topbella

05 May 2009

Bersihkanlah SAFF ini!!

Salamuna'laik kepada sahabat para pengujung 'warung' ini. Mungkin ada juga yang tertanya mengapa warung? em tak kisahlah warung atau apa pun yang seumpamanya tapi yang penting kita jadikan medan ini untuk saling bertukar ilmu, menyalur sedikit sumbangan dari pena yang mungkin kadangkala lidah kurang mahir mengtur bicara untuk bercakap dihadapan rakyat jelata, maka saluran inilah yang paling sesuai.

Sampai hingga ke pelusuk dunia. Dakwah tidak terhad hanya dengan berkata-kata tapi lihatlah betapa banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk melaksanakannya. Dan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna sendiri telah menyusun strategi memulakan dakwahnya di warung kedai kopi yang sentiasa ada saja pengunjungnya.

Sama juga seperti semalam, penjelajahan masih lagi diteruskan untuk mengembara ke blog-blog bagi mengutip mutira berharga untuk dikongsi bersama disini. Bertitik tolak dari entri yang diposting semalam, hari ini saya ingin mengaitkan artikel "cinta anta anti" hasil tulisan ustaz mazlee malik. Artikel tersebut agak panjang, tapi saya akan menganalisa sedikit sebanyak apa yang ditulis oleh ust Mazlee Malek.

Ya Allah..sebenarnya golongan inilah yang penjadi punca tertahannya gerak kerja dakwah. Inilah realiti sebenar yang telah menjadi agen virus perosak dakwah! kesannya lebih teruk jika dibandingkan dengan dentuman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki atau fosforus putih yang menghujani bumi Palestin oleh Israel laknatullahialaih. Dakwah terus juga berjalan namun tiada apa2 kesan. Wa nau'zubillah banyakkan mohon perlindungan dari Allah dari diuji dengan ujian begini. Begitulah sebagaimana yang dibimbangi Saidina Umar, Allah tidak memberi kemenangan kepada tentera muslimin gara-gara dosa dan maksiat yang dilakukan oleh jundi-jundinya .

Secebis sifat ar-rahim yang Allah turunkan cukup membuat si ibu dan ayah kasih pada anak, kasih kakak abang kepada adik, suami dan isteri, qiadah dan jundi, tak terlepas juga haiwan dan tumbuhan, namun yang paling utama adalah kasih sesama mukmin. Namun ramai yang telah tersalah faham konsep sebenar Cinta dan kasih ini telah disalah praktik..hinggalah lahir nama-nama baru.

"Cinta Anta Anti", "Cinta Ukhuwah" atau apa saja yang berkaitan dengannya yang membawa makna hubungan yang terjalin diantara muslim dan muslimah yang ajnabi. Istilah ini tidak pernah wujud dalam lipatan sejarah pejuangan baginda s.a.w. Saya percaya anda mengetahui tentang isu ini. Tapi mengetahui sahaja tidak cukup tanpa mengamal dan menyampaikan.

Puncanya?

1. LEMAHNYA ROHANI DAN IMAN - iman yang tersimpan rapi dalam dada jangan disangka tidak dapat dibaca. ia akan diterjemah kepada tindakan dan akhlak kita. Iman yang lemah berpunca dari kurangnya penghambaan diri pada Allah. Ibadah yang kurang berkualiti berpunca dari kurangnya khusyuk ketika berinteraksi dengan Allah.

2. MEDIA MASSA- adalah pemangkin berkembang biaklah penyakit ini yang tanpa bersua juga boleh bercinta..tapi bagi golongan ini menganggap ia tidak apa-apa kerana cinta mereka berpaksikan ALLAH ditambah lagi misi dan visi yang sama untuk mengembangkan dakwah. Masya-Allah. Apa yang saya sampaikan adalah hakikat yang berlaku.

3. KURANG MEMAHAMI AGAMA, SAMI'NA WA A'SOINA - Beginilah akibatnya jika tidak mengikut apa yang Allah dan Rasul sarankan. Hanya mengambil sebahagian sahaja. Dalam masa yang sama bercouple dan menyebarkan dakwah.

4. IKHTILAT TIDAK TERJAGA - Adab dalam berikhtilat dicampak nun jauh ke seberang benua. Bermula dengan hanya melihat, kemudian rasa semacam ingi mahu kenali lebih dekat.

Bermula sedikit demi sedikit

Untuk bercakap secara lansung mungkin tidak, tapi berusaha sedaya mungkin agar dapat berhubung.

SMS barangkali yang kerap digunakan. Atas alasan menjalankan program. Ya,tapi tamat program masih lagi berlanjutan hinggalah sampai kepada tahap yang lebih bahaya.

Duduk berbincang saling berhadapan dan saling berpandangan, tidak lagi menundukkan pandangan seperti al-quran anjurkan. Diselit pula senda gurau yang akan membuat si dia saling tersenyum.

Sentiasa berkumpul bersama di operation room. Ini baru sebahagian yang saya lihat dengan mata kepala sendiri. Agak terkejut dan kecewa.

Inikah yang akan membela agama?hanya bertitlekan islam pada nama persatuan, tapi apa yang dipertontonkan amatlah bertentangan. Jadi bagaimana mahu mencegah kemungkaran jika kita sendiri yang mengepalainya. jangan mimpi Allah akan menangkan kita jika masalah ini tidak cuba diatasi. Bersedialah jika Allah membersihkan saff- NYA wa nau'zubillah kita tidak lagi dipilih untuk berada dalam saff ini.

Yang utama saya tuju buat diri sendiri, kemudian kepada kalian yang membacanya. Tiada apa yang menjamin kita akan selamat dari berhadapan dengan situasi ini. Hanya DOA lah yang menjadi senjata utama disamping berusaha meningkatkan iman dan memperbaiki akhlak dalam memajukan langkah dalam medan yang ditaburi duri dan penuh tribulasi ini.

0 bersilaturrahim: