topbella

28 May 2009

Apabila ALLAH MENGHINAKAN MEREKA...




Kuarantin dua warga AS tamat ( METRO ).
PUTRAJAYA: Tempoh kuarantin dua warga Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai kontak dengan warga negara Hong Kong yang disahkan positif Influeza A (H1N1) berakhir hari ini dan kedua-duanya dalam keadaan sihat.

******************************




Sedikit ingin mengulas tentang musibah yang Allah hempapkan pada warga dunia - wabak influenza n1h1. Itulah wabak yang pada mulanya bermula di Mexico dan kini telah merebak di serata dunia, Malaysia juga tak terkecuali.

Satu pengajaran dari musibah ini yang ingin dikongsi bersama rakan pembaca. APABILA ALLAH MENGHINAKAN MEREKA.

Negara kedua yang dijangkiti penyakit ini adalah Amerika. Ya..itu negara gah yang menjadi kuasa besar dunia sekaligus selaku tali pengarah dalam sandiwara dunia, Israel pula adalah watak utamanya.

Mari kita imbau sejarah, mungkin bagi yang sudah tahu, ini sebagai ulangan agar kita tidak sekadar tahu, dan bagi yang belum tahu, ini adalah ilmu baru. "Pemboikotan ke atas Bani Hasyim". Ketika Nabi Muhammad S.A.W bersama isteri tercinta, Khadijah bt. Khuwailid serta para sahabat yang berusaha menyebarkan Islam dan mempertahankan agama suci yang mereka anuti itu, mereka telah diboikot.

Sebarang hubungan diharamkan ke atas mereka. Nabi dan para sahabat sehingga tidak mampu mendapatkan makanan kerana harga yang ditawarkan terlalu tinggi dan kewangan mereka amatlah terhad, akhirnya terpaksa redha dan bersabar hatta mereka memakan pucuk-pucuk kayu sehingga mulut mereka luka dan najis mereka tak ubah sepertinya najis unta. Masya-Allah insan yang sungguh luar biasa. Namun, untuk menggadai Islam tidak akan sekali.

Begitu tabahnya insan yang ditarbiyah Allah dan Rasullullah ini. Mereka tak mahu mengaku kalah. Kerana iman yang menebal mampu membuat mereka bertahan. Kemana pun mereka pergi, telinga tak kering mendengar kejian dan cacian yang dilontar. Tidak cukup dengan itu fizikal mereka juga disakiti. Selama 3tahun pemboikotan itu berlaku, dan akhirnya Allah telah memenangkan mereka.

Hidup ini ibarat roda..

Lihatlah, jika dahulu mereka memperhinakan kaum muslimin. Nah, sekarang rasakan! Allah telah memperhinakan mereka dengan dunia memboikot mereka. Bukan satu dua bangsa, tapi satu dunia.

Lihat bagaimana warga Amerika ini yang duitnya menebal dipoket mahu bercuti ke Malaysia. Namun, akhirnya terpaksa dikuarantin buat beberapa ketika. Niat untuk bercuti bertukar haru. Mereka ini sedaya upaya membuktikan yang mereka bebas dari 'bala' ini. Namun, apabila didapati mereka warga Amerika, cepat-cepat ditahan dan dikuarantin. Bimbang akan berjangkit. Bukan hanya rakyatnya dikuarantin, 'orang kuatnya' juga tak terkecuali. Bukan saja di Malaysia, malah diseluruh dunia. Hakikatnya dunia telah memboikot mereka.

Mereka merancang tipu daya, tapi sesunggunya tipu daya ALLAH itu lebih hebat.

0 bersilaturrahim: