" atau apa saja yang berkaitan dengannya yang membawa makna hubungan yang terjalin diantara muslim dan muslimah yang ajnabi. Istilah ini tidak pernah wujud dalam lipatan sejarah pejuangan baginda s.a.w. Saya percaya anda mengetahui tentang isu ini. Tapi mengetahui sahaja tidak cukup tanpa mengamal dan menyampaikan.

Puncanya?

1. LEMAHNYA ROHANI DAN IMAN - iman yang tersimpan rapi dalam dada jangan disangka tidak dapat dibaca. ia akan diterjemah kepada tindakan dan akhlak kita. Iman yang lemah berpunca dari kurangnya penghambaan diri pada Allah. Ibadah yang kurang berkualiti berpunca dari kurangnya khusyuk ketika berinteraksi dengan Allah.

2. MEDIA MASSA- adalah pemangkin berkembang biaklah penyakit ini yang tanpa bersua juga boleh bercinta..tapi bagi golongan ini menganggap ia tidak apa-apa kerana cinta mereka berpaksikan ALLAH ditambah lagi misi dan visi yang sama untuk mengembangkan dakwah. Masya-Allah. Apa yang saya sampaikan adalah hakikat yang berlaku.

3. KURANG MEMAHAMI AGAMA, SAMI'NA WA A'SOINA - Beginilah akibatnya jika tidak mengikut apa yang Allah dan Rasul sarankan. Hanya mengambil sebahagian sahaja. Dalam masa yang sama bercouple dan menyebarkan dakwah.

4. IKHTILAT TIDAK TERJAGA - Adab dalam berikhtilat dicampak nun jauh ke seberang benua. Bermula dengan hanya melihat, kemudian rasa semacam ingi mahu kenali lebih dekat.

Bermula sedikit demi sedikit

Untuk bercakap secara lansung mungkin tidak, tapi berusaha sedaya mungkin agar dapat berhubung.

SMS barangkali yang kerap digunakan. Atas alasan menjalankan program. Ya,tapi tamat program masih lagi berlanjutan hinggalah sampai kepada tahap yang lebih bahaya.

Duduk berbincang saling berhadapan dan saling berpandangan, tidak lagi menundukkan pandangan seperti al-quran anjurkan. Diselit pula senda gurau yang akan membuat si dia saling tersenyum.

Sentiasa berkumpul bersama di operation room. Ini baru sebahagian yang saya lihat dengan mata kepala sendiri. Agak terkejut dan kecewa.

Inikah yang akan membela agama?hanya bertitlekan islam pada nama persatuan, tapi apa yang dipertontonkan amatlah bertentangan. Jadi bagaimana mahu mencegah kemungkaran jika kita sendiri yang mengepalainya. jangan mimpi Allah akan menangkan kita jika masalah ini tidak cuba diatasi. Bersedialah jika Allah membersihkan saff- NYA wa nau'zubillah kita tidak lagi dipilih untuk berada dalam saff ini.

Yang utama saya tuju buat diri sendiri, kemudian kepada kalian yang membacanya. Tiada apa yang menjamin kita akan selamat dari berhadapan dengan situasi ini. Hanya DOA lah yang menjadi senjata utama disamping berusaha meningkatkan iman dan memperbaiki akhlak dalam memajukan langkah dalam medan yang ditaburi duri dan penuh tribulasi ini.

04 May 2009

Masih adakah redho Allah dalam percintaan kita?

Assalamualaikum..hari ini kuliah belum lagi mula yang sepatutnya memang dah mula..almaklumlah amanah pada masa masih lagi kurang,tapi harus diperbaiki. Jadi saya pun mengisi masa ziarah blog sambil menimba ilmu. Makin banyak saya baca entri2 yang sangat berguna ni seolah semakin ketara jahilnya aku. Namun ibrah yang diperolehi sangatlah berharga. Disini ada satu artikel yang ingin dikongsi bersama. Rugi kalau tak baca dan ambillah pengajaran darinya. Lebih-lebih lagi bagi seorang da'ie, wajib dibaca!. jazakallah diucapkan kepada penulis. Semoga Allah menilai setiap apa yang dicurahkan.

sumber :

http://arruhuljadid86.blogspot.com/


“ akhi, jangan lupa pagi esok bangun qiamullail ya” , “ukhti, kalau boleh berilah nasihat-nasihat atau motivasi pada ana” , “ana uhibbuka fillah” , “ana uhibbuki fillah” , “ salam,akhi tak masuk kelas ke hari nih?” , “mudah-mudahan ukhwah kita dipelihara Allah” …bla..bla…..


Biasa dengar tak ayat-ayat ‘Islamic’ diatas? Kalau tak biasa dengar, cuba baca berulang kali sambil pejam mata dan ingat baik-baik dimana, siapa dan kepada siapa ayat-ayat ini diucapkan.


Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu apakan tajuk artikel ini perlu diposting. Tetapi, melihat kepada kondisi yang sedang berlaku khasnya kepada mereka yang berstatus ‘aktivis dakwah’ atau ‘orang persatuan’ , maka saya beranikan diri menulisnya. Dengan bahasa yang santai dan bersahaja, mudah-mudahan artikel ini bisa mengetuk kepala dan hati kita bersama yang ‘degil’ dan tak faham-faham.


Cinta : Antara Fitrah & Nafsu.


Orang yang menolak cinta adalah orang yang sedang sakit. Cinta adalah perasaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada semua manusia. Jika haiwan yang tidak beraqal itu pun dikurniakan perasaan cinta, maka mana mungkin manusia yang diberi aqal, agama, roh dan nafsu ini tidak diberikan nikmat cinta. Isunya sekarang, bagaimana cinta itu dilaksanakan agar bertepatan dengan kehendak Allah ? Kita bukan haiwan yang bisa membuang najisnya sesuka hati tanpa mengira tempat.


Maka, begitulah cinta tidak boleh sesuka hati dicampak atau diguna semahu mungkin tanpa aturan yang sihat.


Sejarah telah menunjukkan betapa agungnya cinta antara Nabi dan para sahabat, antara Ansar dan Muhajirin, antara nabi dan ahli keluarganya dan sebagainya. Semuanya atas keperluan dan ikatan ‘aqidah Islamiyyah.


Inilah orang yang bercinta…


Seorang lelaki sudah tentu mencari perempuan dan perempuan sudah tentu mencari lelaki. Jika selain itu yang dicarinya, sohih orang itu sedang tenat dalam dunia yang terbalik. Namun, dalam pencarian ini, Allah menetapkan kaedah, cara atau system yang sangat baik walaupun mungkin ianya bertentangan dengan nafsu yang sering memberontak dan membangkang.


Apabila perasaan perlu kepada ‘si dia’ itu hadir, maka kita akan melihat seorang yang layu bertukar menjadi gagah, yang penakut menjadi pemberani, yang bakhil akan menjadi pemurah, yang bodoh Nampak semakin pintar, yang gagap berbicara menjadi lincah dan fasih menyusun kata, yang buruk menulis menjadi hebat menulis..itulah situasi orang yang sedang dilanda badai ‘saling memerlukan’…akhirnya, muncullah dorongan perasaan untuk tampil super dihadapan sahabat dan teman..


Saat sudah kemaruk itu, yang buruk nampak baik..yang busuk tercium wangi..yang nista terdengar mulia. Jika ada yang berani menyebut ‘si dia’ itu begitu dan begini, maka kita sanggup menjadi pemidato hebat mempertahankan ‘orang itu’. “anta mana tahu, ana dah lama kenal dia tau! “..


Yang terjadinya begini kan…


Setiap hari jika ke kuliah, tidak bertemu atau bertembung ditengah jalan, rasa sakit habis satu badan. Jiwa tak tenteram, kepala senak, rasa tak sedap duduk…yang pasti mesti perlu jumpa juga ditengah-tengah jalan sekalipun..dapat tengok wajah pun kira baiklah..muncullah ungkapan “inilah cinta abadi antara kita berdua”..ye lah tu…Cinta abadi? Padahal sebabmu hanya kerana kecantikan yang fana’, kekayaan sementara atau perangai sandiwara.. Biasanya jika tidak bertemu, rasanya ada sesuatu yang hilang dan harus segera dicari. Ada kekhawatiran yang berlebihan dan keinginan yang kuat untuk bersua jumpa atau paling kurang tahu kondisi..”sihat ke hari nih?”..emmm


Kalau tidak berhubung mungkin akan putus silaturrahim, putus ukhwah..tu lah ayat-ayat yang biasa dijadikan alasan..


Kita sering kata cinta kerana Allah. Buktinya saling masihat menasihati dalam kesolihan. Tetapi tanpa ikatan apapun, kita memberi perhatian khusus pada sebuah nama. Tidakkah kita terfikir bahawa yang harus dicintai kerana Allah banyak jumlahnya? Tidak hanya dia seorang. Pengkhususan adalah pemfokusan jaring pesona yang berbahaya.


Saling memberi nasihat dan tazkirah satu sama lain, saling memberi hadiah buku penyucian hati, kaset nasyid dan murattal..tetapi ternyata merosak hati..bukan itu yang kita inginkan..


Ketika mula hati terdetik ingin bercinta, maka pandangan pertama seringkali berhulukan kesolihan, kemuliaan akhlak dan kesamaan visi dalam dakwah. Biasa dengar ucapan ni kan…


Biasanya bila sudah berhubung, maka timbullah perasaan keinginan untuk saling memberi perhatian, sekadar memahami atau bahkan berusaha memberikan protect agar si dia sentiasa dalam kesolihan..ehem..


Kadang-kadang sampai ada yang berpesan: “ukhti, tolong tengokkan dia ya, dijaga, diperhatikan dan dinasihati agar tetap istiqmah dijalan dakwah..


Jujurlah! Ini cinta atau nafsu???


Bentuk hubungan yang lepas dari nilai-nilai syar’ie, tidak pernah ada cinta. Yang ada hanya nafsu dan zina dengan segala topeng yang mungkin sulit dikenali kecuali orang yang berhati jernih yang siap menerima kebenaran..


Ketika solat kita kerana dia dan bukan Dia. Ketika tahajud kita kerana takut besok ditanya oleh dia. Ternyata puasa sunat kita pun kerana dia juga. Kita jadi pemberani dan jagoan pun kerana dia dekat dengan kita. Kita jadi rajin belajar kerana dia. Astaghfirullah..kalau semua kerana dia dan untuk si dia, yang kita simpan untuk bekal akhirat apa?


Cinta yang bersih…


Islam memposisikan segala sesuatu dalam posisinya yang pas dan mententeramkan. Kita tidak menemui perintah bahkan terlarang untuk membunuh cinta dan hawa nafsu dengan meRahibkan (ahli ibadah) diri.


Cinta kita tidak keluar dari kerangka cinta suci Ilahiah bahkan menjadi pembangun kebersamaan dalam kesolihan.


Sebuah solusi bagi cinta dan syahwat adalah pernikahan. Iaitu sebuah ikatan yang menghalalkan apa yang sebelumnya haram. Sebuah ikatan yang menjadikan apa yang sebelumnya dosa sebagai pahala.

Jika kemampun memang belum hadir, maka keinginan dan niat suci tetap harus ada. Jika tidak, maka kita mungkin termasuk dalam salah satu golongan yang disebut oleh Imam Ahmad bin Hanbal:

“ Jika ada pemuda yang tidak berkeinginan menikah, maka hanya ada dua kemungkinan: banyak bermaksiat atau diragui kejantanannya ! “


Kata Dr.Ali Akbar “apabila seorang pemuda mengucapkan ‘aku mencintaimu…’, tapi sebenarnya berbunyi ‘aku ingin berzina denganmu..” buktinya..zina tangan..kaki..mata..tangan anda..


Jangan kalian mendekati zina.apa maksudnya? Jangan melakukan zina sahaja atau semua jalan-jalan yang menuju kearah zina???,


Inikah cinta kita??? Merosak niat, konsentrasi ibadah, atau sampai tidak ada bedanya dengan para remaja lelaki dan wanita sekarang, maka ada sesuatu yang harus diluruskan.


Kita pengecut, masih takut-takut untuk menanggung beban hidup berumahtangga. Dan disebaliknya, kita begitu licik bersegera untuk menikmati sisi-sisi indah dalam hubungan dua insan. Benar-benar pengecut!

Kita mencicipi manisnya tebu cinta yang belum sah untuk dirasai dan tak bisa menanamnya kembali untuk masa depan yang terbentang didepan kita.


Kata Ust Anis Matta: “ selama pacaran, mereka berfikir sedang berusaha untuk saling memahami..hakikatnya bukan itu yang terjadi…kenyataannya mereka berusaha untuk tampil lebih baik dari yang sebenarnya. Sehingga setiap kali berbicara, sebenarnya mereka sedang menyebunyikan diri masing-masing. Mereka sedang membuat iklan untuk menggoda pembeli. Kerana takut bila pelanggan tidak puas, akhirnya ia akan ditinggalkan..”


Sayang sekali, yang dibangun bukan perbaikan diri, tetapi ‘proses penopengan’ diri.


Kita beza waktu di dekat dengannya, namun beda pula bila berada sendiri dirumah. Ini lah yang bahaya untuk perkembangan keperibadian kita.


