topbella

28 May 2009

Apabila ALLAH MENGHINAKAN MEREKA...




Kuarantin dua warga AS tamat ( METRO ).
PUTRAJAYA: Tempoh kuarantin dua warga Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai kontak dengan warga negara Hong Kong yang disahkan positif Influeza A (H1N1) berakhir hari ini dan kedua-duanya dalam keadaan sihat.

******************************




Sedikit ingin mengulas tentang musibah yang Allah hempapkan pada warga dunia - wabak influenza n1h1. Itulah wabak yang pada mulanya bermula di Mexico dan kini telah merebak di serata dunia, Malaysia juga tak terkecuali.

Satu pengajaran dari musibah ini yang ingin dikongsi bersama rakan pembaca. APABILA ALLAH MENGHINAKAN MEREKA.

Negara kedua yang dijangkiti penyakit ini adalah Amerika. Ya..itu negara gah yang menjadi kuasa besar dunia sekaligus selaku tali pengarah dalam sandiwara dunia, Israel pula adalah watak utamanya.

Mari kita imbau sejarah, mungkin bagi yang sudah tahu, ini sebagai ulangan agar kita tidak sekadar tahu, dan bagi yang belum tahu, ini adalah ilmu baru. "Pemboikotan ke atas Bani Hasyim". Ketika Nabi Muhammad S.A.W bersama isteri tercinta, Khadijah bt. Khuwailid serta para sahabat yang berusaha menyebarkan Islam dan mempertahankan agama suci yang mereka anuti itu, mereka telah diboikot.

Sebarang hubungan diharamkan ke atas mereka. Nabi dan para sahabat sehingga tidak mampu mendapatkan makanan kerana harga yang ditawarkan terlalu tinggi dan kewangan mereka amatlah terhad, akhirnya terpaksa redha dan bersabar hatta mereka memakan pucuk-pucuk kayu sehingga mulut mereka luka dan najis mereka tak ubah sepertinya najis unta. Masya-Allah insan yang sungguh luar biasa. Namun, untuk menggadai Islam tidak akan sekali.

Begitu tabahnya insan yang ditarbiyah Allah dan Rasullullah ini. Mereka tak mahu mengaku kalah. Kerana iman yang menebal mampu membuat mereka bertahan. Kemana pun mereka pergi, telinga tak kering mendengar kejian dan cacian yang dilontar. Tidak cukup dengan itu fizikal mereka juga disakiti. Selama 3tahun pemboikotan itu berlaku, dan akhirnya Allah telah memenangkan mereka.

Hidup ini ibarat roda..

Lihatlah, jika dahulu mereka memperhinakan kaum muslimin. Nah, sekarang rasakan! Allah telah memperhinakan mereka dengan dunia memboikot mereka. Bukan satu dua bangsa, tapi satu dunia.

Lihat bagaimana warga Amerika ini yang duitnya menebal dipoket mahu bercuti ke Malaysia. Namun, akhirnya terpaksa dikuarantin buat beberapa ketika. Niat untuk bercuti bertukar haru. Mereka ini sedaya upaya membuktikan yang mereka bebas dari 'bala' ini. Namun, apabila didapati mereka warga Amerika, cepat-cepat ditahan dan dikuarantin. Bimbang akan berjangkit. Bukan hanya rakyatnya dikuarantin, 'orang kuatnya' juga tak terkecuali. Bukan saja di Malaysia, malah diseluruh dunia. Hakikatnya dunia telah memboikot mereka.

Mereka merancang tipu daya, tapi sesunggunya tipu daya ALLAH itu lebih hebat.

26 May 2009

BERUBAH UNTUK MERUBAH...

Termenung seketika..



Dua tiga hari ni bila buka je paper rasa macam-macam. Sedih ada, geram ada..entahlah semua perasaan dan bercampur baur. Namun bukan itu yang ingin diperkatakan. Cuma ingin berkongsi macam-macam sudah berlaku pada saudara seakidah kita. Selak saja suratkhabar Metro, akhbar paling laris dan paling hangat melaporkan apa yang berlaku dalam negara pasti anda akan jumpa 1001 macam masalah dan penyakit sosial yang menimpa negara tercinta kita ini.
" Apa la nak jadi dengan umat kita ni..", luahan bimbang dengan keadaan yang berlaku.

"Masyarakat kita jadi macam ni, cuba tengok di sekeliling kita..lihat apa yang terjadi..",luah seorang lagi teman membuat kami yang berada disitu semua berfikir.

"Em..sekeliling kita ni penuh dengan hiburan, jenayah, masalah sosial tak henti-henti..masyarakat turut mengikut arusnya..yang terlibat kebanyakannya remaja, sedihnya..bila bukak je tv pelbagai program realiti tv yang semuanya nak jadi selebriti..kanak2 pun dah didedahkan dengan dunia ini..lihat betapa suasana tempat kita hidup tu sangatlah memberi kesan pada kita. Jika hidup dalam komuniti yang sukakan jenayah, akhir-akhirnya kita pun akan terjebak sama. Sebab tu lah kita kena berada dikalangan orang yang soleh agar kita juga soleh sama macam orang tadi", satu lagi suara timbul.

"Tapi kita baik sorang-sorang tak cukup..tanggungjawabkita untuk ajak orang lain jadi baik tu mesti kita jalankan, kalau tidak, ahkirat nanti Allah tanya apa kita nak jawab?", yang lain menambah.

"Jadi,kerana itu kita kena tahu yang masyarakat kita ni belum lagi bebas..kita kena sedar yang pemikiran kita ni masih lagi dijajah, mereka (kafir) itu bukan nak sangat kita sampai keluar agama, tapi cukuplah kita memporak perandakan agama kita sendiri. Cukuplah sekadar kita ikut gaya hidup mereka yang jauh menyimpang dari apa yang Allah suruh", idea dari senior membuat semua diam berfikir.

"Jadi sekarang kita dah tahu kan? kita dah sedarkan? kerana kita dah tahu dan sedar, maka kita kena sedarkan mereka yang masih belum sedar dan yang buat-buat tak sedar ni..setuju??", lontaran cabaran.

"Setujuu..", yang lain menyahut.

Perbincangan kami berakir disitu.

********************

Aduuh...masyarakat kita sedang tenat wahai para pembaca!!!

Tak tau lagi dalam kondisi apa yang saya mahu katakan, agaknya kalau seorang pesakit tu rasanya dah tahap masuk ICU tingga tunggu ajal je la.


Siapa yang terlibat?? ya!!muslim majoritinya...barangkali anak-anak kita, abang kakak kita, adik-adik kita..namun kerana telinga dah lali mendengar berita-berita ini, mata malas dah nak menatap berita dek jenayah yang terlalu berleluasa..sedar tak sedar masalah ini rupanya sudah mula merebak dalam keluarga kita.


Satu hari bila dah terpampang di dada akhbar yang penjenayah itu rupanya adik-beradik kita barulah nak mula rasa sedar bahawa mencegah itu lebih baik dari merawati yang sudah parah menderita.





Kita mendabik dada mengatakan Malaysia adalah negara paling aman, hidup harmoni dan macam-macam lagi la. Tapi hakikatnya? saya yakin anda lebih mengerti. Lihat saja, setiap hari, setiap jam pasti ada saja rompak, ragut, bunuh, dan macam-macam lagi yang membuatkan diri rasa tidak selamat lagi untuk melangkah kaki keluar. Gerun mendengar, bimbang saja berhadapan dengan situasi sebegini. Na'uzubillahi min zalik.


Tolonglah saudaraku..bantulah mereka yang sedang terkapai-kapai hampir kelemasan dalam tipuan dunia. Tolonglah jangan buat-buat buta, jangan buat-buat pekak, jangan buat-buat tak tahu yang masyarakat kita sudah semakin hancur. Hidup penuh dengan hiburan, keseronokan, dan kemaksiatan. Tolonglah bantu mereka..mari bersama pedulikan mereka. Jangan hanya buat kebaikan hanya untuk diri sendiri tanpa memperduli orang lain. Jangan cukup berpuas hati andai kita tak terjebak dalam kancah ini, kerana tiada apa dapat menjamin kita selamat dari ditimpa musibah ini. Bala dari Allah tak mengenal siapa yang soleh siapa yang tidak. Maka dengan itu, sebelum terlambat sebelum Allah 'bersihkan' bumi Malaya ini ayuhlah kita berganding bahu melakukan sesuatu agar dapat penyakit ini dapat dikurangkan..


Caranya apa??
  • hidupkan suasana islami disekeliling kita, tidaklah terlalu formal..mula la sikit-sikit.
  • ajak kawan-kawan kita ke majlis-majlis ilmu agar kita dan mereka tidak jahil dan faham tentang agama.
  • sentiasa lakukan perbincangan agar minda lebih terbuka sekaligus cari jalan untuk menangani sekurang-kurangnya menyelamatkan diri sendiri.
  • banyakkan memuhasabah diri dan mendekatkn diri pada Allah.
  • bergaullah dengan teman-teman yang baik.

Ini hanya cadangan yang sedikit dan maaf kurang teratur..banyak lagi sebenarnya. Cuma apa yang penting?? perbaiki diri dan dalam masa yang sama ajaklah yang lain bersama. Bermula dari diri saya dan anda yang sedar, dan berusahalah menyedarkan orang lain. BERUBAH UNTUK MERUBAH..

24 May 2009

DAI'E KECIL..


Kanak-kanak..itulah dia anugerah Allah yang apabila memandang mereka ini membuat hati sentiasa gembira, wajah comel yang bersih dari dosa itu sentiasa akan menyentuh hati sesiapa yang melihatya.

Tertarik dengan saudara di seberang mendidik anak supaya dididik dengan didikan islami. Pakaian-pakaian comel sekaligus menepati syariat direka bagi kanak-kanak ini tertarik dan berminat untuk memakainya, langsung mengajar mereka erti menutup aurat. Syabas.

Beginilah yang Islam mahu lahirkan, walau dibidang apapun kita dakwah iu harus terus berjalan. Tukang jahit yang hanya dikata sebagai kerja kampung itu mampu mencurahkan suatu untuk Islam. Dakwah ini tidak terhad kepada sesiapa, bahkan wajib kepada semua. Dengan hanya menggunakan kemahiran yang Allah kurniakan untuk mencipta pakaian-pakaian sebagaimana yang disyariatkan. Mudahkan? namun tak ramai yang mengambil peluang mudah ini.

Sebaliknya, sanggup bersusah payah memerah otak mencipta pakaian-pakaian yang kalau boleh mahu menggunakan hanya secebis kain, semata-mata untuk aurat dibuka, agar lebih terkenal dengan jenama "the best designer". Begitulah bezanya insan muslim yang berjiwa muslim dan muslim yang hanya sekadar nama muslim.

Anda pernah mendengar program "PILDACIL"?
Ini program yang juga ada di negara saudara kita di seberang sana. Masya-Allah..anak yang sungguh petah berkata-kata, kata-katanya yang bisa membuat kita malu, kerana insan sekecil itu sudah mampu mengrti suruhan,perintah hatta larangan Allah. Linangan air mata juga mampu mengalir deras saat dia menadah tangan memohon doa agar dijauhkan dirinya dari menjadi anak durhaka. Itulah da'ie kecil, kecil hanya diluar tetapi jiwanya besar, lebih besar dari ong yang besar.







Namun..sedih..tatkala melihat anak bangsa sendiri lemas dan hampir mati dalam duni hiburan buatan mereka sendiri. Pilu hati melihat insan-insan kecil i sedari kecil lagi sudah dicorakkan dengan pelbagai jenis penyakit duina yang melalaikan. Hidup mereka disogokkan dengan hiburan, televisyen, komputer internet dan games sudah jadi kawan akrab mereka. Yangmana 'kawan-kawan' ini mampu untuk membunuh mereka suatu hari nanti. Tiada lagi erti berkawan, bersahabat seperti zaman kanak-kanak kita.

"TOM-TOM BAK", cuba tanya pada sesiapa sahaja kanak-kanak, pasti meeka mengenalinya. Dipentas ini mereka dilatih agar erani berdepan dengan orang ramai, namun, beraninya untuk mula memjerumuskan diri ke dalam kancah dosa, hiburan semata-mata. Dibalik sutradara yang terselindung dibelakang tabir itu mjoritinya muslim. Muslim apa? buat malu ISLAM saja,lebih baiklah campakkan aja title itu. Bentak hati ini. Geram.

Inikah pewaris kita???

Namun, geram saja tidak cukup...harus bertindak mencari solusi..kecil pun tak apa. Ikut kemampuan kita.

Cuba alihkan perhatian insan-insan yang terdekat terutama adik-adik kita kepada program yang lebih islami, contoh "mari mengaji", "mari bercerita ersama abang amar". Ataupun anda cari apa2 video yang menari dan islami pada adik-adik anda. cuba tunjuk video pildacil ni, mesti mereka pun suka.

Belikan mereka bahan bacaan islami, contoh komik atau majalah yang dapat membentuk dan mendidik mereka melalui hiburan islami. "Asuh", "Raihan Rangers", "Ana muslim" dan sebagainya.

Jika kita yang Allah anuerahkan apa2 bakat, melukis, menulis atau apa2 saja, segera lakukanlah sesuatu untuk seikit demi sedikit mengubah kondisi ummah kita yang sedang tenat ini.
Tak perlu tunggu bakat datang pun, sebaliknya cuba garapkan apa yang ada untuk kita selamatkan kita dan mereka.

Di UIA pernah juga diadakan program pildacil ini, sempat untuk mengikuti program yamg disediakan. Harapnya lepas ni boleh buat lagi ya, universiti lain JOM berganding tenaga jayakannya. Moga-moga bermula dengan program kecil ini mampu juga untuk kita realisasikan seperti saudara kita disebarang sana insyaallah.

Semoga akan lahir Dai'e kecil di bumi Malaysia nanti..yang akan menyambung wasilah perjalanan dakwah ini..

17 May 2009

Teristimewa buatmu..GURU..


Semalam..rinduku semakin kuat mengingati dia..entahlah, selalunya teringat juga..tapi mungkin semalam lebih istimewa. Seorang demi seorang datang menerjah fikiranku. Membuat aku makin terharu..hati ini ditusuk rasa seolah mahu menemui dia saat itu juga. Mahu berjumpa dan berbicara dengan lebih dekat dengan insan istimewa ini. Teringat dia mendidikku penuh dengan kasih sayang, hingga aku kini tidak lagi dalam kesamaran kegelapan jahiliyah, sehingga aku kini mengerti akan tujuan hidup yang singkat ini..TERIMA KASIH buat PARA PENDIDIKKU..

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


GURU..itulah insan mulia yang selama ini mendidik insan-insan yang mulanya tidak mengetahui hinggalah dia mengetahui. Mengenalkan alif, ba, ta..a,b,c..dan 1,2,3. Bermula dari sinilah langkah demi langkah terus diatur hingga lahirlah ulama'-ulama', para cendiakawan, pakar-pakar, doktor, peguam, guru dan lain-lain, ya..semua insan ini lahir dari seorang guru..

Namun, YANG SELALU kita mendengar jika wartawan datang bertanya, "apakah pendorong kejayaan adik?"..pasti dijawabnya "ibubapa saya, saya juga mengambil kelas tuisyen kerana ia banyak membantu saya terutama sekali dengan memberi latihan2 yang cukup sebelum menduduki peperiksaan". Ada juga yang menjawab "belajar dalam kumpulan lebih berkesan, dan ini juga rahsia disebalik kejayaan saya". Macam-macam lagi dialog yang seumpama dengannya. JARANG SEKALI mengatakan "kejayaan saya ini adalah kejayaan guru-guru yang telah berpenat lelah mendidik saya dan kejayaan ini bukanlah milik saya jika tanpa adanya mereka". Saya bukanlah mahu menghangatkan isu ini, cuma mahu menjentik hati kita agar terbit sedikit kesedaran dihati tentang insan mulia yang kadangkala selalu dupinggirkan ini.. Ingatlah insan inilah yang telah memandu kita hingga dimana kita berada sekarang..

Terima kasih tak terhingga ingin ku tujukan guru-guruku,
kerana telah meminpin langkahku menuju cahaya,
berkat kesabaranmu telah membawa aku hingga ke tahap ini,
yang pasti jasamu guru takkan mampu ku balas,
hanya sekalung doa setiap hari mampu ku titipkan
agar allah sentiasa mengampunimu, melindungi dirimu dan merahmatimu..

JAZAKUMULLAHU KAIRAN JAZA' BUAT GURUKU..
Pn. Samsiah bt. Man ( bondaku )
En. Ismail b. Saad ( ayahanda ku )
Ustzh. Azizah & Ustzh Asiah ( PASTI Jengka 10 )
Guru-guru di SK & SRA Jengka 10
Guru-guru di Ma'ahad SAS, Bandar Jengka
Guru-guru di SMA Al-Ihsan, Kuantan
Guru-guru di Kulliah Al-lughah Waddin Sultan Abu Bakar, Pekan
Pensyarah-pensyarah di Pusat Matrikulasi UIA Petaling Jaya & Nilai
Pensyarah-pensyarah di UIA Gombak
dan kalian yang tidak disebutkan nama disini yang merupakan pendidikku
tak lupa buat sesiapa sahaja yang telah membuatkan aku mengerti sesuatu juga adalah guruku..

Warga pendidik Ma'ahad SAS

Guru-guru SMA AL-Ihsan, Kuantan

Ustaz & Ustazah di Kulliah Al-lughah Waddin Sultan Abu Bakar, Pekan


13 May 2009

Para Murabbi agar Tidak Leka..


Tulisan ini mengajak para murabbi agar tidak leka dengan pencapaian sedia ada, sebaliknya ingin mengajak para pendakwah menganalisa faktor-faktor yg menyebabkan kegagalan para pendakwah untuk terus maju dalam dlm dakwah mereka.

Beberapa faktor kegagalan para murabbi baik secara individu atau merujuk kepada golongan-golongan tertentu dapat dikenal pasti dengan menilai hasilnya. Contohnya jika para murabbi berjaya menyentuh hati orang yang didakwahinya atau lebih dikenal sebagai mad'u, tidak mustahil dakwah tersebut mampu mengubah persepsi dan ideologi mad'u dengan mudah. Tetapi jika hati mad'u sudah awal-awal lagi bersarang rasa benci atas dakwah para da'i, maka wujud satu penghadang dalam minda dan hati mad'u untuk menilai dakwah para da'i hatta ia merupakan satu kebenaran. Maka disinilah kepercayaan dan perasaan mad'u memainkan satu peranan penting dalam usaha dakwah para da'i. Antara faktor2 kegagalan para da'i dalam memupuk kepercayaan dan menjaga perasaan mad'u ialah :

1) TIDAK MENGENALI MAD'U Para da'i wajar mengenali mad'u terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa persepsi. Ini dapat mengelak kita dari bersangka buruk dan bersedia mendengar penjelasan dan hujah secara adil. Antara jenis2 mad'u yg mungkin kita hadapi ialah :

(i) orang yang terjerumus dalam kemungkaran kerana kejahilannya. Untuk orang jenis ini perlu didakwahi secara bijaksana. Misalnya dgn menjelaskan kekeliruannya, apabila telah jelas kekeliruan tersebut insyaallah dia akan segera kembali kepada kebenaran.

(ii) orang yg kekeliruannya telah jelas namun masih keras kepala, barangkali ia memiliki sifat malas, hawa nafsunya merintangi dirinya utk menerima kebenaran. Maka org jenis ini memerlukan pengajaran yang baik, iaitu dengan memperingatkan kepadanya betapa keras seksaan Allah dan hukuman yg bakal diterima oleh org yg terus-menerus berbuat maksiat setelah mengetahuinya.

(iii) orang yg membantah apabila mengetahui kebenaran demi mempertahankan kebatilan dan kemungkaran. Orang seperti ini hanya ingin membenarkan kesalahan yg dilakukannya, maka ia perlu dibantah. Namun hendaklah bantahan itu dilakukan dengan cara yang baik. Bukan dengan kesombongan mahupun dengan meremehkan atau menghinanya. Hujah ilmiah yg jelas dan konkrit dapat menyinari kebenaran dan melenyapkan kebatilan. Berdasarkan ketiga-tiga kategori mad’u di atas, cara pendekatan yg berbeza dan yg terbaik perlu digunakan sesuai dengan keadaan mad’u tersebut.

2) BERSIKAP “ AKU BETUL, KAU SALAH Mad’u seharusnya dilihat sebagai peluang bukannya sebagai musuh. Apabila da’i mempunyai persepsi bahawa mereka sentiasa benar dan mad’u seorang pesalah, inilah dinamakan bersikap “ aku betul, kau salah “. Ini menyebabkan kerja2 dakwah bukan lagi satu kerja nasihat-menasihati tetapi menjadikannya sebagai medan menghukum mereka yg bersalah.

Persepsi seperti ini hanya akan menjamah akhlak para da’i, mana tidaknya apabila para da’i merasakan diri mereka lebih mulia berbanding mad’u, kesombongan akan menyebabkan mereka memandang rendah orang yang sepatutnya didakwahi mereka. Sedangkan dalam usaha dakwah kita bukan mencari siapa betul dan siapa yg salah, tetapi kita berada dalam satu usaha nasihat-menasihati dengan cara yg lembut. wajib atas kita untuk berlemah-lembut di dalam dakwah kita apatah lagi terhadap orang-orang yang menyelisihi kita, dan jadikanlah selalu firman Allah Ta’ala berikut sebagai pegangan untuk selama-lamanya :

“ Serulah mereka ke jalan Rabb-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik, serta berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik “ ( an- Nahl: 125)

Dan meraka yg pertama lebih berhak untuk kita terapkan hikmah ini adalah mereka yg paling memusuhi kita di dalam dasar dan aqidah kita, hingga kita tidak menggabungkan antara beratnya dakwah yg haq yg Allah memperteguhkan kita dengannya dengan beratnya cara kita berdakwah kepada Allah S.W.T.

Hendaklah diingatkan bahawa sikap “ aku betul, kau salah” hanya akan mewujudkan benteng antara para da’I dan mad’u. Malah lebih teruk jika mad’u mula melarikan diri daripada kita atas sikap ingin menang yg kita tonjolkan.

3) CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN. Umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus, inilah yang dapat digambarkan kepada para murabbi yang cakap tidak serupa bikin. Allah S.W.T membenci sikap ini kerana ianya tidak ubah seperti seorang hipokrit. Firman Allah S.W.T :

“ Wahai orang-orang yg beriman, kenapakah kamu mengatakan su yg tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan “ ( ass-saff: 2-3)

Perkara ini barangkali atas sebab tidak yakin tentang apa yang cuba disampaikan, ataupun tidak beramal dengan ilmu yg dipelajari. Sikap ini sebenarnya akan menghapus dan menghakis kepercayaan mad’u kepada murabbi. Murabbi seperti ini mungkin mempunyai hujah yang meyakinkan tetapi hujah yang tidak bersertakan keyakinan beramal tidak ubah seperti salesman yg menjual produk yg belum dicubanya. Persoalan yg mungkin timbul ialah sejauh mana kebenaran hujah tersebut jika para murabbi sendiri ragu-ragu dalam beramal.

4) MUDAH DALAM BERFATWA. Ramai para murabbi bila berhadapan dengan dengan mad’u menggangap diri mereka sudah cukup kompetan dalam mengeluarkan hukum-hakam yang sebenarnya masih masih menjadi perbahasan di kalangan para fuqaha’. Hal-hal kontroversi menjadi menjadi medan para murabbi menunjukkan kejaguhan mereka merka dalam berfatwa.

Para murabbi seharusnya tidak mengungkapkan pendapat mereka dalam perkara-perkara agama hanya berdasarkan pandangan mereka semat-mata, atau memberi fatwa kepada orang lain tanpa berdasarkan ilmu. Seharusnya para murabbi terlebih dahulu mencari petunjuk dengan dalil-dalil syariat, lalu melihat pendapat-pendapat para ulama serta metod mereka dalam menggunakan dalil-dalil tersebut dan dalam mengambil kesimpulan. Setelah itu barulah para murabbi berbicara atau memberi fatwa dengan apa yang diyakini dan diredai untuk dirinya.

Oleh sebab itu, mengenal mad’u terlebih dahulu adalah penting sebelum para murabbi memberikan apa-apa fatwa. . Rasulullah S.A.W telahpun memberi memberi panduan ringkas dalam memberi fatwa sepertimana dalam sabda beliau :

“ Hendaklah kalian bersikap memudahkan dan jangan menyulitkan. Hendaklah kalian menyampaikan khabar gembira dan jangan membuat mereka lari, kerana sesungguhnya kalian diutuskan untuk memudahkan dan bukan untuk menyulitkan”. ( Hadis Riwayat Muslim)

Selain itu, seperkara yang perlu ditekankan ialah masalah sikap yang yang mana para da’I merasakan diri mereka perlu tahu serba-serbi dalam bab hal agama ini. Akibatnya mereka berani berfatwa walaupun tanpa ilmu tentang hal yang disoal. Sikap dan akhlaq para imam salaf seharusnya dijadikan contoh oleh para murabbi agar tidak tergesa-gesa dalam berfatwa dan banyak mengatakan Allahu’alam tentang masalah yang memang yang tidak diketahuinya.

Bukanlah satu keaiban menjawab permasalahan yang tidak diketahui dengan kalimah Allahu’alam. Berkata Ibn Jama’ah “ Apabila seoarang alim ditanya tentang sesuatu yang tidak diketahuinya , maka termasuk bentuk ilmu adalah menjawab ‘ saya tidak tahu’. Sebahagian salf mengatakan : “ucapan ‘saya tidak tahu’ adalah setengah daripada ilmu “

Para murabbi harus jujur dalam menyampaikan dakwah mereka. Kejujuran dalam menjawab permasalahan yang tidak diketahui adalah satu akhlaq yang mulia. Ini adalah kerana kadang kala kita tidak mempunyai jawapan kepada semua permasalahan, adalah lebih baik kita menangguhkan pada waktu lain sehingga mempunyai kesempatan untuk mengkaji dalilnya dan menganalisa ucapan –ucapan para ahlul ilmi dalam masalah yang besangkutan.
Ibn Abbas berkata : “ sesungguhnya orang yang selalu berkata kepada manusia dalam setiap masalah yang mereka pertanyakan adalah seorang yang gila”

5) KESALAHAN TUTUR KATA. Cara para murabbi menutur kata juga merupakan satu perkara serius yang perlu diambil kira. Hendaklah seorang murabbi bersikap lemah-lembut, manis muka dan lapang dada sehingga lebih mudah diterima oleh orang yang didakwahinya. Dan hendaklah ia mengajak ke jalan Allah S.W.T, bukan kepada dirinya, tidak perlu mengancam atau berdendam terhadap orang yang menyelisihi jalan dakwah mereka, kerana jika ia memang mengajak ke jalan Allah, bererti ia memang ikhlas, Allah akan memudahkan perkaranya dan memberi petunjuk melalui tangannya siapa saja yang dikehendakiNya.di antara para hambaNya.

Kelembutan tutur kata dan pemilihan perkataan yang sesuai mencerminkan keikhlasan para murabbi dalam menyampaikan kebenran, ini kerana kebenaran tidk wajar disampaikan dengan cara yang kasar dan paksaan. Para murabbi seharusnya mencontohi sikap para nabi dalam bertutur kata sewaktu mereka melakukan dakwah sebagai peringatan yang Allah berikan kepada Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s ketika ditugaskan Allah berhadapan dengan Fir’aun :
“ Maka berbicaralah kamu berdua kpadanya dengan kata-kata yang lemah-lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut “

Kesalahan para murabbi dalam menggunakn perkataan yg menakutkan hanya menjauhkan para mad’u dari mendengar dan menilai hujah para murbbi dengan adil. Oleh itu, hendaklah para murabbi memahami betapa pentingnya penggunaaan bahasa yang sesuai dan diikuti dengan perbuatan yang lembut kerana ini dapt mewujudkn kepercayaan dalam diri mad’u. Zaman ini adalah zaman kelembutan, kesabaran dan hikmah, bukanlah zaman kekerasan. Majoriti manusia saat ini dalam keadaan jahil, lalai dan lebih mementingkan duniawi. Maka haruslah para da’i atau murabbi bersabar dan lemah lembut dalam menyampaikan dakwah mereka.
Sabda rasulullah S.A.W “ Sesungguhnya Allah Maha Lembut, mencintai kelembutan. Dia memberikan kepada yang lembut apa yang tidak diberikan kepada yang kasar “ ( Hadis Riwayat Muslim )

Penggunaan perkataan yg sesuai juga penting demi mengelakkan dari berlakunya salah faham. Contohnya, para murabbi kadangkala cenderung memilih pernyataan Imam Shafie rahimahullah silap dalam melakukan ijtihadnya, atau ianya pendapat yang lemah dalam mazhab Shafie, ini hanya akan melemahkan semangat mad’u dalam beramal. Lebih teruk jika mad’u mula memandang serong para murabbi berlagak lebih pandai dari Imam shafie rahimahullah.
Para murabbi harus bijak dalam menyusun kata, dengan memperkenalkan hadis-hadis shahih,hasan atau dalil-dalil yang lebih tepat sebagai panduan mad’u, memberi mad’u peluang memmbuat penilaian sekaligus akan membuka minda kefahaman mereka. Bantuan yang diberikan para murabbi kepada mad’u dalam berinteraksi dengan dalil-dalil yang sahih dan lebih tepat dapat mengelak para murabbi dari terus menyanggah amalan mad’u yang telah sebati dengan jiwa mereka.

Tidak dapat kita nafikan wujud beribu macam faktor lain yang mempengaruhi kegagalan para da’i atau murabbi dari merangkul kejayaan mereka di bidang dakwah. Tetapi factor yang dibicangkan di atas boleh dikatakan antara faktor utama-faktor utama para murabbi dan mana-mana gerakan Islam menempah kegagalan mereka. Para murabbi harus sedar bahawa mereka mewakili Islam, kerja-kerja dakwah mesti dianggap serius kerana jika tidak ia mengundang fitnah atas ajaran Islam yang sempurna.

Oleh itu, kerja-kerja dakwah yg mulia ini seharusnya dijiwai dengan pola fakir dan cara yg betul. Mereka yg bergelar para murabbi dan da’I mendakwahi masyarakat bukan kerana terpaksa, bukan pula kerana harta dunia, tetapi kerana kasih sayang dan utk mengagungkan serta menolong agama Allah S.W.T.

sumber : http://www.ibnyusof.blogspot.com

Bagaimana menyentuh hati?



Hampir seminggu tak berkesempatan untuk berkongsi sesuatu disini tapi alhamdulillah harapnya untuk kali ini ada sesuatu untuk anda =). moga usaha tak seberapa ini akan menjadi saksi dihadapan allah kelak.

"HATI"..ya..itu adalah raja kepada kerajaan tubuh badan. Sebagaimana yang disebutkan Rasulullah s.a.w : Bila ia baik maka baiklah seluruh tubuh, bila ia buruk maka buruklah seluruh tubuh. Dan itulah dia HATI.

Kerana hati yang tersiat melihat Islam dikotori, anggota lain siap sedia mengatur langkah melakukan sesuatu. Kerana hati yang mati jugalah menyebabkan anggota lain diam terpaku. Kerana hati yang bersih jugalah ingin menyentuh hati-hati yang sedang mencari-cari menuju tuhan yang satu.

Kita lihat, betapa besarnya peranan hati ini. Boleh menyebabkan pelbagai perkara berlaku. Meskipun begitu, lihatlah juga anggota ini begitu sensitive. apabila disentuh dengan baik maka akan terlahirlah tindakbalas yang baik, yang bukan saja hanya hati yang merasai tetapi seluruh anggota akan berkongsi rasa apa yang dirasakan oleh hati.

Jadi, bagaimana untuk menyentuh hati?? ust. Abbas As-Siisiy anak murid kepada As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah berkongsi rahsia dengan para dai'e, bagaimana untuk menyentuh hati mad'u. Ingat, jika salah sentuh maka lainlah hasilnya. Jika tersentap pula maka akan terus larilah mad'u ini. Jadi untuk menyentuhnya bukanlah sesuatu yang mudah. Namun bukan jua bermakna misi kita akan goyah. cuma berhati-hatilah dalam menyampaikan dakwah kerana boleh jadi dakwah akan bergerak lambat atau terencat gara-gara uslub dakwah yang digunakan tidak bersesuaian.


Ust Hassan Al-Banna mengatakan bahawa tugas dai'e ini adalah sepertinya tugas seorang doktor, yang akan memberikan ubat yang sesuai bergantung kepada jenis penyakitnya. Begitulah juga bagi da'ie yang harus bertindak begitu, bukan bertindak melulu.

Bacalah buku yang pasti memberi petunjuk bagi anda untuk meneruskan langkah dimedan dakwah. Apa yang dapat dikongsikan hasil dari penelitian terhadap buku ini adalah first imperssion mad'u kepada kita sangat-sangatlah penting. Jadi kerana itu harus diusahakan sebaiknya. Benang pertama untuk mengikat hati individu adalah dengan menghafal namanya. Setiap orang pasti berbunga hatinya apabila baru pertama kali bertemu, kita mengingati namanya. Setiap kali berbual dengannya selalulah menyebut namanya agar ikatan hati akan jadi lebih erat. Bila hati tadi mulai terikat maka teruskan dengan langkah seterusnya.

Kemudian, segera hulurkan bantuan kepadanya. Untuk impementasi, contoh dikampus, minggu ta'aruf atau suai kenal ini adalah peluang keemasan bagi anda untuk mendekati adik2, menyentuh hati merka sekaligus mendapat mad'u dengan kadar segera. cuma infaqkan sedikit tenaga membantu adik2 ini mengangkat barang untuk dibawa ke bilik. segera meng'offer'kan diri agar peluang berharga tadi tak terlepas begitu sahaja. lagi, tunjukkan mereka kawasan-kawasan sekitar kampus yang masih asing bagi mereka. saat itu jangan lupa bina hubungan dan terus di follow up. selain itu jika mereka dalam jurusan yang sama dengan anda, jangan kedekut memberi nota. Bawa mereka ke program-program islami yang akan membantu mereka memperbaiki diri. yakilah, segala pertolongan yang dihulurkan tanpa mereka pinta tadi pasti akan menjadi sesuatu yang penting untuk mereka hargai insan-insan ini. Jadi, jangan hanya duduk goyang kaki asyik bercakap mengenai teori, turun padang bantu mereka. ya..hakikat manusia begitu. suka dibantu. kita juga begitu kan?..maka dai'e juga yang sememangnya seorang manusia, maka fahamilah dan selamilah diri manusia itu sendiri.

Dalam buku ini, Syaikh Abbas As-Siisiy memberikan berbagai huraian tentang dakwah secara unik. Iaitu dengan mengemukakan berbagai kisah, bermula dari kisah para sahabat bersama Rasulullah saw. Hingga kisah pengalamannya berinteraksi dengan medan dakwah, baik yang dialami sendiri mahupun yang disaksikannya. Dari kisah-kisah nyata itulah beliau mengambil beberapa hikmah dan pelajaran yang sangat bermanfaat bagi kita semua, sebagai para da’i.

Buku ini memang buku lama, terbitan tahun 2000, tetapi buku karya Abbas As-Siisiy cukup bagus isinya dan sangat penting untuk dibaca. Isi kandungannya mengikut judul, bukan perbab. Disitu banyak contoh kisah-kisah sehingga menjadi tidak jenuh membacanya dan mendapatkan maksud yang lebih jelas. Dalam buku itu dimulai dengan penjelasan tugas kita sebagai da’i dan rintangan dakwah yang akan dihadapi. Kemudian siapa yang akan kita dakwahi, bagaimana dakwah fardiyah, bagaimana memikat hati mad’u, memulai perkenalan, dsb.

Sebahagian isi kandungannya…
Wasiat Hasan Al Banna; Untukmu Saudaraku; Tugas Kita; Rintangan Dakwah; Tiga Karakteristik Manusia; Menghafal Nama; Bagaimana Memulai Perkenalan; Dakwah Fardiyah; Sarana-Sarana Dakwah; Langkah-langkah Yang Harus Ditempuh; Senyummu di Depan Saudaramu adalah Sedekah; Penampilan Seorang Da’i; Mush’ab bin Umair ra.; Pandangan Kasih Sayang; Sebarkan Salam di Antaramu; Lebih Dahulu Mengucapkan Salam; Memanggilmu dengan Panggilan yang Paling Ia Sukai; Memberikan Tempat Duduk dalam Satu Majelis; Orang Badui itu…; Berjabat Tangan; Balaslah Keburukan dengan Kebaikan; Sarana-sarana Pembuka Hati; Anak adalah Fondasi Sebuah Bangunan; Tidak Ada Paksaan Dalam Agama; Fitnah yang Hanya Mampu Dihadapi Seorang Nabi; Optimisme yang Penuh Senyum dan Lapang Dada; Bukanlah Engkau yang Menunjuki Mereka, Magnet Hati; Bidang Garap Seorang Da’i, Dua Karakter Da’i: Cerdas dan Bersih; Dia Tidak Hadir Karena Berhalangan, dst… Itu tadi Cuma setengahnya saja.

Sebebnarnya banyak lagi mutiara berharga dalam buku ini yang tidak dapat dikongsi bersama disini. Saranan saya bacalah buku yang akan memimpin anda untuk membina peribadi dai'e yang lebih mantap. dikedai-kedai mungkin susah nak dapat, tapi anda juga boleh download di internet. setakat ini dulu ya, jumpa lagi..=)

12 May 2009

Muhammad Al-Fateh & Constantinople..

“ Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera." Riwayat Ahmad

Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih (الفاتح) atau “Si Penakluk” dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Biografi

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapa nya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd’Allah dari Hum. Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

“ Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera."

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

Pendidikan

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah.

Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh. Keperibadian Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

Persiapan Awal Membebaskan Konstantinople

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

Misi Menawan Konstantinople
Hari Jumaat, 6 April 1453M, Muhammad II atau disebut juga Mehmed bersama gurunya, syaikh Aaq Syamsudin, beserta orang kanannya, Halil Pasha dan Zaghanos Pasha merencanakan penyerangan ke Byzantium dari berbagai penjuru benteng kota tersebut. Dengan berbekal 150.000 ribu pasukan dan meriam buatan Urban -teknologi baru pada saat itu- Muhammad II mengirim surat kepada Paleologus untuk masuk Islam atau menyerahkan penguasaan kota secara damai atau perang. Constantine Paleologus menjawab tetap mempertahankan kota dengan dibantu oleh Kardinal Isidor, Pangeran Orkhan dan Giovanni Giustiniani dari Genoa.
Kota dengan benteng 10m-an tersebut memang sulit ditembus, selain di sisi luar benteng pun dilindungi oleh parit 7m. Dari sebelah barat melalui pasukan altileri harus merobohkah benteng dua lapis, dari arah selatan laut Marmara pasukan laut harus berhadapan dengan pelaut Genoa pimpinan Giustiniani dan dari arah timur armada laut harus masuk ke selat sempit Golden Horn yang sudah dilindungi dengan rantai besar hingga kapal perang ukuran kecil pun tidak dapat melepasi. Berhari-hari hingga berminggu-minggu benteng Byzantium masih utuh, kalaupun runtuh dengan adanya celahan-celahan, pasukan Constantine mampu mempertahankan celah tersebut dan dengan cepat menumpuk kembali hingga tertutup. Usaha lain pun dicuba dengan menggali terowongan di bawah benteng, cukup menimbulkan kepanikan kota, namun juga gagal. Hingga akhirnya sebuah idea yang terdengar bodoh dilakukan hanya dalam semalam. Salah satu pertahanan yang agak lemah adalah melalui selat Golden Horn yang sudah dirantai. Ide tersebut akhirnya dilakukan, iaitu memindahkan kapal-kapal melalui darat untuk menghindari rantai penghalang, hanya dalam semalam dan 70-an kapal dapat memasuki wilayah selat Golden Horn.

Keajaiban Tentera Othmaniyyah

Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perai ran Tanjung Emas. Kaedah yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana tentera sebelumnya untuk melakukannya. Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera Othmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini.

Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera Al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan! Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, “Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini.Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!” Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan Byzantine tentang strategi seterusnya, tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat. Costantine menolak cadangan supaya beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di Eropah bahkan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan Costantinople hingga ke titisan darah yang terakhir.

Serangan Besar-besaran Mujahidin

Dengan kedudukan tentera Othmaniyyah yang sudah semakin mantap, Sultan Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir Byzantine. Tembakan meriam yang telah memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan pertempuran melalui kota Galata. Semenjak kejayaan kapal mujahidin memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti. Laungan takbir “Allahu Akbar, Allahu Akbar!” yang mengisi ruang angkasa Costantinople telah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka terus luntur dengan ancaman demi ancaman kalimah tauhid tentera Al-Fatih itu.
Dalam masa yang sama, Al-Fatih dan tenteranya sentiasa mengejutkan mereka dengan seni perang yang baru sehingga menggawatkan pertahanan tentera salib itu. Ketika ribut yang ada belum reda, penduduk Costantinople menyedari bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan melanda penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang bila-bila masa sahaja tentera ‘Turki’ akan keluar dari perut bumi berikutan dengan pembinaan terowong itu.

Usaha Damai Terakhir

Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir. Kecintaannya kepada Costantinopl e yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, mendorong beliau untuk terus berusaha agar Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah. Sekali lagi beliau menghantar utusan meminta Costantine supaya menyerahkan Costantinople secara aman. Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, Costantine telah berbincang dengan para menterinya. Ada yang mencadangkan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula yang mahukan pertahanan diteruskan hingga ke penamat. Costantine akhirnya bersetuju dengan pandangan kedua lantas menghantar maklum balas dengan katanya, “… syukur kepada Tuhan kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayatnya demi takhta… atau mati sahaja dan dikuburkan di kota ini!”.

Apabila jawapan Costantine ini diterima, Al-Fatih menjawab, “Baiklah… tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta atau keranda…!”. Perbincangan dilakukan oleh Al-Fatih tentang strategi seterusnya. Pelbagai kemungkinan dipertimbangkan dan akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan rancangan menawan Costantinople sebagaimana yang telah disusun.

Konstantinopel Menjadi Islanbul
Bold
Setelah ditaklukan nama Konstatinopel diubah menjadi Islambul yang bererti “Kota Islam”, tapi kemudian penyebutan ini bergeser menjadi Istanbul seperti yang biasa kita dengar sekarang. Sejak saat itu ibu kota khilafah Bani Utstmani beralih ke kota ini dan menjadi pusat peradaban Islam dan dunia selama beberapa abad. Sebab kota ini kemudian dibangun dengan segala bentuk keindahannya, percampuran antara seni Eropa Timur dan Arab. Gereja dan tempat ibadah non muslim dibiarkan tetap berdiri, tidak diganggu sedikit pun. Sementara khalifah membangun gedung dengan seni bina yang tidak kalah cantiknya dengan gedung-gedung sebelumnya. Sepintas kalau kita lihat gedung peninggalan peradaban masehi sama saja dengan bangunan masjid. Ia jugalah yang mengganti nama Konstantinopel menjadi Islambol (Islam keseluruhannya) .

Kini nama tersebut telah diganti oleh pengkhianat ummah, Mustafa Kamal Ataturk menjadi Istanbul. Nama Muhammad Al-Fatih tersemat sebagai perwira, tetapi bagaimana dengan kita? Perwira Ummat? Ketika usia 19tahun masih lagi berseronok2, tapi lihatlah pejuang ini, tiada istilah rehat dulu bagi mereka. Ayuhlah teman, berubahlah.. Ketahuilah bahawa Islam tetap akan tertegak satu ketika nanti, tapi berusahalah untuk menjadi insan yang berusaha menegakkannya. Semoga saham sekelumit itu mampu menjadi saksi untuk kita kelak.

Ayuh, gentarkan jiwa pemuda, kerahkan tenaga dan mindanya, semarakkan semangatnya kerana kekuatan itu bisa menggoncang dunia dan menggentarkan musuh. ALLAHUAKBAR!!

Diadaptasi dari : [mygamis] Ini Sejarah Kita: Sultan Muhammad Al-Fatih

05 May 2009

Bersihkanlah SAFF ini!!

Salamuna'laik kepada sahabat para pengujung 'warung' ini. Mungkin ada juga yang tertanya mengapa warung? em tak kisahlah warung atau apa pun yang seumpamanya tapi yang penting kita jadikan medan ini untuk saling bertukar ilmu, menyalur sedikit sumbangan dari pena yang mungkin kadangkala lidah kurang mahir mengtur bicara untuk bercakap dihadapan rakyat jelata, maka saluran inilah yang paling sesuai.

Sampai hingga ke pelusuk dunia. Dakwah tidak terhad hanya dengan berkata-kata tapi lihatlah betapa banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk melaksanakannya. Dan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna sendiri telah menyusun strategi memulakan dakwahnya di warung kedai kopi yang sentiasa ada saja pengunjungnya.

Sama juga seperti semalam, penjelajahan masih lagi diteruskan untuk mengembara ke blog-blog bagi mengutip mutira berharga untuk dikongsi bersama disini. Bertitik tolak dari entri yang diposting semalam, hari ini saya ingin mengaitkan artikel "cinta anta anti" hasil tulisan ustaz mazlee malik. Artikel tersebut agak panjang, tapi saya akan menganalisa sedikit sebanyak apa yang ditulis oleh ust Mazlee Malek.

Ya Allah..sebenarnya golongan inilah yang penjadi punca tertahannya gerak kerja dakwah. Inilah realiti sebenar yang telah menjadi agen virus perosak dakwah! kesannya lebih teruk jika dibandingkan dengan dentuman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki atau fosforus putih yang menghujani bumi Palestin oleh Israel laknatullahialaih. Dakwah terus juga berjalan namun tiada apa2 kesan. Wa nau'zubillah banyakkan mohon perlindungan dari Allah dari diuji dengan ujian begini. Begitulah sebagaimana yang dibimbangi Saidina Umar, Allah tidak memberi kemenangan kepada tentera muslimin gara-gara dosa dan maksiat yang dilakukan oleh jundi-jundinya .

Secebis sifat ar-rahim yang Allah turunkan cukup membuat si ibu dan ayah kasih pada anak, kasih kakak abang kepada adik, suami dan isteri, qiadah dan jundi, tak terlepas juga haiwan dan tumbuhan, namun yang paling utama adalah kasih sesama mukmin. Namun ramai yang telah tersalah faham konsep sebenar Cinta dan kasih ini telah disalah praktik..hinggalah lahir nama-nama baru.

"Cinta Anta Anti", "Cinta Ukhuwah" atau apa saja yang berkaitan dengannya yang membawa makna hubungan yang terjalin diantara muslim dan muslimah yang ajnabi. Istilah ini tidak pernah wujud dalam lipatan sejarah pejuangan baginda s.a.w. Saya percaya anda mengetahui tentang isu ini. Tapi mengetahui sahaja tidak cukup tanpa mengamal dan menyampaikan.

Puncanya?

1. LEMAHNYA ROHANI DAN IMAN - iman yang tersimpan rapi dalam dada jangan disangka tidak dapat dibaca. ia akan diterjemah kepada tindakan dan akhlak kita. Iman yang lemah berpunca dari kurangnya penghambaan diri pada Allah. Ibadah yang kurang berkualiti berpunca dari kurangnya khusyuk ketika berinteraksi dengan Allah.

2. MEDIA MASSA- adalah pemangkin berkembang biaklah penyakit ini yang tanpa bersua juga boleh bercinta..tapi bagi golongan ini menganggap ia tidak apa-apa kerana cinta mereka berpaksikan ALLAH ditambah lagi misi dan visi yang sama untuk mengembangkan dakwah. Masya-Allah. Apa yang saya sampaikan adalah hakikat yang berlaku.

3. KURANG MEMAHAMI AGAMA, SAMI'NA WA A'SOINA - Beginilah akibatnya jika tidak mengikut apa yang Allah dan Rasul sarankan. Hanya mengambil sebahagian sahaja. Dalam masa yang sama bercouple dan menyebarkan dakwah.

4. IKHTILAT TIDAK TERJAGA - Adab dalam berikhtilat dicampak nun jauh ke seberang benua. Bermula dengan hanya melihat, kemudian rasa semacam ingi mahu kenali lebih dekat.

Bermula sedikit demi sedikit

Untuk bercakap secara lansung mungkin tidak, tapi berusaha sedaya mungkin agar dapat berhubung.

SMS barangkali yang kerap digunakan. Atas alasan menjalankan program. Ya,tapi tamat program masih lagi berlanjutan hinggalah sampai kepada tahap yang lebih bahaya.

Duduk berbincang saling berhadapan dan saling berpandangan, tidak lagi menundukkan pandangan seperti al-quran anjurkan. Diselit pula senda gurau yang akan membuat si dia saling tersenyum.

Sentiasa berkumpul bersama di operation room. Ini baru sebahagian yang saya lihat dengan mata kepala sendiri. Agak terkejut dan kecewa.

Inikah yang akan membela agama?hanya bertitlekan islam pada nama persatuan, tapi apa yang dipertontonkan amatlah bertentangan. Jadi bagaimana mahu mencegah kemungkaran jika kita sendiri yang mengepalainya. jangan mimpi Allah akan menangkan kita jika masalah ini tidak cuba diatasi. Bersedialah jika Allah membersihkan saff- NYA wa nau'zubillah kita tidak lagi dipilih untuk berada dalam saff ini.

Yang utama saya tuju buat diri sendiri, kemudian kepada kalian yang membacanya. Tiada apa yang menjamin kita akan selamat dari berhadapan dengan situasi ini. Hanya DOA lah yang menjadi senjata utama disamping berusaha meningkatkan iman dan memperbaiki akhlak dalam memajukan langkah dalam medan yang ditaburi duri dan penuh tribulasi ini.

04 May 2009

Masih adakah redho Allah dalam percintaan kita?

Assalamualaikum..hari ini kuliah belum lagi mula yang sepatutnya memang dah mula..almaklumlah amanah pada masa masih lagi kurang,tapi harus diperbaiki. Jadi saya pun mengisi masa ziarah blog sambil menimba ilmu. Makin banyak saya baca entri2 yang sangat berguna ni seolah semakin ketara jahilnya aku. Namun ibrah yang diperolehi sangatlah berharga. Disini ada satu artikel yang ingin dikongsi bersama. Rugi kalau tak baca dan ambillah pengajaran darinya. Lebih-lebih lagi bagi seorang da'ie, wajib dibaca!. jazakallah diucapkan kepada penulis. Semoga Allah menilai setiap apa yang dicurahkan.

sumber :

http://arruhuljadid86.blogspot.com/


“ akhi, jangan lupa pagi esok bangun qiamullail ya” , “ukhti, kalau boleh berilah nasihat-nasihat atau motivasi pada ana” , “ana uhibbuka fillah” , “ana uhibbuki fillah” , “ salam,akhi tak masuk kelas ke hari nih?” , “mudah-mudahan ukhwah kita dipelihara Allah” …bla..bla…..


Biasa dengar tak ayat-ayat ‘Islamic’ diatas? Kalau tak biasa dengar, cuba baca berulang kali sambil pejam mata dan ingat baik-baik dimana, siapa dan kepada siapa ayat-ayat ini diucapkan.


Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu apakan tajuk artikel ini perlu diposting. Tetapi, melihat kepada kondisi yang sedang berlaku khasnya kepada mereka yang berstatus ‘aktivis dakwah’ atau ‘orang persatuan’ , maka saya beranikan diri menulisnya. Dengan bahasa yang santai dan bersahaja, mudah-mudahan artikel ini bisa mengetuk kepala dan hati kita bersama yang ‘degil’ dan tak faham-faham.


Cinta : Antara Fitrah & Nafsu.


Orang yang menolak cinta adalah orang yang sedang sakit. Cinta adalah perasaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada semua manusia. Jika haiwan yang tidak beraqal itu pun dikurniakan perasaan cinta, maka mana mungkin manusia yang diberi aqal, agama, roh dan nafsu ini tidak diberikan nikmat cinta. Isunya sekarang, bagaimana cinta itu dilaksanakan agar bertepatan dengan kehendak Allah ? Kita bukan haiwan yang bisa membuang najisnya sesuka hati tanpa mengira tempat.


Maka, begitulah cinta tidak boleh sesuka hati dicampak atau diguna semahu mungkin tanpa aturan yang sihat.


Sejarah telah menunjukkan betapa agungnya cinta antara Nabi dan para sahabat, antara Ansar dan Muhajirin, antara nabi dan ahli keluarganya dan sebagainya. Semuanya atas keperluan dan ikatan ‘aqidah Islamiyyah.


Inilah orang yang bercinta…


Seorang lelaki sudah tentu mencari perempuan dan perempuan sudah tentu mencari lelaki. Jika selain itu yang dicarinya, sohih orang itu sedang tenat dalam dunia yang terbalik. Namun, dalam pencarian ini, Allah menetapkan kaedah, cara atau system yang sangat baik walaupun mungkin ianya bertentangan dengan nafsu yang sering memberontak dan membangkang.


Apabila perasaan perlu kepada ‘si dia’ itu hadir, maka kita akan melihat seorang yang layu bertukar menjadi gagah, yang penakut menjadi pemberani, yang bakhil akan menjadi pemurah, yang bodoh Nampak semakin pintar, yang gagap berbicara menjadi lincah dan fasih menyusun kata, yang buruk menulis menjadi hebat menulis..itulah situasi orang yang sedang dilanda badai ‘saling memerlukan’…akhirnya, muncullah dorongan perasaan untuk tampil super dihadapan sahabat dan teman..


Saat sudah kemaruk itu, yang buruk nampak baik..yang busuk tercium wangi..yang nista terdengar mulia. Jika ada yang berani menyebut ‘si dia’ itu begitu dan begini, maka kita sanggup menjadi pemidato hebat mempertahankan ‘orang itu’. “anta mana tahu, ana dah lama kenal dia tau! “..


Yang terjadinya begini kan…


Setiap hari jika ke kuliah, tidak bertemu atau bertembung ditengah jalan, rasa sakit habis satu badan. Jiwa tak tenteram, kepala senak, rasa tak sedap duduk…yang pasti mesti perlu jumpa juga ditengah-tengah jalan sekalipun..dapat tengok wajah pun kira baiklah..muncullah ungkapan “inilah cinta abadi antara kita berdua”..ye lah tu…Cinta abadi? Padahal sebabmu hanya kerana kecantikan yang fana’, kekayaan sementara atau perangai sandiwara.. Biasanya jika tidak bertemu, rasanya ada sesuatu yang hilang dan harus segera dicari. Ada kekhawatiran yang berlebihan dan keinginan yang kuat untuk bersua jumpa atau paling kurang tahu kondisi..”sihat ke hari nih?”..emmm


Kalau tidak berhubung mungkin akan putus silaturrahim, putus ukhwah..tu lah ayat-ayat yang biasa dijadikan alasan..


Kita sering kata cinta kerana Allah. Buktinya saling masihat menasihati dalam kesolihan. Tetapi tanpa ikatan apapun, kita memberi perhatian khusus pada sebuah nama. Tidakkah kita terfikir bahawa yang harus dicintai kerana Allah banyak jumlahnya? Tidak hanya dia seorang. Pengkhususan adalah pemfokusan jaring pesona yang berbahaya.


Saling memberi nasihat dan tazkirah satu sama lain, saling memberi hadiah buku penyucian hati, kaset nasyid dan murattal..tetapi ternyata merosak hati..bukan itu yang kita inginkan..


Ketika mula hati terdetik ingin bercinta, maka pandangan pertama seringkali berhulukan kesolihan, kemuliaan akhlak dan kesamaan visi dalam dakwah. Biasa dengar ucapan ni kan…


Biasanya bila sudah berhubung, maka timbullah perasaan keinginan untuk saling memberi perhatian, sekadar memahami atau bahkan berusaha memberikan protect agar si dia sentiasa dalam kesolihan..ehem..


Kadang-kadang sampai ada yang berpesan: “ukhti, tolong tengokkan dia ya, dijaga, diperhatikan dan dinasihati agar tetap istiqmah dijalan dakwah..


Jujurlah! Ini cinta atau nafsu???


Bentuk hubungan yang lepas dari nilai-nilai syar’ie, tidak pernah ada cinta. Yang ada hanya nafsu dan zina dengan segala topeng yang mungkin sulit dikenali kecuali orang yang berhati jernih yang siap menerima kebenaran..


Ketika solat kita kerana dia dan bukan Dia. Ketika tahajud kita kerana takut besok ditanya oleh dia. Ternyata puasa sunat kita pun kerana dia juga. Kita jadi pemberani dan jagoan pun kerana dia dekat dengan kita. Kita jadi rajin belajar kerana dia. Astaghfirullah..kalau semua kerana dia dan untuk si dia, yang kita simpan untuk bekal akhirat apa?


Cinta yang bersih…


Islam memposisikan segala sesuatu dalam posisinya yang pas dan mententeramkan. Kita tidak menemui perintah bahkan terlarang untuk membunuh cinta dan hawa nafsu dengan meRahibkan (ahli ibadah) diri.


Cinta kita tidak keluar dari kerangka cinta suci Ilahiah bahkan menjadi pembangun kebersamaan dalam kesolihan.


Sebuah solusi bagi cinta dan syahwat adalah pernikahan. Iaitu sebuah ikatan yang menghalalkan apa yang sebelumnya haram. Sebuah ikatan yang menjadikan apa yang sebelumnya dosa sebagai pahala.

Jika kemampun memang belum hadir, maka keinginan dan niat suci tetap harus ada. Jika tidak, maka kita mungkin termasuk dalam salah satu golongan yang disebut oleh Imam Ahmad bin Hanbal:

“ Jika ada pemuda yang tidak berkeinginan menikah, maka hanya ada dua kemungkinan: banyak bermaksiat atau diragui kejantanannya ! “


Kata Dr.Ali Akbar “apabila seorang pemuda mengucapkan ‘aku mencintaimu…’, tapi sebenarnya berbunyi ‘aku ingin berzina denganmu..” buktinya..zina tangan..kaki..mata..tangan anda..


Jangan kalian mendekati zina.apa maksudnya? Jangan melakukan zina sahaja atau semua jalan-jalan yang menuju kearah zina???,


Inikah cinta kita??? Merosak niat, konsentrasi ibadah, atau sampai tidak ada bedanya dengan para remaja lelaki dan wanita sekarang, maka ada sesuatu yang harus diluruskan.


Kita pengecut, masih takut-takut untuk menanggung beban hidup berumahtangga. Dan disebaliknya, kita begitu licik bersegera untuk menikmati sisi-sisi indah dalam hubungan dua insan. Benar-benar pengecut!

Kita mencicipi manisnya tebu cinta yang belum sah untuk dirasai dan tak bisa menanamnya kembali untuk masa depan yang terbentang didepan kita.


Kata Ust Anis Matta: “ selama pacaran, mereka berfikir sedang berusaha untuk saling memahami..hakikatnya bukan itu yang terjadi…kenyataannya mereka berusaha untuk tampil lebih baik dari yang sebenarnya. Sehingga setiap kali berbicara, sebenarnya mereka sedang menyebunyikan diri masing-masing. Mereka sedang membuat iklan untuk menggoda pembeli. Kerana takut bila pelanggan tidak puas, akhirnya ia akan ditinggalkan..”


Sayang sekali, yang dibangun bukan perbaikan diri, tetapi ‘proses penopengan’ diri.


Kita beza waktu di dekat dengannya, namun beda pula bila berada sendiri dirumah. Ini lah yang bahaya untuk perkembangan keperibadian kita.


Sering kita mengadu masalah dengan dia, baik kecil atau besar. Tapi mengapa ya, sampai sesetia itu bantuannya walaupun masih tidak ada ikatan? Bersiaplah untuk anda menjadi orang yang tidak mampu selesaikan masalah jika semua perkara, anda gantungkan padanya. Ketergantungan itu merbahaya!


“terimalah aku seadanya…”akhirnya kita melaju berpacaran dengan ‘saling memahami’. Kerana keterbukaan, mengharuskan kita untuk saling menumpahkan keluh kesah, mencurahkan isi hati, dan memberi perhatian. Untuk apa diadu masalah padanya?