Sering kita mengadu masalah dengan dia, baik kecil atau besar. Tapi mengapa ya, sampai sesetia itu bantuannya walaupun masih tidak ada ikatan? Bersiaplah untuk anda menjadi orang yang tidak mampu selesaikan masalah jika semua perkara, anda gantungkan padanya. Ketergantungan itu merbahaya!


“terimalah aku seadanya…”akhirnya kita melaju berpacaran dengan ‘saling memahami’. Kerana keterbukaan, mengharuskan kita untuk saling menumpahkan keluh kesah, mencurahkan isi hati, dan memberi perhatian. Untuk apa diadu masalah padanya?


Ust Fauzil ‘Adhim: “ cara untuk belajar menjadi isteri yang baik hanyalah dari suami. Cara untuk menjadi suami yang baik hanyalah melalui isteri. Tidak bisa melalui PACARAN ! Pacaran hanya mengajarkan bagaimana menjadi pacaran terbaik, bukan suami atau isteri terbaik..”


Pacaran sudah merasai bumbu (penyedap) yang seharusnya mereka gunakan untuk menyedapkan kehidupan rumahtangga. Saling mencurahkan, berbagi, meredakan kegelisahan, memberi perhatian…semua sudah..pandangan kasih nan sayu, kerapatan fizikal, sandaran, singgungan, sentuhan mesra….semua sudah buat. Apa lagi nikmat yang ada yang perlu disyukuri selepas pernikahan?


Kalau anda menikah dan pernah pacaran, anda akan membandingkan pacaran dengan pernikahan. Dan pasti pacaran itu lebih indah kerana pacaran memang mencari yang indah-indah sahaja. Apa lagi yang ada?


Ketika pacaran, anda hanya melihat kebaikan sahaja pada si dia. Maka bila berkahwin, anda akan membuat perbandingan antara isteri anda dengan pacaran anda dulu sebab anda pernah melihat sifat baiknya sahaja.


Cinta tidak lagi menjadi energy yang mendorong produktivitas amal dunia-akhirat, tapi menjadi beban yang memberati jiwa untuk bebas berbakti.


Mudahnya kita bisa mengatakan bahawa kita mencintai dia kerana Allah semata. Betapa ringan kita menulis “uhibbuki fillah ya ukhti”…ukhti..aku mencintaimu kerana Allah..ukhti…


Bandingkan jika engkau mengucapkan cintamu sekarang (belum masanya), tetapi Allah tidak mengkehendaki dirimu dengannya, bukankah hanya sakit yang kau rasa?


Engkau meyakini sepenuh hati bahawa Allah pasti jodohkan dia dengan engkau, lalu bukannya meminta yang terbaik dalam istikharahmu, tetapi benar-benar ‘menyuruh’ Allah. Pokoknya, mesti dia Ya Allah..pokoknya harus dia..! maka engkau meminta dengan ‘paksa’, lalu Allah bagi juga pada mu. Maka yakinkah kamu Allah memberikan dengan kelembutana atau melemparnya dengan kemarahan kerana niat yang terkotori. Maka siaplah untuk menggigit jari!


Cinta yang sihat mendidikkan kecerdasan, kematangan emosi, ketenangan hati dan kedewasaan berfikir. Ia mengajarkan kesabaran menahan syahwat, atau membingkainya dalam ikatan suci yang diredhoi Allah.insyaAllah.


Cinta yang tidak sihat hanya akan melahirkan insan yang tidak lagi khusyu’ kerana hati mengingati kekasih. Mata yang mencuri pandang atau pun saling menatap.

Sekecil manapun pelanggaran itu, ia tetap menjadi identitas keberdosaan.


Muhasabah


Baik, selesai sudah entah berapa banyak nikmat berpacaran sebelum pernikahan itu kita lalui dan lazimi. Jadi, apa yang tinggal sekarang? Di mana nikmat yang Allah janjikan akan lebih baik, penuh kebahagian, keseronokan tersebut pada saat hubungan haram bertukar menjadi halal dengan nama ‘pernikahan’ itu, jika semua telah dilakukan seenak-enaknya sebelum berlaku pertalian halal tersebut?


Anda telah bermesra-mesraan sekian lama sebelum itu, jadi dimana lagi kemesraan selepas perkahwinan? Anda telah merasai nikmat saling pujuk memujuk sebelum itu , jadi dimana lagi nikmatnya selepas pernikahan? Anda telah merasai suasana saling berkongsi-kongsi cerita bahagia dan derita, maka apa lagi yang anda mahu sampaikan pada teman hidup anda itu selepas perkahwinan? Habis, mana nikmatnya semua itu setelah anda habiskan sehabis mungkin sebelum pertalian halal dengan jalan yang penuh dengan liku-liku dosa? Fikirkanlah….


Solusinya?


Ucaplah terima kasih kepada penulis buku ini, Salim A.Fillah kerana dia telah menyediakan surat free untuk kita yang sedang duduk dalam penyakit ini. Bacalah dan gunakanlah..bisa dicopy sih..gratis aja..

……………………………………………………………………………..


Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.

Ba’da tahmid dan shalawat…


Sykur pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat.


Akhi,rasanya aku telah menemukan Kekasih yang jauh lebih darimu. Yang Tidak Pernah Mengantuk dan Tidak Pernah Tidur. Yang siap teres menerus Memperhatikan dan Mengurusku. Yang selalu bersedia berduaan disepertiga terakhir malam. Yang siap Memberi apa yang kupinta. Ia yang Bertakhta, Berkuasa dan Memiliki Segalanya.


Maaf akhi, tapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding dengan Dia. Kau sangat lemah, kecil dan kerdil dihadapanNya. Ia berbuat apa sahaja sekehendaknya kepadamu..dan akhi, aku khawatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya cemburu. Aku takut hubungan kita selama ini membuatNya murka. Padahal,Ia Maha Kuasa, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya.


Akhi, belum terlambat untuk bertaubat. Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti ditanyakan olehNya. Ia bisa marah, akhi. Marah tentang saling pandang memandang yang pernah kita lakukan, marah kerana setitik sentuhan kulit kita yang belum halal itu, marah kerana satu ketika dengan terpaksa aku harus membonceng motormu, marah kerana pernah ketetapanNya aku adukan padamu atau tentang lamunanku yang selalu membayangkan-bayangkan wajahmu. Ia bisa marah. Tapi sekali lagi, semua belum terlambat. Kalau kita memutuskan hubungan ini sekarang semoga Ia mahu Memaafkan dan Mengampuni.


Akhi, Ia Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Bijaksana.


Akhi, jangan marah ya. Aku sudah memutuskan untuk menyerahkan cintaku hanya padaNya, tidak pada selainNya. Tapi tidak cuma aku, akhi. Kau pun bisa menjadi kekasihNya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan.Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-laranganNya termasuk dalam soal hubungan kita ini. InsyaAllah. Dia punya rencana yang indah untuk masa depan kita masing-masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang wanita solehah. Ya, wanita solehah yang pasti jauh lebih baik dari diriku saat ini, Ia yang akan membantumu menjaga agamamu, agar hidupmu senantiasa dalam kerangka mencari redho Allah dalam ikatan pernikahan yang suci. Inilah doaku untukmu, semoga kaupun mendoakanku, akhi.


Akhi, aku akan segera menghapus namamu dari memori masa lalu yang salah arah ini. Tapi,aku akan tetap menghormatimu sebagai saudara dijalan Allah. Ya, saudara dijalan Allah, akhi. Itulah ikatan terbaik. Tidak hanya antara kita berdua, tapi seluruh orang mukmin didunia. Tidak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah ditelaganya, lalu beliaupun memberi minum kita dengan air yang lebih manis dari madu, lebih lembut dari susu, dan lebih sejuk dari krim beku.


Maaf akhi, Tidak baik rasanya aku berlama-lama menulis surat ini. Aku takut ini merosakkan hati. Goresan pena terakhirku disurat ini adalah doa keselamatan dunia dan akhirat sekaligus tanda akhir dari hubungan haram kita, insyaAllah.


Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Setelah surat ini anda tulis, maka jika si dia masih memohon kesempatan untuk memperbaiki hubungan buat kali kedua, percayalah itu kata-kata syaitan “ beri aku kesempatan untuk sekali lagi menjerumuskan kalian berdua ke lembah nista..please…”


Ok, boleh copy surat ni ya…:) kalau muslimin yang tulis kepada muslimat, tukar je jadi ‘ukhti’.