Ust Fauzil ‘Adhim: “ cara untuk belajar menjadi isteri yang baik hanyalah dari suami. Cara untuk menjadi suami yang baik hanyalah melalui isteri. Tidak bisa melalui PACARAN ! Pacaran hanya mengajarkan bagaimana menjadi pacaran terbaik, bukan suami atau isteri terbaik..”


Pacaran sudah merasai bumbu (penyedap) yang seharusnya mereka gunakan untuk menyedapkan kehidupan rumahtangga. Saling mencurahkan, berbagi, meredakan kegelisahan, memberi perhatian…semua sudah..pandangan kasih nan sayu, kerapatan fizikal, sandaran, singgungan, sentuhan mesra….semua sudah buat. Apa lagi nikmat yang ada yang perlu disyukuri selepas pernikahan?


Kalau anda menikah dan pernah pacaran, anda akan membandingkan pacaran dengan pernikahan. Dan pasti pacaran itu lebih indah kerana pacaran memang mencari yang indah-indah sahaja. Apa lagi yang ada?


Ketika pacaran, anda hanya melihat kebaikan sahaja pada si dia. Maka bila berkahwin, anda akan membuat perbandingan antara isteri anda dengan pacaran anda dulu sebab anda pernah melihat sifat baiknya sahaja.


Cinta tidak lagi menjadi energy yang mendorong produktivitas amal dunia-akhirat, tapi menjadi beban yang memberati jiwa untuk bebas berbakti.


Mudahnya kita bisa mengatakan bahawa kita mencintai dia kerana Allah semata. Betapa ringan kita menulis “uhibbuki fillah ya ukhti”…ukhti..aku mencintaimu kerana Allah..ukhti…


Bandingkan jika engkau mengucapkan cintamu sekarang (belum masanya), tetapi Allah tidak mengkehendaki dirimu dengannya, bukankah hanya sakit yang kau rasa?


Engkau meyakini sepenuh hati bahawa Allah pasti jodohkan dia dengan engkau, lalu bukannya meminta yang terbaik dalam istikharahmu, tetapi benar-benar ‘menyuruh’ Allah. Pokoknya, mesti dia Ya Allah..pokoknya harus dia..! maka engkau meminta dengan ‘paksa’, lalu Allah bagi juga pada mu. Maka yakinkah kamu Allah memberikan dengan kelembutana atau melemparnya dengan kemarahan kerana niat yang terkotori. Maka siaplah untuk menggigit jari!


Cinta yang sihat mendidikkan kecerdasan, kematangan emosi, ketenangan hati dan kedewasaan berfikir. Ia mengajarkan kesabaran menahan syahwat, atau membingkainya dalam ikatan suci yang diredhoi Allah.insyaAllah.


Cinta yang tidak sihat hanya akan melahirkan insan yang tidak lagi khusyu’ kerana hati mengingati kekasih. Mata yang mencuri pandang atau pun saling menatap.

Sekecil manapun pelanggaran itu, ia tetap menjadi identitas keberdosaan.


Muhasabah


Baik, selesai sudah entah berapa banyak nikmat berpacaran sebelum pernikahan itu kita lalui dan lazimi. Jadi, apa yang tinggal sekarang? Di mana nikmat yang Allah janjikan akan lebih baik, penuh kebahagian, keseronokan tersebut pada saat hubungan haram bertukar menjadi halal dengan nama ‘pernikahan’ itu, jika semua telah dilakukan seenak-enaknya sebelum berlaku pertalian halal tersebut?


Anda telah bermesra-mesraan sekian lama sebelum itu, jadi dimana lagi kemesraan selepas perkahwinan? Anda telah merasai nikmat saling pujuk memujuk sebelum itu , jadi dimana lagi nikmatnya selepas pernikahan? Anda telah merasai suasana saling berkongsi-kongsi cerita bahagia dan derita, maka apa lagi yang anda mahu sampaikan pada teman hidup anda itu selepas perkahwinan? Habis, mana nikmatnya semua itu setelah anda habiskan sehabis mungkin sebelum pertalian halal dengan jalan yang penuh dengan liku-liku dosa? Fikirkanlah….


Solusinya?


Ucaplah terima kasih kepada penulis buku ini, Salim A.Fillah kerana dia telah menyediakan surat free untuk kita yang sedang duduk dalam penyakit ini. Bacalah dan gunakanlah..bisa dicopy sih..gratis aja..

……………………………………………………………………………..


Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.

Ba’da tahmid dan shalawat…


Sykur pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat.


Akhi,rasanya aku telah menemukan Kekasih yang jauh lebih darimu. Yang Tidak Pernah Mengantuk dan Tidak Pernah Tidur. Yang siap teres menerus Memperhatikan dan Mengurusku. Yang selalu bersedia berduaan disepertiga terakhir malam. Yang siap Memberi apa yang kupinta. Ia yang Bertakhta, Berkuasa dan Memiliki Segalanya.


Maaf akhi, tapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding dengan Dia. Kau sangat lemah, kecil dan kerdil dihadapanNya. Ia berbuat apa sahaja sekehendaknya kepadamu..dan akhi, aku khawatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya cemburu. Aku takut hubungan kita selama ini membuatNya murka. Padahal,Ia Maha Kuasa, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya.


Akhi, belum terlambat untuk bertaubat. Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti ditanyakan olehNya. Ia bisa marah, akhi. Marah tentang saling pandang memandang yang pernah kita lakukan, marah kerana setitik sentuhan kulit kita yang belum halal itu, marah kerana satu ketika dengan terpaksa aku harus membonceng motormu, marah kerana pernah ketetapanNya aku adukan padamu atau tentang lamunanku yang selalu membayangkan-bayangkan wajahmu. Ia bisa marah. Tapi sekali lagi, semua belum terlambat. Kalau kita memutuskan hubungan ini sekarang semoga Ia mahu Memaafkan dan Mengampuni.


Akhi, Ia Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Bijaksana.


Akhi, jangan marah ya. Aku sudah memutuskan untuk menyerahkan cintaku hanya padaNya, tidak pada selainNya. Tapi tidak cuma aku, akhi. Kau pun bisa menjadi kekasihNya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan.Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-laranganNya termasuk dalam soal hubungan kita ini. InsyaAllah. Dia punya rencana yang indah untuk masa depan kita masing-masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang wanita solehah. Ya, wanita solehah yang pasti jauh lebih baik dari diriku saat ini, Ia yang akan membantumu menjaga agamamu, agar hidupmu senantiasa dalam kerangka mencari redho Allah dalam ikatan pernikahan yang suci. Inilah doaku untukmu, semoga kaupun mendoakanku, akhi.


Akhi, aku akan segera menghapus namamu dari memori masa lalu yang salah arah ini. Tapi,aku akan tetap menghormatimu sebagai saudara dijalan Allah. Ya, saudara dijalan Allah, akhi. Itulah ikatan terbaik. Tidak hanya antara kita berdua, tapi seluruh orang mukmin didunia. Tidak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah ditelaganya, lalu beliaupun memberi minum kita dengan air yang lebih manis dari madu, lebih lembut dari susu, dan lebih sejuk dari krim beku.


Maaf akhi, Tidak baik rasanya aku berlama-lama menulis surat ini. Aku takut ini merosakkan hati. Goresan pena terakhirku disurat ini adalah doa keselamatan dunia dan akhirat sekaligus tanda akhir dari hubungan haram kita, insyaAllah.


Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Setelah surat ini anda tulis, maka jika si dia masih memohon kesempatan untuk memperbaiki hubungan buat kali kedua, percayalah itu kata-kata syaitan “ beri aku kesempatan untuk sekali lagi menjerumuskan kalian berdua ke lembah nista..please…”


Ok, boleh copy surat ni ya…:) kalau muslimin yang tulis kepada muslimat, tukar je jadi ‘ukhti’.


Catatan: Tulisan ini saya manfaatkan dari buku ‘Nikmatnya Pacaran Setelah Pernikahan’ karangan Salim A.Fillah seorang aktivis muda dalam gerakan dakwah di Indonesia. Tajuknya mungkin agak ‘mengada-ngada’ sedikit, namun isinya sarat dengan motivasi berharga, peringatan Al-Qur’an, Hadith, kata-kata sahabat dan ulama’. Ianya disampaikan bersesuaian dengan reality yang berlaku kepada para anak-anak muda dakwah. Sedikit ayat-ayat dalam artikel ini hasil bikinan saya yang saya selitkan…mohon maaf kerana tidak menyusunnya dengan baik. Ambillah point-point penting didalamnya.


Yakinlah, Islam memberi yang terbaik untuk kita dalam menghadapi ‘fitrah’ ini agar dipenghujungnya ada keberkatan.