Catatan: Tulisan ini saya manfaatkan dari buku ‘Nikmatnya Pacaran Setelah Pernikahan’ karangan Salim A.Fillah seorang aktivis muda dalam gerakan dakwah di Indonesia. Tajuknya mungkin agak ‘mengada-ngada’ sedikit, namun isinya sarat dengan motivasi berharga, peringatan Al-Qur’an, Hadith, kata-kata sahabat dan ulama’. Ianya disampaikan bersesuaian dengan reality yang berlaku kepada para anak-anak muda dakwah. Sedikit ayat-ayat dalam artikel ini hasil bikinan saya yang saya selitkan…mohon maaf kerana tidak menyusunnya dengan baik. Ambillah point-point penting didalamnya.


Yakinlah, Islam memberi yang terbaik untuk kita dalam menghadapi ‘fitrah’ ini agar dipenghujungnya ada keberkatan.

Perjuangan MASIH Belum Selesai..

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKBAR

Setinggi kesyukuran ku panjatkan kepada Tuhan Pentadbir Sekalian Alam, segala puji bagi-NYA yang masih lagi memberi kesempatan menikmati segala nikmat buat persinggahan sementara ini..dan tentulah nikmat terbesar yang pastinya Iman dan Islam..alhamdulillah..

Hampir 2minggu tidak menjenguk 'warung' ini atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Namun di minda ligat dah berlegar2 idea dan ilmu untuk dikongsi bersama. Meniti hari baru melangkah kaki di bumi uia untuk semesta 3. Bukan lagi dikatakan masa berjalan, tetapi telah pecut meninggalkan kita dibelakang..umur semakin meningkat dan yang pasti ajal dah makin dekat tapi rasa semacam belum melakukan apa-apa..ish risau memikirkan malaikat maut sentiasa menjenguk menanti masa meragut nyawa. Jadi sama-samalah kita mengkoreksi diri agar tak menyesal di kemudian hari.

Kita berjuang di medan yang bermacam-macam..medan ilmu,dakwah yang tidak dapat lari lagi..dan mujahadah binnafs sering lupa bahawa itu adalah perjuangan yang paling besar untuk kita menumpaskannya.

Ayuh sahabat!
Bangun dari mimpi indah ini..laksanakan segera amanah yang diberi..perjalanan dakwah ini begitu panjang dan bersabarlah dengannnya kerana dirimu akan diganjari nikamat yang tidak terhitung besarnya..pilihlah samada untuk hidup mulia di sisi Allah atau ingin syahid di jalan Allah..

Ingatlah bahawa bahtera dakwah itu akan terus berlabuh meskipun tanpa dirimu..dan Islam itu akan tetap tertegak satu ketika nanti..jadi pilihlah samada ingin menjadi orang yang beruntung ataupun rugi..perjuangan ini tidak akan pernah selesai sehinggalah Allah memenangkannya.


ALLAHUAKBAR!!

15 April 2009

TARBIYAH DARI TUHAN

Ku rasakan ada air hangat meluncur jatuh dari empangan air mata yang kian pecah..
Terus ku panjangkan sujud tatkala merasa diri semakin lemah… menghitung diri di hadapan Kekasih Hati..mengadu segala apa yang terbuku didada…yang terpendam di hati..yang tidak mampu dimengerti insan biasa…jua mendamba kasih tatkala dahagakan kasih sayang-MU, memohon maghfirah merayu simpati meminta dari-MU..
di kala mulut tidak mampu berkata-kata..hanya iman dan hati ku biarkan meluah bicara..
mengukir segala rasa yang hanya dimengerti Tuhan yang Esa..

Oh tuhan,pimpinlah hamba-MU yang lemah ini…
Ya Allah..aku mohon agar diberikan secalit kekuatan..
untukku menerima ‘hadiah’ tarbiyah dari-MU
agar aku tidak lelah dipertengahan jalan yang masih panjang..
agar aku tidak terus jatuh tatkala aku berlari menuju-MU
agar aku merasakan Engkau sentiasa disampingku..menemaniku..
agar aku mengerti bahawa aku masih memiliki-MU
aku bersyukur pada-MU
kerana Engkau tidak pernah meninggalkanku sendirian..
kerana Engkau menyedarkanku akan hakikat kerdilnya diri ini..
kerana Engkau tidak pernah melupakanku..
kerana secebis kasih-MU masih ada buatku..
dan sesungguhnya dugaan itu adalah hadiah paling berharga
untuk membentuk diriku
agar terus cekal..terus tabah..tanpa mudah lemah..

Itulah tarbiyah dari Sang Pencipta..menghadiahkan diri ini ujian demi ujian agar aku tidak terus lena dan segera kembali kepada-NYA…terima kasih tuhan kerana membelaiku dengan penuh kasih sayang-MU..